Tuesday, August 2, 2016

Perihal Buku & Perkembangan Terbaru







Salam semua,

Okay tak Srikandi posing? Bolehla tu. Baju kurung yang saya pakai tu baju kurung raya. Saya posing dengan dua buku saya; Baiduri Segala Permaisuri dan Emas Para Dapunta & Maharaja.

Sini saya nak kongsikan sedikit pasal perkembangan terbaru saya dalam isu-isu sekitar sejarah dan juga perkembangan buku-buku saya. Menariknya, buku-buku saya laku keras di pasaran terbuka. Buat pengetahuan pembaca, buku-buku saya dipasarkan di rangkaian kedai buku MPH, Kinokuniya, Lejen, FIXI, Terfaktab dan insya Allah akan masuk Popular.






Ketika ini di Kinokuniya, Emas Para Dapunta & Maharaja telah kehabisan stok. 





 Baiduri Segala Permaisuri telah mencapai tahap bestseller di Kinokuniya.
Kinokuniya ini adalah rangkaian kedai buku antarabangsa yang berasal dari Jepun.


Bercerita tentang Emas Para Dapunta & Maharaja, ia sekarang masuk cetakan ketiga dan untuk itu ia telah dikeluarkan dalam bentuk edisi baru dengan grafik kulitmuka yang baru.







Baru kena dengan tajuk dia. Kalau anda pandai, anda pasti tahu siapa nama raja yang pegang pedang di dalam 'duit syiling emas' pada cover baru buku ni.








Buku saya di rangkaian buku MPH.






 Buku saya juga diedar oleh penerbit indie seperti FIXI.






Gerak Budaya juga mengedar buku saya.







Perbualan saya bersama rakan-rakan tentang buku-buku saya yang kehabisan stok. "Siapa yang habiskan buku2 saya?Pelik betul," sebenarnya usik-usik sahaja. Sebab saya fikir saya menulis tentang topik sejarah, sudah tentu bukan topik yang diminati malah membosankan bagi kebanyakan orang.

Mesti ada yang terkejutkan pasal benda-benda ni. Memang sesetengah orang menyangka saya ni hanya layak sebagai so-called "blogger" sahaja. Memang dulu saya blogger tapi sekarang saya published author.

Saya keluarkan buku-buku fizikal dan jual di pasaran terbuka, bukan jual dalam tenet je. Buku saya keluar dalam akhbar tempatan dan diulas dalam media-media liberal dan propembangkang. Rilek je.

Kunci dia ialah: kalau kita tegas dan tetap pendirian kita, orang lain akan hormat prinsip kita, kawan dan lawan akan respek kita. You see?

Kalau kita takut itu takut ini...takut diketawakan...takut dikritik...maka orang lain akan memandang rendah kepada kita. Akhirnya kita benar-benar dibuli dan ketakutan yang kita takuti itu benar-benar hinggap atas batang hidung kita.

Mark my word.

Terkini, saya terlibat dalam menyiapkan satu kertas cadangan yang akan dipanjangkan ke kementerian. Kertas cadangan ini bertujuan untuk penambahbaikan subjek sejarah di negara kita.




Ia diuruskan oleh bakal pemimpin dan generasi pelapis kepada kepimpinan negara kita. Juga pembaca tulisan-tulisan saya.

Kepentingan proposal ni, kalau tak mengubah senario sekarang, ia akan nampak kesan pada generasi akan datang. Bila dibentangkan depan kementerian nanti, sekurang2nya akan ada pegawai yang maklum akan benda2 ni.

Mesti sesetengah orang yang tak suka apa yang saya buat atau memang anti-Srikandi terkejut beruk macam mana "blogger" atau "pengguna media sosial" boleh diminta terlibat dalam proposal ke kementerian ni???Sebabnya...saya bukanlah apa yang mereka sangkakan.

:D


Jangan sangka tangan yang mengayun buaian itu tidak mampu menggoncang Sejarah Melayu huhu...tetapi saya masih perlukan hero-hero Melayu untuk gerakkan kekuatan, Sebab mereka yang jalankan semua jabatan, NGO, pertubuhan dan sebagainya. Lelaki memang kena meneraju.

Okayla, setakat ini Srikandi kongsikan perkembangan diri Srikandi pada anda semua.

Ingat, membaca untuk melawan kebodohan. Membaca sejarah untuk menentang buta sejarah.







~Srikandi












16 comments:

  1. tahniah cik seri!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih daun selaseh

      ~Srikandi

      Delete
  2. Thorbaekk srikandi!

    ReplyDelete
  3. saya dah beli kedua2 buku.
    syabas srikandi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syuhada :)

      ~Srikandi

      Delete
  4. Sy dh beli kedua-dua buku. Persoalan2 yg sy fikirkan drp zaman sekolah lagi akhirnya terjawab. Dengan bukti. Best!

    Buku lain sy amik masa lama utk khatam. Buku2 cik sy khatam sekejap je. Boleh ulang baca lagi. Mcm nak hafal masuk exam.

    Baiduri segala permaisuri lebih kemas persembahannya. Sy dah hadiahkan kat org lain. Nanti nak beli lg utk koleksi peribadi. Eh, patut lah sold out. Sorg belum tentu beli satu :)

    Proposal ke kementerian tu berita baik. Semoga terus maju jaya. In shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih banyak2 beli buku2 saya.
      hadiahkan pada siapa ya?
      memang dua2 buku saya setup lain konsep.yg pertama mcm teaser utk faham sejarah Melayu dari era sekitar Srivijaya hingga hari ini.

      yang kedua tu mmg artikel2 ilmiah dan serius.

      ~Srikandi

      Delete
  5. baiduri permaisuri the best!
    ada rujukan lagi dibelakangnya.jarang buku2 bertemakan sejarah yang diterbitkan begitu 'catchy' begini.ada pula puisi yang diselangseli antara artikel2 ilmiah buatkan kepala ni tak berat sangat nak hadam.
    10 stars for srikandi works.

    ReplyDelete
  6. puas baca kedua2 buku cik seri
    tahniah

    ReplyDelete
  7. mph penang habislah pulak.hot betullah srikandi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi pi MPH penang kat gurney tu pn lngsung x dak stock. Buat letih ja hadap jammed beli online je larh.

      Delete
  8. Terimakasih semua, tak larat saya nak ucap terimakasih satu2 :D

    ~Srikandi

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa-doa kami(pembaca tegar atbm)...tahniah Srikandi ;)

    ReplyDelete
  10. Lawanye boleh potong bf? Haha

    ReplyDelete