Friday, August 13, 2010
Kata Alu-aluan dari Srikandi
Ini adalah kata alu-aluan dari Srikandi,iaitu Editor Khas bagi siri kedua Alter Terahsia Bangsa Melayu.Beliau seorang penyelidik bebas berlatar belakangkan bidang sejarah.Seorang wanita yang tegas,berkaliber dan bersifat ingin tahu;amat meminati bidang sejarah sejak dari kecil,antara barangan kesayangannya ialah kitab Sejarah Melayu bertulisan Jawi lama yang tersimpan kemas di almari ruang tamu di rumahnya.
Beliau memiliki pengkhususan dalam bidang History Manipulation,Rewriting History Conspiracy,History Restoration Data,History Tactics Divide and Rule,Chronological Conspiracy,History Exploitation Conspiracy Studies dan Geneology Studies.
Srikandi kini bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan.
-M.O
Tidak ada yang lebih sukar dan merumitkan dari meneliti sejarah sesuatu bangsa,melainkan satu bangsa ini yang digelar:Melayu.Sejarah yang dimanipulasi,kehilangan kesan-kesan sejarah,sikap sambil lewa dan buta sejarah,pengkhianatan asing dan peredaran masa bagaikan bergabung tenaga untuk melenyapkan pesona sejarah bangsa misteri ini.Bangsa yang tidak punya sejarah masa lalu ialah bangsa yang tidak punya cerita masa hadapan.Ini adalah realiti.
Biar saya memperkenalkan diri.Nama saya ialah Srikandi.Bidang Sejarah adalah nirvana saya.
Apabila saya dihulurkan satu diari lama pada penghujung tahun lepas,saya tidaklah begitu teruja menatapnya sehinggalah diberitahu oleh Hermit bahawa ini adalah petunjuk terbaru dari seorang penyelidik yang menjadi inspirasi kepada M.O ketika penulisan ATBM siri pertama.Diari ini penuh dengan petunjuk-petunjuk aneh yang benar-benar sukar untuk saya fahami.Satu daripada petunjuk yang benar-benar terkesan di hati saya ialah sebaris ayat yang mengisahkan kerajaan Melayu yang hilang di Indochina.
Pada muka surat ke 37,perenggan ke 5:
"...tiga kerajaan bangsa bunga-bungaan,Teratai di kiri,Kambuja di tengah dan Champaka di kanan..."
Di dalam siri ATBM yang pertama,kita sudah pun maklum benang-benang merah antara bangsa Melayu dan Parsi.Salah satu bangsa keturunan dari Keturah,iaitu Mada (Madyan,Medea,Medes) adalah bangsa asas yang membentuk bangsa Parsi di bawah Cyrus The Great.Bangsa Mada di gelar Mada-yu ketika era Assyria memberikan petunjuk kepada saudara mereka yang tersembunyi iaitu Mala.Mala-yu adalah gelaran yang diberi oleh bangsa-bangsa yang membina empayar dan berperang di lembah yang subur di antara sungai Furat dan Tigris,Tamadun Sumeria yang makmur,kepada bangsa misteri.Bangsa Parsi memang mempunyai hubungan rapat yang terahsia dengan bangsa Melayu.Dalam Sejarah Melayu ada mengatakan bahawa raja-raja Melayu purba berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain yang kini dikatakan oleh ramai pengkaji merujuk kepada Raja Kurosh atau Cyrus The Great.Bekas-bekas puing-puing kota Melayu lama di Ayutthaya (Syahrul Nuwi),mahligai lama di Lopburi dan Nakhon Si Tammarat turut menunjukkan pengaruh Parsi.Pakaian dan budaya masyarakat Melayu di Indochina (Benua Siam) pada masa silam juga menunjukkan pengaruh Parsi,bukanlah hendak mengatakan mereka mencedok budaya Parsi tetapi ini membawa kita ke era bangsa misteri tinggal bersama-sama bangsa-bangsa di Asia Tengah hingga ke Sumeria dan Tanah Kanaan.Bangsa Mada (bangsa yang membentuk bangsa besar Parsi) dan Mala pernah hidup bersama-sama dalam satu budaya dan peradaban.Bangsa Mala yang membawa ajaran Ibrahim inilah yang mengembara hingga ke perbatasan India.Brahma adalah berasal dari kata Abraham,dan ini bukanlah hipotesis tetapi hasil kajian pakar bahasa Sanskrit dan budaya India Purba juga diakui oleh para Pandit berkedudukan tinggi dari aliran Brahma Samaj di India.
