Sunday, September 16, 2012
Ucapan Pembukaan dari Lonecryer
Ke hadapan jiggers dan alters,
Ketika bertugas di Tanah Melayu sekitar 1930-an,seorang pengembara dan amatur dalam bidang arkeologi British,Gerald Brosseau Gardner,telah menjumpai beratus-ratus manik dan beberapa tinggalan di sebuah kota yang tersembunyi di dalam hutan di Johor.Apabila diteliti,alangkah terkejutnya dia apabila mendapati usia manik-manik itu sekitar 700 Sebelum Masehi iaitu bermula dari era Hittite,Phoenicia dan Empayar Rom!Ada juga manik-manik yang diperbuat dari kaca yang hanya terdapat di sekitar Cyprus sekitar 1100 hingga 300 Sebelum Masehi!
Ini telah merubah pandangan Gardner terhadap penduduk di Tanah Melayu secara peribadi dan setelah diperkenalkan oleh rakan Amerikanya kepada sebilah keris,Gardner telah merasakan sesuatu yang aneh dan mula menghidu satu tamadun purba yang hilang,seperti yang diyakini oleh para pengamal kultus-kultus rahsia Eropah.Gardner kemudiannya mula berminat dengan sihir dan amalan mistik orang-orang Melayu.
Hari ini G.B Gardner lebih dikenali di Eropah sebagai 'Father of Wicca' iaitu satu kultus sihir Neo-Pagan yang popular di Barat.
Apakah yang dijumpai oleh Gardner semasa bertugas di Johor?Selain dari apa yang beliau terbitkan dalam Journal of Malayan Branch of Royal Asiatic Society pada tahun 1933,terdapat beberapa makalah lain yang kita tidak ketahui,menceritakan masa silam orang-orang Melayu berhubung dengan bangsa-bangsa purba yang telah pupus seperti Hittite (diyakini era Nabi Ibrahim a.s),Phoenicia (orang Kanaan) dan Mesir Purba.
Apa yang dijumpai oleh beberapa individu British sama ada bertugas sebagai pegawai kerajaan,pengkaji,pengembara dan sebagainya,di mana hasil kajian mereka berselerak dalam jurnal-jurnal antarabangsa,menunjukkan hasil kajian yang sama diutarakan oleh Srikandi dalam blog riwayatmelayu.Sebelum penemuan di dalam jurnal oleh individu era kolonial didedahkan,Srikandi telah memberitahu kami tentang petunjuk-petunjuk di beberapa tempat mengenai kaitan tamadun Melayu dengan Mesir Purba,dengan Phoenicia,dengan Ibrani (Bani Israel,Yahudi Kuno) serta kaum-kaum peribumi Amerika seperti Maya,Inca dan Aztek.Penemuan di tapak arkeologi Oc-eo di Vietnam tentang syiling-syiling Rom memang terkenal,namun penemuan manik-manik era Hittite di Johor kurang diketahui dan ini amat mengejutkan sama seperti penemuan teknologi peleburan besi di Kedah oleh pengkaji USM.
Buat pengetahuan anda,kaum Hittites adalah sezaman dengan Assyria,Babilon (era Namrud juga termasuk di dalamnya),Kerajaan Israel Raya dan Judah (era Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s).Bagaimana barangan era 1000-800 sebelum Masehi boleh dijumpai di Johor Lama?
Ada sesuatu yang berlaku di sana 1000 tahun Sebelum Masehi,sebagaimana yang diberitahu oleh Srikandi tentang Raja Hari dan empayar maritimnya.Dalam artikel ATBM 'The Chronicles of Matahari' Srikandi menjelaskan bahawa Horus atau dalam sebutan Mesirnya 'Heru' adalah Raja Hari dimana perlambangan dewa Mesir ini dinamakan "maatheru' dalam bahasa Mesir Purba yang diterjemahkan sebagai 'The Eyes of Heru',Mata kepada Hari.
