Saturday, July 4, 2015
Sekangkang Kera dan Segenting Kera
Sekangkang Kera dan Segenting Kera,dua term ini merujuk kepada keluasan tanah yang kecil.
Ada sejarahnya dua istilah ini,ia berkait dengan dua raja dan dua wilayah.Di sana terdapat juga Sungai Kera,di tebingnya memang ada makam satu keluarga bangsawan Melayu ketika era Pagan.
Jika anda melihat peta-peta Itali abad ke-16,anda akan melihat wilayah Bago sekarang ialah berlabel 'Tana Zari'.Di sana ada kerajaan Thaton dan populasi orang Mon di Tenang Siram,di Segenting Kra,di bawah wilayah 'Tana Zari' itu.Tanah Sari adalah wilayah Kedah Tua pada masa silam yang disebut-sebut dalam riwayat Song dan Sui sebagai sebahagian dari 'Kunlun Besar'.
Saya percaya di sini adalah pertembungan antara Mon dan Malayu,dengan kebaya dan tarian.
Wilayah Thanintharyi di Myanmar kini berasal dari perkataan 'Tanah Sari' ini.
Legenda mengatakan dua raja Melayu dari Kedah datang memerintah orang-orang Mon dari Thaton.Wilayah Tenang Siram yang diduduki orang Mon,sama seperti legenda Jatukam Ramathep di selatan Thai,mengatakan dua orang anak raja Melayu memerintah di Nakhon Si Tammarat.,oleh orang-orang Thai yang menduduki wilayah Segenting Kra kini.
Pada tahun 2013,saya telah mengkaji kubur2 lama di Sungai Kra,dan sejarah satu keluarga bangsawan Melayu.Ingin dicatatkan di sini,budaya Melayu di Segenting Kra bukanlah mengikut model Kesultanan Melayu Melaka.Mereka memakai mahkota berkerawang seperti mahkota Champa atau Khmer,memakai jubah pendek seperti jaket (kadang2 baju Melayu memakai kostum ini,seperti full costume Agong) dan dipadankan dengan sampin pendek.
Saya mengesyorkan pakaian bapa Tien dalam filem Ong Bak 2 sebagai model yang paling menghampiri.Dengan pelakonnya seperti wajah pelakon Indonesia 80-an,dan isterinya yang memakai model pakaian wanita Srivijaya (berkemban dan bersanggul),saya tertanya2 siapa yang menjadi koreografer,pereka kostum dan pengarah sejarahnya apabila saya melihat orang Lao dan Malayu berlatih bersama senibeladiri dalam satu adegan.
Patung yang dirampas dari pedagang China oleh kumpulan pembunuh upahan yang disertai Tien dalam satu adegan adalah seni awal Dvaravati,kerajaan Mon di tengah Thailand kini yang budaya dan populasinya masih diperdebatkan antara sarjana sama ada Malayu atau Mon atau campuran kedua-duanya.
Saya merasakan,pengarah atau koreografernya seolah2 mahu menanamkan satu maksud tersirat-situasi itu bukan konflik dalaman Ayutthaya atau antara Sukhotai-Ayutthaya,tetapi konflik dalaman Sri Dharmaraja,dengan ancaman Ayutthaya dari utara.
~Cikgu Seri
Yang masih belum mendaftar,anda boleh mendaftar untuk mendapatkan semua bahan-bahan kuliah yang tertinggal :
==========================================================
Klik sini untuk daftar>> http://historianlodge.historiansecret.com/?page_id=282
==========================================================
Terbaik!!! Cikgu Seri...
ReplyDeleteterbaik cikgu seri....saya ada sedikit maklumat untuk berkongsi atau mungkin cikgu seri lebih hebat dari saya...wallahualam...
ReplyDeleteSalam,boleh kongsikan..sila2 ...saya juga bukan tau smua :)
Delete~Srikandi