Dari siri ATBM juga saya memahami teori 'bangsa yang mengembara'.Teori ini dapat menerangkan mengapa di Semenanjung Melayu misalnya terdapat kaum-kaum yang mirip dengan konsep aborigine seperti Orang Asli,Jakun dan sebagainya tetapi pada masa yang sama terdapat kaum lain yang berbeza dan terbuka sedikit seperti suku kaum Jawa,Melayu (Kedah,Perak,Kelantan misalnya),Minang,Bugis dan sebagainya.Berbeza dengan kepelbagaian etnik di Tanah Besar China contohnya,etnik-etnik mereka tetap mempunyai rupa paras yang seakan sama;mata yang memanjang atau sepet,kulit agak cerah,bahasa dan tulisan yang hampir sama namun fakta ini runtuh di Kepulauan Melayu.Saya merumuskan teori Proto dan Deutro Melayu memang ada tetapi bukanlah berkaitan dengan kedatangan kaum-kaum Melayu dari Yunnan misalnya tetapi sebenarnya Yunnan itu adalah salah satu 'terminal' persinggahan Deutro Melayu ini sebelum bergerak lebih ke selatan.Pernahkah kita mengkaji misteri ini?Adakah kita mahu menunggu sehingga orang asing sewenang-wenangnya mengatakan kita kaum pendatang dan juga merampas bumi Orang Asli?
Misteri ini dapat diselesaikan jika kita menerima konsep 'Bangsa Mala'.Mengikut apa yang saya fahami dari ATBM siri pertama,Orang Asli,Jakun dan Melayu adalah dari rumpun yang sama iaitu dari bangsa Mala.Bangsa Mala adalah istilah kuno yang merujuk bahawa Kepulauan Melayu,Semenanjung dan Benua Siam adalah 'homeland' mereka sejak beribu tahun,malah dari zaman Banjir Besar lagi.Tiada persoalan adakah Melayu itu pendatang.Nusantara ini adalah tanahair mereka zaman-berzaman.Perkataan 'Mala' ini adalah dari manuskrip kuno yang dikatakan musnah di Perpustakaan Alexandria (Iskandariah),kemudiannya di eksploitasikan oleh Joseph Smith dan pihak yang mengupah beliau untuk membuat kitab bagi ajaran Mormon.Kemudiannya dikaji oleh seorang profesor iaitu Ralph Olsen yang menemukan sebenarnya apa yang diceritakan oleh kitab Mormon itu adalah kisah-kisah di 'Mala Land' atau istilah yang kita fahami,Nusantara.Beliau menemui ciri-ciri tempat dan geografi di dalam Book of Mormon itu lebih dekat dengan Nusantara berbanding Amerika.Joseph Smith hanya mampu meminda sebahagian dari manuskrip purba itu tetapi bukan semuanya.Penipuan Joseph Smith mula terbongkar apabila profesor itu menerbitkan hasil kajiannya dan ini sukar untuk disanggah oleh mana-mana pakar geografi.Namun ini tidak menghalang ajaran itu dari berkembang luas di Amerika.Manuskrip itu cuma modal awal Joseph Smith untuk meyakinkan para pengikutnya bahawa beliau telah diberi 'kitab suci' dengan perantaraan malaikat.Joseph Smith dan pihak lain yang menjalankan konspirasi memang tertarik dengan kisah-kisah epik di dalam manuskrip purba (Scriptures) itu dan mendapat idea untuk mengarang satu kitab berdasarkan manuskrip tersebut bagi memulakan satu ajaran baru.
