Friday, July 12, 2019

Semberani Sang Bidasari







Seperti yang dijanjikan kepada para pembaca Srikandi yang disayangi, yang telah bertanya-tanya sejak tahun lepas, maka inilah buah tangan Srikandi yang baru untuk anda semua.

Ia terdiri dari 4 elemen: pengalaman, kritikan sejarah, kepentingan sejarah dan hal-hal kelangsungan (survival) orang Melayu dan pribumi dalam menghadapi unsur-unsur imperialisme.

Karya ni bagi Srikandi agak teknikal dan pekat aktivisme-nya cuma Srikandi sederhanakan ia dengan meletakkannya dalam beberapa bahagian. Karya ini juga adalah 'blueprint' kepada buku antipenjajahan yang Srikandi rancang keluar tahun hadapan.

Sebagai 'blueprint', buku ni mampu mengeluarkan ilmu-ilmu ghaib antipenjajahan apabila diperlukan. Ia dibikin tepat dirumuskan melalui kata-kata, "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."



Pesta Buku


Buku ini telah dilancarkan pada 24. Mac 2019 yang lalu bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung pada 29 Mac hingga 7 April 2019. Srikandi buka tempahan sehingga 7 April dengan harga istimewa RM30. Apa yang terjadi ialah berduyun-duyun pesanan dari seluruh negara ingin menempah buku ini. Ini membuatkan pihak penerbit tidak cukup tangan memproses pesanan-pesanan yang tiba.







Dalam masa dua minggu, tempahan hampir separuh dari kuota jumlah buku yang akan dicetak (ketika itu pihak kilang masih membuat 'block'). Ini membuatkan pihak penerbit terpaksa mengeluarkan sedikit modal untuk persediaan cetakan tambahan jika pre order sahaja mampu menghabiskan kuota cetakan pertama.




Buku Siap Dicetak







Segala puji bagi Tuhan, awal bulan 5 ketika umat Islam berpuasa, buku-buku sudah siap dicetak. Seperti yang dijangka, sebulan selepas habis pesta buku, pihak penerbit terpaksa membuat cetakan kedua untuk menampung permintaan ready stock. Semberani Sang Bidasari sudah masuk cetakan kedua!

Para pembeli Semberani terdiri daripada pelbagai lapisan usia dan datangnya dari semua negeri di Malaysia, dari Perlis hingga ke Sabah. Saya teruja juga sebab orang Sabah dan Sarawak agak ramai juga memesan buku ini. Saya memang beri harga kadar rata kepada seluruh negeri di Malaysia.







Saya memantau setiap pergerakan buku ini dan pihak penerbit diminta memberikan pangkalan data pembeli kepada saya untuk saya analisis. Ternyata buku Semberani banyak dibeli oleh para ibubapa muda dalam lingkungan usia 25-40 tahun. Para pelajar juga agak ramai dan buku-buku saya masuk ke Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia dan sebagainya. Buku Semberani ini juga telah masuk ke pelbagai badan kerajaan dan kementerian seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Latihan Polis dan sebagainya.




Buku Telah Sampai!


Alhamdulillah, tidak lama selepas sekitar 2 minggu pihak penerbit bertungkuslumus mengepos buku-buku Semberani, sudah mula para pembeli mengucapkan terima kasih kepada pihak penerbit dan saya sendiri kerana buku-buku sudah selamat sampai ke tangan mereka.








Ramai yang bertanya kepada saya buku seterusnya dan tidak kurang juga meluahkan penghargaan mereka kepada saya kerana menghasilkan buku ini. Memang saya menghasilkan buku ini dalam keadaan masyarakat pribumi dan orang Melayu khususnya berada dalam keadaan keliru dan tertekan dengan situasi politik dan serangan bertubi-tubi pihak-pihak tertentu terhadap hak dan kepentingan mereka.

Dalam Semberani saya mengingatkan kepada kaum pribumi akan hak-hak mereka dan tipu muslihat pihak-pihak tidak bertanggungjawab dalam merampas hak-hak tadi secara licik. Tekanan dan kesusahan kaum pribumi bukanlah persepsi dan andaian tetapi fakta yang menjalar di media-media berita dan media sosial. Luahan kekecewaan, tekanan perasaan dan sebagainya diluahkan sehingga bekas perdana menteri yang kononnya penuh dengan skandal kleptokrasi tiba-tiba menjadi popular dengan cepat di mata rakyat apabila beliau sering menimbulkan pertanyaan dan maklumat kepincangan kerajaan sekarang. Ini membuatkan beliau seolah-olah dekat di hati rakyat. Sekiranya kerajaan sekarang cekap mentadbir, bekas perdana menteri ini sudah tentu tidak dihiraukan rakyat dan beliau tidak akan mampu mencelah untuk menarik perhatian khalayak. 