Namun apa yang dikesalkan ialah,kebanyakan artifak kita telah dilarikan oleh pihak British manakala raja-raja Melayu ketika itu majoritinya tidak memahami sejarah nenek moyang.
Ini menunjukkan sebelum Srivijaya bangkit sebagai kuasa maritim yang mengawal Selat Melaka,telah muncul beberapa hegemoni kuasa laut sebelumnya.Selat Melaka dari dulu sampai kini kekal sebagai laluan perdagangan paling sibuk dan menguntungkan.
Saya boleh membayangkan kapal-kapal dari Babilon,Phoenicia dan Anatolia sampai ke sini dan berdagang dengan nenek moyang kita.Tidak hairanlah Gunung Ledang dikenali dengan nama 'Hebrew'nya iaitu Mount Ophir oleh orang Barat.Siapa kata Bani Israel tidak kenal orang Melayu?Jika kita dapat mengusahakan supaya mengakses manuskrip-manuskrip Ibrani di universiti-universiti di Israel untuk mengesan aktiviti kerajaan Judah,Samarra atau Israel Raya dengan nenek moyang kita,kita akan dapat membuka kunci segala misteri.
Kita mungkin kekurangan bukti fizikal setua Piramid Giza atau Tembok Besar China.Tetapi kita mempunyai jejak bisnes maritim yang lebih tua dari Taman Tergantung Babilon.
Ketika saya bertemu dengan Srikandi di 'Mushroom',Universiti Teknologi Mara Perlis,beliau ada menunjukkan petunjuk terbaru...bahawa tradisi ular besar atau naga adalah berasal dari kultus kuno tamadun Melayu yang hilang.Srikandi sekaligus menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara raja-raja yang memerintah Alam Melayu pada era purba dengan imej dewa-dewi Mesir Purba dan Hindu.Petunjuk paling dekat terletak di Kemboja,dengan sejarah emperor-emperor Angkor berdarah Melayu memerintah bersama-sama orang Khmer.Jika kaum Maya mempunyai tradisi 'ular besar' sehingga dijadikan dewa,maka kita mempunyai 'Merong' iaitu bahasa lama Melayu era Jawaka (pra-Srivijaya) merujuk kepada 'ular besar'.Tradisi naga yang begitu kuat dalam budaya Khmer namun kita tahu apabila Preah Thong dan Nang Neak (Kaundinya dan Soma dalam prasasti Champa) iaitu Bapa dan Ibu orang Khmer mula bertemu,dicatatkan kelibat 'Cham King' dalam riwayat Khmer.Ini bermakna sebelum kehadiran orang Khmer,raja-raja serumpun dengan bangsa Melayu telah lama memerintah Asia Tenggara!
Jadi saya tidak hairan bahawa bisnes maritim orang Melayu mencapai era Hittite,Babilon,Assyria dan Empayar Rom.Selagi kosakata 'MATAHARI' masih berada dalam bahasa Melayu,selagi itu saya percaya hubungan bangsa Melayu dengan Mesir Purba.
'The Origin of The Sea Dragon' itulah kata-kata yang dibisikkan oleh Srikandi kepada saya,merujuk kepada rajah suci Khmer Kuno abad ke-16 menunjukkan lukisan naga yang berenang di laut.Misteri bangsa yang hilang diabadikan dalam riwayat paling terahsia di Indochina.Menyelusuri kepada salasilah moyang kepada raja-raja Srivijaya,Seri Gumum dan Seri Pahang hingga kepada Horus 'Mata-Hari'.
Jika Srikandi pandai membahagikan masanya dan tidak menghabiskan masanya merayau-rayau atau melepak bersama rakan-rakan sekuliah di Wangsa Walk dan KL Festival,kita akan cepat mengetahui siapakah sebenarnya 'The Sea Dragon' itu.Kita mahu tahu lebih dalam apa yang ditemui oleh 'The Naga King's Daughter' ini.
-Lonecryer
מקורו של דרקון הים
Haifa,Mei 2@12.
fuhhh....tak sabar nak tunggu sambungan penyiasatan pendedahan ni
ReplyDeleteSrikandi, penyiasat jejak nenek moyang
ReplyDeleteBorn: June 13th, 1884 at Great Crosby, near Blundell Sands in Lancashire, England.