Dari siri ATBM yang pertama juga saya memahami bahawa terdapat dua jenis Melayu;iaitu Proto Mala iaitu bangsa Mala yang tetap tinggal di Nusantara sejak turun temurun tanpa berpindah randah atau berlayar atau mengembara ke luar dari Nusantara.Kedua adalah RAHSIA PALING PENTING saya kira,iaitu tentang Deutro Mala,iaitu bangsa Mala yang tinggal di pesisir pantai dan berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain dan gemar berlayar.Berdasarkan sumber dari Judeo-Sumeria dan sarjana Islam,Ibnu Athir (1160 - 1233) yang terkenal dengan karya sejarahnya al-Kamil fi t-tarikh,diketahui bahawa Nabi Ibrahim a.s telah mengahwini seorang gadis dari Timur Jauh yang bernama Keturah,yang di dalam tafsiran bahasa Ibrani bermaksud kemenyan atau wangi-wangian.Hasil dari keturunan ini dikatakan telah diwasiatkan oleh Nabi Ibrahim supaya menyebar ke 'Tanah Timur' atau The Land of The East,mencari jalan pulang ke tanah nenek moyang mereka dari sebelah ibu.Ketika keturunan Mala 'moden' ini bergerak ke Timur Jauh,mereka telah berasimilasi dengan pelbagai bangsa di dunia ini dan menghasilkan beberapa kaum Asia.Mereka juga membawa agama Ibrahim ke Benua India,di mana Braham (Ibrahim,Abraham) itu disebut Brahma oleh para Rishi selalu dirujuk sebagai Tuhan kepada Nabi Ibrahim di masa-masa kebelakangan.Kehadiran bangsa Mala dalam sejarah dicatatkan sebagai kedatangan bangsa Aryan ke India dan merekalah yang menyebarkan budaya Vedic-budaya keparsian atau Avesta ke dalam kehidupan 'high class' bangsawan di India.Sebab itu bahasa Sanskrit memiliki rumpun yang sama dengan bahasa purba Avesta iaitu bahasa yang digunakan di dalam kitab Zend Avesta,kitab kuno agama Zoroester Parsi.Sebab itu di dalam kitab-kitab Hindu seperti Veda dan Purana ada terselit kata 'Mahmat' (Muhammad) dan juga kisah raja-raja Babilon dan Sumeria serta peperangan-peperangan mereka seperti yang dikisahkan di dalam Ramayana dan Mahabrata.Agama Ibrahim di India semakin lama semakin hilang keasliannya dan bercampur aduk dengan kepercayaan pagan tempatan.Akhirnya setelah memakan masa beribu tahun,agama Abraham telah bertukar menjadi agama Brahma dan akhirnya menjadi agama Hindu yang terkenal dengan sistem pagan dan dewa-dewinya yang kompleks.
Pada perenggan ke 17,muka surat 65 ada mencatatkan:
"...Keturah,gadis misteri wangi-wangian,aku namakan dia Melati Puteh atau Melur...dia membawa sebakul bunga-bunga yang harum mewangi buat hadiah perkahwinan dengan Patriarch terhormat Tanah Kanaan,Abraham Nabi mulia,bunga dan haruman dari Tanah Serendah Sekebun Bunga..."
Ketika menyusuri Sungai Mekong dan tiba di Yunnan,sebahagian dari mereka telah pun mendiami bahagian barat Benua Siam (Indochina).Bangsa Deutro Mala ini berasimilasi dengan etnik-etnik kecinaan dan menghasilkan bangsa Siam (Saimen).Perbezaan ketara antara etnik Saimen dengan etnik-etnik kecinaan yang lain seperti Dai Viet,Sukothai,Khmer atau Mon ialah budaya mereka yang agak keparsian,bangsawan mereka memakai jubah-jubah dengan 'trademark' mereka iaitu topi berbentuk kon panjang seperti pagoda yang tirus.Berabad-abad mereka menghadapi 'survival' di tengah-tengah kecelaruan etnik di Indochina dan perlu juga diingat bahawa di Indochina juga ketika itu terdapat sukukaum Proto Mala seperti etnik-etnik kejawaan dan aborigine seperti Dayak dan Orang Laut.Namun bangsa Saimen yang memiliki tamadun tinggi,kecerdasan dan kepintaran mengurus empayar telah dapat menubuhkan kerajaan-kerajaan di Indochina (Benua Siam) dan menyatukan semua etnik Indochina di bawah pemerintahan mereka.Funan,Champa,Kambuja,Taunggoo di Burma sekadar menyebut beberapa nama adalah kerajaan-kerajaan purba Mala Saimen di Indochina.Ketika pemerintahan mereka,tidak dinafikan ramai dari etnik-etnik lain diambil oleh bangsa Mala Saimen ini di dalam bidang ketenteraan dan pentadbiran.Mereka yang terpilih etnik-etnik Indochina lain ini telah mempelajari segala kepandaian dan selok-belok pentadbiran dari bangsa Mala Saimen yang sememangnya mewarisi pengalaman nenek moyang mereka bangsa Deutro Mala di negarakota Ur,Uruk dan Babylon.Lama-kelamaan mereka telah memberontak dan segala kepandaian yang berasal dari Mala Saimen ini digunakan untuk menentang kembali kerajaan-kerajaan Mala Saimen ini.Inilah yang terjadi kepada kerajaan Melayu Siam di Ayuttaya dan Champa yang dahulunya mendominasi Vietnam sekarang.
