Monday, April 3, 2017

Buku Baru Akan Terbit : Rentaka Sekalian Bijasura





Salam,

Akhirnya buku terbaru saya hampir keluar menemui para peminat sejarah terutamanya sejarah Melayu. Kini semasa artikel ini ditulis, ia telah memasuki fasa akhir semakan dan menanti untuk dicetak.

Rentaka Sekalian Bijasura, begitulah namanya adalah kumpulan tulisan-tulisan saya tentang sejarah Melayu yang berkait dengan sejarah dunia. Selalu kita melayan sejarah Melayu seperti ia terperuk di dalam tempurung sendiri namun melalui pendekatan saya, kini kita boleh membaca sejarah Melayu bersama-sama sejarah dunia.

Rentaka ialah sejenis meriam mudah alih atau meriam kecil yang terkenal di Nusantara sebelum diceduk konsepnya oleh pihak Belanda dan Sepanyol. Bijasura pula adalah semacam jawatan khas bagi hulubalang istana gaya Kesultanan Melaka yang bertugas sebagai ketua pengiring diraja, tugas-tugas khas (seakan-akan komando atau tentera elit) dan ketua intelijen.

Rentaka Sekalian Bijasura membawa erti rentaka terbaik yang menjadi senjata para bijasura yang semestinya adalah dari lelaki-lelaki terpilih yang bijak dan gagah berani. Senjata yang terbaik mestilah dikurniakan kepada bijasura yang merupakan kedudukan yang berprestij di istana.

Ini video teaser bagi buku Rentaka Sekalian Bijasura.





Rentaka Sekalian Bijasura adalah buku ketiga Srikandi bagi karya sendiri dan keenam keseluruhannya. Konsep buku ini adalah sekitar sikap dan pemikiran sejarah pasca-merdeka. Pemikiran pasca-merdeka ni bahasa mudahnya ialah pemikiran sejarah yang matang, tak dikongkong tapi ia bertujuan jelas untuk memanfaatkan masyarakat yang memiliki sejarah itu.

Buku ini ada satu makalah dalam bidang arkeologi dan dua kertaskerja akademik dalam bidang genetik. Mukadimah oleh ahli-ahli akademik dan para pelajar sejarah. Ia terdiri daripada tulisan-tulisan berkaitan sejarah Melayu dan hubungkaitnya dengan sejarah dunia. Ada segmen pemikiran sejarah pasca-merdeka, manuskrip Melayu, isu-isu di tapak arkeologi di Lembah Lenggong dan Sungai Batu serta perbincangan secara saintifik asal-usul orang Melayu sebagai salah satu dari rumpun Malayo-Polinesia dan Austronesia bersumberkan kajian ahli akademik dalam dan luarnegara.

Walaupun begitu, sebab sejarah ni universal maka pelajaran dari buku ini boleh dicerna oleh sesiapa sahaja tidak kira dia siapa dan apa warna kulit dia.

Buku ini lebih garang jika dibanding dengan sebelumnya. Sesuai dengan namanya, ia penuh dengan kata-kata seruan menaikkan semangat yang saya gelar sebagai "The Battlecry". Sememangnya kita selamanya berada dalam 'peperangan' dan tidak sepatutnya kita mendidik masyarakat supaya merasa bangsat. Sejarah semestinya mendidik kita menjadi berani dan kuat.

Apa pun nantikan kemunculannya nanti di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 28 April 2017 ini.


~Srikandi







21 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Buku boleh beli online tak?

    ReplyDelete
  3. Terbaik Srikandi, teruskan perjuangan anda memartabatkan sejarah Melayu.

    Huzaifah A.M

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak beli buku cik seri

    ReplyDelete
  5. Terbaik Cik Sri. Saya baru beli 2 buku di Timeless (Emas Para Dapunta dan Baiduri Segala Permaisuri). InsyaAllah akan tambah koleksi lagi. Kalau tak sempat ke Pesta Buku, harap2 akan ada di Kedai Buku Timeless KL Gateway :)

    ReplyDelete
  6. insyallah bolehkah kita berjumpa di PBAKL nanti?

    ReplyDelete
  7. Yay, dah beli buku cik Srikandi yang baru ni di pesta buku. (๑´̥̥̥>ω<̥̥̥`๑)
    Tak sabar nak baca!(∗•ω•∗)

    ReplyDelete
  8. Cik sri, kemanakah menghilangnya mistisfile? Ramai yang menantikan artikel dunia masa kini dan masa hadapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MistisFiles boleh dilawati di sini:

      http://mistisfiles.historiansecret.com/

      ~Srikandi

      Delete
  9. Cik srikandi bolehkah saya nak buat tempahan utk buku tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila lawati fanpage saya: https://www.facebook.com/srikandisejarah/

      ~Srikandi

      Delete
  10. tahniah dan terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  11. Di mana saya boleh dapatkan buku2 anda

    ReplyDelete
  12. Tahniah cik Srikandi!
    Saya Dino Zain seorang youtuber.
    Saya juga nak buat video tentang kata Melayu yang pertama kali dicatatkan sebagai Malayu Kolon dalam peta Asia Tenggara pada abad pertama di tahun 150 Masehi, lakaran seorang pelayar, ahli astronomi dan matematik Rome iaitu Ptolemy yang bermaksud Bagian Dari Melayu.
    So kata Melayu telah dikenal lebih 2000 tahun dulu, sebelum Ptolemy sampai di nusantara ini.
    Ptolemy juga masuk daratan semenanjung Malaysia lalu dia tanda area peta semenanjung Malaysia yg ditulis Semenanjung Emas...mungkin Ptolemy berkesempatan dapat lihat lombong bijih emas di sini dan bagaimana kemewahan pemerintahan kerajaan Melayu waktu itu dengan emas....itu pendapat saya, kalau tak, tak mungkin Ptolemy saja2 cipta sendiri perkataan itu.
    Kemudian catatan dari sumber China yang banyak mencatat Melayu di rantau ini selama beberapa abad dan catatan pada abad 7 masehi, mengatakan kerajaan Melayu yg berkuasa di laluan laut antara selatan India hingga negeri sebelah barat selatan Melaka.
    Ada banyak bukti2 kependudukan orang Melayu sebagai pribumi Malaysia.
    Dan saya boleh katakan bahwa orang Melayu Malaysia bukan dari Indonesia kerana tidak ada catatan sejarah yang sahih, prastasi mau pun batu bersurat dan rekod sebagai tanda bahwa pernah terjadi migrasi kumpulan manusia dari Indonesia.
    Ada yang mempergunakan ketika era kerajaan Sriwijaya, berlaku migrasi dari Indonesia ke Malaysia, tetapi bila diminta bukti sebagai fakta, dia tak mampu tunjukkan, malah tak ada.
    So Melayu Malaysia dari Indonesia itu hanya teori rekaan pembohongan manusia yang ada kepentingan sendiri demi menjayakan tujuan negara nya atau kaum immigrants yang tak ada rasa malu masuk campur hal ehwal sejarah Asia Tenggara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik apa yang anda tulis ni. Singgahlah di page saya 'Srikandi' atau di twitter 'Cik Srikandi'. Saya selalu aktif di sana.

      ~Srikandi

      Delete