Membaca adalah jambatan kepada pendidikan. Berapa ramai manusia yang berpusing-pusing di dalam kepompong kemiskinan dan kebuluran kerana tidak berjuang untuk pendidikan mereka? Membaca adalah senjata untuk pendidikan. Buku adalah peluru-pelurunya. Siapa yang ingin kamu bunuh?
Kebodohan. Membaca untuk melawan kebodohan.
Jadi bersempena dengan ini, Srikandi nak ajak warga pulau terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia ini supaya ramai-ramai ke Borneo Book Fair 2016 yang bertempat di 1Borneo Hypermall di Kota Kinabalu, Sabah.
Reruai kami yang siap sedia! |
Acara ini bermula dari 6 hingga 10 Oktober dan ia dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam.
Jadi para pembaca dari Sabah dan Sarawak yang asyik mesej Srikandi dalam emel mahupun media sosial tentang buku-buku Srikandi bolehlah ke sana ya. Reruai kami ialah Booth 029 yang bernama 'Terfaktab Puteh'.
Jumpa kami di sana!
~Srikandi
Moga Borneo Book Fair 2016 membawa kejayaan kpd adinda Srikandi & TERFAKTAB
ReplyDeleteTerima kasih :)
Delete~Srikandi
salam vampire of history...journey to the unknown...cos we never know the msytery of the past...it belong to the All-Known, The All-Mighty
ReplyDeleteSalam,
DeleteLama tak dengar berita :)
~Srikandi
Assalam cik srikandi,ada terbit buku sejarah alter rahsia bangsa Melayu x. ?ada bgtahu sy ye.Terima kasih
ReplyDelete