Banyak lagi petunjuk-petunjuk yang harus dipecahkan di dalam diari ini.Terutamanya kehidupan Melayu purba di Indochina dahulu.Saya tidak menemui apa-apa pun kecuali dalam jumlah yang amat menyedihkan, kajian dari sejarahwan Malaysia tentang kerajaan dan tamadun Melayu di Indochina.Pakaian,adat istiadat,budaya dan bahasa etnik Melayu Siam sepatutnya dibuat kajian yang intensif oleh pakar sejarah Melayu.Namun kita bernasib baik apabila terdapat usaha seperti dalam blog sejarahnagarakedah.Mujurlah terdapat mereka yang menyedari lompang dalam sejarah Melayu ini dan dapatlah saya menterjemahkan petunjuk penyelidik itu yang benar-benar memeningkan saya tentang 'puzzles' yang hilang di Indochina.
Kepada para pembaca MistisFiles,saya minta kemaafan atas segala khilaf dan kesilapan saya sepanjang mengendalikan siri ATBM ini.Kita bersama-sama berkongsi 'jigsaw puzzles' ini dan sama-sama akan mencari yang mana yang tepat untuk sejarah bangsa yang tercinta ini.
Kajang tuan kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu;
Dagang tuan dagang bertempat,
Dagang saya bertumpang lalu.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
salam sayang,
Srikandi
Salam,
ReplyDeleteSemasa saya berdagang dengan sahabat dari Thailand dan Allah takdirkan sengketa Baju Merah - Baju Kuning melumpuhkan pengangkutan udara, maka, terpaksa saya memandu dari Kuala Lumpur terus ke Ranong, bersempadankan Kauwthaung atau Victoria Point, Myanmar.
Melalui Danok, Satun, Haadyai, Songkhla, Nakhon Si Tammarat, Thun Sung, Trang, Krabi-Phuket terus ke Ranong. Dari Kuala Lumpur hingga destinasi akhir mengambil masa lebih 24 jam.
Kalau bersantai- santai berhenti rehat di restoren Muslim, anda anda lihat fotografi Ayatullah Khomeini terpampang di kedai-kedai mereka, ohh Syiah bawaan Iran rupanya. Tapi tak apa, saudara Islam saya juga. Yang Muslim masih berbahasa Melayu-Siam dan kawasan kampungnya saling tak tumpah seperti perkampungan di Kedah dan tipikal Melayu lainnya.
Islam mengeratkan kami walaupun orang asing. Kekitaan dek kerana piagam Syahadah melebihi kebangsaan beraja. Memang ada sejarah yang disimpan di situ. Cita-cita saya ingin ke sana semula untuk menjadi pelajar sejarah menyelidik di atas padang.
Rakan bisnes saya, Pattalung, dia bercerita tentang susurgalur keluarganya yang berasal dari Parsi bermukim di Ayuthia. Ada sebahagian mereka murtad ke Buddha seperti beliau setelah berkurun dijajah. Tetapi, anak-anaknya Muslim kerana berkahwin wanita atau lelaki Muslim Siam dan ramai juga sepupu dan suku-sakatnya masih kuat hidup dengan hukum Syarak.
Patutlah rupanya tidak tipikal Thai. Kulit cerah, hidung mancung dan bertubuh sasa. Teruja saya untuk mengetahui sejarah silam yang menatijahkan Syiah di bumi Buddha, persamaan arkitektur masjid dan senireka umum fizikal kampung Melayu-Siam dan manusia-manusia bangsawan ala Pattalung.
Allah pertemukan saya dengan blog ini sesuai dengan janjiNya bahawa bila kita berdoa Dia makbulkan, bila ikhlas mencari, dijumpakan. Subhaanallaah.