Nampak sangat rakyat Melayu terutamanya perlukan tempat mengadu dan satu medium untuk mereka tahu apakah sebenarnya yang berlaku dan cara untuk bangkit menyuarakan hak. Jadi buku Semberani dicipta untuk memberikan perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat pribumi untuk belajar dari sejarah dan dari sejarah itu mereka mampu mengestrak pelajaran untuk digunakan pada situasi hari ini.





Buku Lakukeras! & Usaha Pihak Yang Dengki








Dengan sokongan orangramai, maka Semberani Sang Bidasari cetakan kedua ini pun sudah separuh dijual. Saya begitu terharu walaupun semasa buku-buku ini dicetak ada pihak-pihak yang dengki dan benci dengan saya (akibat gagal berhujah isu sejarah) menyebarkan fitnah dan memburuk-burukkan buku Semberani ini kepada orang ramai. Malah mereka menjalankan kempen memboikot buku ini! Ada yang menggugut saya untuk dilaporkan kepada polis dan SKMM!



Pihak yang dengki dengan saya cuba menghasut orangramai jangan membeli buku-buku saya. Tapi yang lawaknya, follower /pembaca dia sendiri mempertikaikan niat jahatnya.




Mohd Rizal Abdul Rahman itu adalah cytro DAP, dia selalu menyerang saya di fanpage 'Srikandi' sekiranya saya mengkritik DAP terutama isu hijack buku teks sejarah awal tahun ini. Dia bengang dengan saya sebab saya selalu kritik usaha DAP nak kacau buku teks sejarah. Para pembaca saya juga memberitahu hati-hati dengan cytro DAP ini dan suruh saya block saja, tapi saya nak tengok dia ni ada geng tak. Rupa-rupanya dia seangkatan dengan satu 'federasi' sejarah pro-pentadbiran DAP ( DAP adalah de facto dalam pentadbiran hari ini)




Pihak yang dengki mahu buat report supaya saya kena 'angkut'. Dia mendakwa telah berjaya mendapat IP saya. Untuk itu, dia menggugut saya.



Pihak yang dengki teruja menanti SKMM 'angkut' saya. Mungkin dia sudah join buat report.




Namun semua usaha mereka digagalkan oleh Tuhan, walaupun mereka ni ada yang rapat dengan parti kerajaan dan ketua mereka adalah penjilat tegar sebuah parti politik Melayu yang berkuasa sekarang, Tuhan telah melindungi saya dari perancangan jahat mereka. Namun apa yang menariknya, ramai fans saya dari parti itu lebih mengenali saya berbanding dia. Mereka membesar dengan membaca tulisan-tulisan saya sejak zaman blog lagi.

Perkara ini membuatkan saya terfikir, bahawa watak 'kitol' itu senantiasa ada dalam lipatan sejarah Melayu. Melawan musuh dari bangsa lain lebih mudah dari melawan musuh dari bangsa sendiri. Kritikan saya kepada DAP dalam kerajaan untuk isu hijack buku teks lebih mudah apabila mereka menangguhkan rombakan. Namun kitol-kitol dari kalangan bangsa saya sendiri galak cuba mensabotaj usaha-usaha saya memandaikan anak bangsa atas sebab dendam yang tidak berkesudahan yang saya sendiri pun tak faham apakah masalah yang melanda mereka dan keluarga mereka sehingga begitu sakit hati dengan saya.

Syukurlah masyarakat tidak terpengaruh dengan hasutan mereka dan sehingga ke hari ini buku-buku saya dipesan setiap hari. Saya juga ada merekabentuk baju anthem 'Kekuatan Dari Sejarah' khas buat para pembaca saya.







Baju-baju ini juga sudah masuk cetakan kedua. Alhamdulillah. Baju ini membawa semangat 'Kekuatan Dari Sejarah' di mana saya menekankan begitu pentingnya kita mengekstrak pelajaran dari sejarah. Walau hitam atau putihnya sejarah, ia tidak sepatutnya menjadikan kita merasa bangsat. Kita mesti menjadi lebih kuat dan kuat walau apapun manis dan pahitnya sejarah di masa silam.

*Semberani: https://bit.ly/2umeobE  

Baju anthem: https://bit.ly/2XQrefi


~Srikandi


25 comments:

  1. Tahniah Srikandi!

    ReplyDelete
  2. Next book ciksri...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Yang last tu...hehe tu semua geng herman. Siapa friend herman taula dia sangat dendam dengan SK gilababeng hehe. Segala kutukan dan makian terhadap SK boleh kata selalulah dihidangkan kepada kami.