Wa'salam,
ReplyDeleteTerimakasih saudara Irwan.Saya sangat-sangat menghargai sokongan saudara.Buat pengetahuan saudara siri ATBM sekarang sudah masuk versi 3.5 dan sudah selesai sekarang.Sila semak di MistisFiles.
Sejarah Melayu kita masih banyak tertanam di Indochina.Encik Irwan,ada sesuatu di sana yang masih kita tidak tahu.Saya tahu sebab saya mengkaji riwayat-riwayat kuno orang Mon,Tai,Cham dan Khmer.
Teruskan membaca.Bangsa yang kuat ialah bangsa yang mampu bertahan dan berperang dengan kekuatan sejarahnya.
Tolong! Tolong! Semenjak selepas solat Jumaat tadi saya gagal masuk ke MO kerana akses hanya untuk yang dijemput dan ID saya bukan dalam senarai jemputan. Tolong bantu! M O, Celoteh dan Alter. Tolong ya.
ReplyDeleteSalam Srikandi...
ReplyDeleteSaya juga menghadapi masalah yang sama dengan Irwan untuk mengakses Mistisfiles. Mohon bantuan. Terima kasih.
Berikan emel anda,nanti saya submit pada organisasi.
ReplyDelete~Srikandi
Irwan.sanei@gmail.com
ReplyDeleteThank you for the reply. Thank you too, for honouring me to be included into you exclusive invitee list.
Jazakillaahukhoiran kathira sister.
syamsurizalmusa@gmail.com
ReplyDeleteTQVM sis. Am very much appreciated.
salam sik sri..
ReplyDeletenak minta tlg cik submitkan email saya pd MF sbb saya mmg pembaca setia MF.. tqvm
edrusli@gmail.com
salam sik sri..
ReplyDeletenak minta tlg cik submitkan email saya pd MF sbb saya mmg pembaca setia MF.. tqvm
edrusli@gmail.com
Assalam...
ReplyDeleteSaya pohon submitkan email saya pada MF jugak... shazeman@gmail.com
assalamualaikum..
ReplyDeleteweb MF da di private kan....harap saya da[at di invite utk masuk kedalam web MF sbb byk infomasi yg dpt sy belajar dari sana...tima kasih
from kamarul bahri
mgt_sham@yahoo.com
assalamualaikum srikandi..
ReplyDeletesaya seorang pelajar dari universiti bangsa melayu tempatan, amat berminat dengan ATBM dan MF.
info didalamnya membuat saya berfikir..
namun srikandi, saya menghadapi masalah untuk mengakses MF sama seperti saudara2 yang lain..
mohon srikandi bantu saya..terima kasih srikandi :)
from Wan Bukhari
wanna_dis@yahoo.com
alhamdulillah, terima kasih banyak2..
ReplyDeletesy dah dapat akses MF.
Assalamualaikum srikandi.
ReplyDeleteSaya juga salah seorang peminat MS tapi sekarang ia telah diperibadikan. Dulu saya tak berapa berminat nak membaca di MS teapi setelah diperibadikan barulah tercetusnya rasa ingin membaca apa yang ada di MS.
Tak apalah. Saya cuba membaca blog ini dari awal sampai akhir.
Mungkin selepas ini saya boleh pula pergi membaca di MS. Biarlah saya merangkak dahulu sebelum membolehkan saya menjadi pembaca setia MS.
Assalamualaikum Cik srikandi..
ReplyDeleteboleh tak submitkan email sy juga pada MF. sebab sy berminat sangat mengikuti siri ini..terima kasih
from,
ima_marina@yahoo.com
Assalamualaikum Srikandi..
ReplyDeletebyk persoalan yg tak terjawab dlm fikiran sy sejak sekolah kini dah terjawab... tahniah
semua artikel yg dipaparkan sudah menjelaskan tanggapan saya selama ini ttg rumpun melayu yg cuba diinjak2 dan dipadamkan oleh kuncu2 zionis yg ada di rantau asia tenggara ini...
seperkara, harap dpt submitkan email sy juga kepada MF ya... terima kasih
dari
azri
abr_76@yahoo.com
Assalamualaikum Srikandi.