    ReplyDelete
  6. Semoga Cik Seri terus berjuang untuk sejarah bangsa Melayu. Terima kasih tandatangan dan hadiah.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Terbaik Srikandi.
    Teruskan perjuangan memartabatkan sejarah Melayu!

    ReplyDelete
  9. Saya dah beli buku ni. Teruskan apa yang buat awak buat sekarang Srikandi. Tulisan2 awak telah mencelikkan saya kepada sejarah Melayu. Abaikan orang2 yang cemburu tu.

    ReplyDelete
  10. Srikandi jaga keselmatan diri. Musuh mgkin sedang memerhati. Org sehebat kamu pasti byk musuh bermata sepet

    ReplyDelete
  11. hai puan saya ada versi baru mengenai rahsia hikayat merong maha wangsa...versi melalui kajian saya yang tersendiri....adakah puan berminat utk mendengarnya

    ReplyDelete
  12. hai puan srikandi....mahukah puan mendengar cerita merongmahawangsa dari saya melalui versi yang lain.....

    ReplyDelete
  13. terima kasih puan....harap puan tidak menyiarkan komen ini.....cuma saya harap puan boleh buat kajian dan menyiarkan dalam tajuk yang lain....

    pertama kemungkinan hikayat merong mahawangsa yang berasal dari rom itu adalah benar kerana ada adat budaya dari orang rom untuk memberi bunga emas dan perak.....boleh rujuk roman chatolic church golden rose di wikipedia lebih kurang sama seperti bunga emas siam.....deberi sebagai kasih sayang atau penghormatan....maksudnya budaya yang sama.....tak dapat dipastikan bila ia bermula...ada yang mengakatakn seawal 700 masihi....

    yang kedua dari darah orang eropah terhasil la kisah drakula melayu pula

    yang ketiga anak maharaja rom itu mungkin rom byzantine yang duduk di constatinnople manakala merong mahawangsa raja kecil yang istananya berada di syam atau nama moden syria (syam atau syria diabawah takluk empayer rom )

    yang keempat nama orang siam diambil dari nama syam merujuk asal usul nama tempat asal raja itu....(syam-siam) cuma penduduknya orang melayu , mom khemer dan sukothai

    mengenai orang gergasi nampak seperti asal orang palestin yang juga bawah jajahan rom....mungkin diambil sempena kisah nabi musa dan bani israel diarahkan untuk menyerang palestin oleh tuhan...namum bani israel takut kerana mengangap rakayat palestin adalah penduduk gergasi...mungkin ada pahlawan dari penduduk palestin yang ikut serta dalam rombongan itu

    orang mom mengangap orang siam adalah orang asing

    semua cucu merong mahawang mebuka negeri masing masing....tapi saya berpendapat juga seperti yang lain kemugkinan semua negara yang dibuka itu mempunyai nama yang lain nama yang tidak kenali nama yang negara disebutkan sepeti siam lancang perak atau patani adalah nama baru atau nama lama nama negeri asal tidak deketahui (misteri)

    dalam empayer rom timur terdapat dinasti makedonia

    ada raja rom yang berkahwin dengan puteri mongolia yang sudah berkuasa di china tapi saya tak ingat nama raja rom tersebut

    ok puan sekian terima kasih...terima kasih sudi mendengar

    ReplyDelete
  14. Cik ? Srikandi... Boleh tak awak tlg letak nombor fon ke..kdg2 org yg baca artikel awak pun ada benda nak share secara personal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pm saya di twitter 'Cik Srikandi' atau di fanpage 'Srikandi'.

      ~Srikandi

      Delete
  15. Kepada Cik Srikandi apa yang saya fahami dikala ini adalah orang Melayu di Semenanjung terpecah menjadi dua golongan.

    Golongan yang pertama merujuk kepada Melayu darat mereka inilah yang menduduki negeri Kelantan, Terengganu Perlis dan Kedah. Mereka berinteraksi dan berasimilasi dengan bangsa-bangsa di utara mereka seperti mon-khmer dan bangsa Thai.

    Golongan kedua merujuk kepada Melayu laut mereka Inilah yang menduduki negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka Johor dan Pahang serta Perak.
    Jika ditelusuri keturunan mereka banyak berasal daripada Pulau Sumatera, Kalimantan, Jawa dan Sulawesi. Mereka inilah yang banyak menggunakan dialek Bahasa Melayu Riau Khususnya di negeri Selangor dan Johor.

    Sejarah tetap sejarah dan tidak boleh diubah ubah lagi. Sekian dari saya.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kajian saya, memang ada Orang Darat dan Orang Baruh.

      ~Srikandi

      Delete