ReplyDeleteemail saya : nasri.fahmi@gmail.com
Assalamualaikum cik SriKandi, saya adalah penggemar tetap siri ATBM..tetapi sekarang saya tak dapat akses ke MO.
ReplyDeleteSila bantu saya cik SriKandi dan ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.
emel saya abdlatifmoktar@yahoo.com
Assalamualaikum Srikandi.
ReplyDeleteemail saya : mrarif870@gmail.com
salam buat Srikandi...
ReplyDeletesaya juga menghadapi masalah untuk
mengakses MF...dan sangat teruja untuk
memahami dan mendalami sejarah Melayu ini....
minta bantuan dari Srikandi....
mohamad.faisal.yusof@gmail.com
Salam Srikandi... mungkin saya terlewat berjumpa dengan blog ini... tapi saya juga memerlukan akses untuk membaca di'MF'...
ReplyDeleteazmosaz@gmail.com a.k.a SiR HuNTeR
Assalamualaikum wbt...
ReplyDeletecik Srikandi..
Saya amat meminati sejarah melayu...tetapi tak dapat akses MF..pohon laluan ke MF.
Terima kasih.
zol_jeff@yahoo.com
Tak keruan saya tak dapat baca mistisfiles. Email saya nadiahtheazahars@gmail.com saya banyak baca sumber2 lain juga. Ternyata srikandi punya penghuraian lebih terperinci. Teruskan menulis.
ReplyDeleteAs salam Srikandi.
ReplyDeleteAdd me in in mistifiles.
Assalammualaikum wbt..
ReplyDeleteDikala diri ini dari kecil tercari-cari identiti bangsa sdr hinggakan ke dewasa ditambah lagi usaha keluarga terdekat menjejaki susur galur keturunan sendiri sampai ke Brunei Darussalam dan Indonesia. Alhamdulillah..
Namun sejak bertemu dgn siri Srikandi ini, mataku terbuka luas, telinga seolah teriris, nafas ku kadang2 tersesak natijah membaca setiap perenggan yg mmg terkesan..
Semangat makin membara, jiwa semakin padu.. Benar sangkaan ilmu Allah itu amatlah luas tidak terhitung dan pastinya banyak lagi yg belum terungkai. Bertambah kebal & tebal jati diri dikala ini. Ya Srikandi, dari siri pertama mengikuti cetusan minda mu banyak memberi jawapan kepada apa yang dicari selama ini malah keimanan semakin membara.
Sujud syukur dgn apa yg dicari selama ini termakbul. Tetapi kali ini nikmatnya lagi besar dan lagi dipermudahkan jalan lurus untuk mendapatnya. Semoga dapat lagi mengetahui & berkongsi ilmu ini dari Srikandi. Kiranya boleh mendapat akses ke MF seterusnya agar niat tidak terhenti disini. Disertakan emailnya azlamsyah@yahoo.com.
Semoga Allah sentiasa merahmati usaha kamu semua & kita sentiasa dibawah lindungannya. Jutaan terima kasih tidak terhingga..
Wassalam.
as salam....ingin bertanya,bagaimana nak ekses MF,email saya ...mohdmohdzir@yahoo.com.my
ReplyDeleteassalam cik srikandi.. mohon beri akses ke mistisfiles.. byk lg yg sy ingin teroka.. terima kasih.
ReplyDeleteemail. jemie1428@gmail.com
As salam Srikandi
ReplyDeleteSy amat berminat dgn kajian Srikandi ttg asal Melayu. Tolong invite sy ke mistisfiles.
yanty10papers@rocketmail.com
Salam Cik Sri Kandi..
ReplyDeleteNak minta tolong cik submitkan email saya pd MF sbb saya mmg pembaca setia MF.. terima kasih banyak-banyak. Syedmohd@cima.uemnet.com.
As Salam..saya juga peminat MF, minta jasa baik add saya cikgufaizol@gmail.com, terima kasih
ReplyDeleteNak tanya, yang manakah blog srikandi yg betul2 original dan complete berkenaan sejarah2 rahsia melayu ni..MF, riwayatmelayu, mistisfiles.historiansecret.com, mistisfilescopy.blogspot.com..byk sgt blog
ReplyDeleteSTIKANDI, I REALLY NEED TO MEET YOU.. Please..
ReplyDeleteSHIRTA HAQ AQULLAH