ReplyDeleteBegan travelling at the age of four; his nursemaid took him to warmer climates to help alleviate his asthma.
Had jobs planting tea and rubber in the Far East. He eventually became a Customs officer until he retired in 1936.
Was initiated into the New Forest Coven, a traditional Wiccan coven by "Old Dorothy" -- Dorothy Clutterbuck -- in September, 1939.
Published High Magick's Aid, a fictional account of witches, in 1949 under the pen-name Scire. After the repeal of witchcraft laws in Britain in 1951, Gardner published Witchcraft Today in 1954, a non-fictional account of modern witchcraft.
Became a spokesperson for the pagan community
Invited to a reception at Buckingham Palace in 1960.
Died: February 13th, 1964, while returning from abroad on the SS Scottish Prince.
Arriving in the country, the couple settled into a bungalow at Bukit Japon in Johore Bahru.[82] Here, he once more became involved in Freemasonry, joining the Johore Royal Lodge No. 3946, but had retired from it by April 1931.[83] Gardner also returned to his old interests in the anthropology of Malaya, witnessing the magical practices performed by the locals, and he readily accepted a belief in magic.[84] During his time in Malaya, Gardner became increasingly interested in local customs, particularly those involved in folk magic and weapons. Gardner was not only interested in the anthropology of Malaya, but also in its archaeology. He began excavations at the city of Johore Lama, alone and in secret, as the local Sultan considered archaeologists little better than grave-robbers. Prior to Gardner's investigations, no serious archaeological excavation had occurred at the city, though he himself soon unearthed four miles of earthworks, and uncovered finds that included tombs, pottery, and porcelain dating from Ming China.[85][86] He went on to begin further excavations at the royal cemetery of Kota Tinggi, and the jungle city of Syong Penang.[87][88] His finds were displayed as an exhibit on the "Early History of Johore", at the National Museum of Singapore, and several beads that he had discovered suggested that trade went on between the Roman Empire and the Malays, presumably, Gardner thought, via India.[89] He also found gold coins originating from Johore and he published academic papers on both the beads and the coins.[90][91]
ReplyDeleteTakkan tulih article ini di Haifa...?
ReplyDeleteLonecryer berada di haifa,israel semasa menulis artikel ni? Selamat maju jaya dan selamat sepanjang perjalanan.
ReplyDeleteLonecryer berada di haifa,israel semasa menulis artikel ni? Selamat maju jaya dan selamat sepanjang perjalanan.
ReplyDeleteLonecryer berada di haifa,israel semasa menulis artikel ni? Selamat maju jaya dan selamat sepanjang perjalanan.
ReplyDeleteLonecryer berada di haifa,israel semasa menulis artikel ni? Selamat maju jaya dan selamat sepanjang perjalanan.
ReplyDeleteHaifa (Bahasa Ibrani: חֵיפָה Ḥefa; Bahasa Arab: حَيْفَا Ḥayfā (bantuan·maklumat)[1]) merupakan bandar yang terbesar di Utara Israel dan bandar yang ketiga terbesar di negara ini, selepas Baitulmaqdis dan Tel Aviv, dengan bilangan penduduk seramai kira-kira 267,800 orang.[2][3] Bandar ini merupakan sebuah pelabuhan laut yang terletak di gairsan pantai Mediterranean Israel di Teluk Haifa, kira-kira 90 km di utara Tel Aviv, dan merupakan salah satu daripada pusat industri utama di negara ini.
ReplyDeleteHaifa dibina di lereng - lereng Gunung Carmel yang bersejarah. Ia terkenal sebagai pusat pembuatan pencelup dalam kurun ke - 3 Masihi. Majoriti penduduk Haifa hari ini adalah dari masyarakat Yahudi dan Arab. Bandar ini menempatkan Pusat Bahá'í Sedunia dan dua institusi akademik bertaraf dunia, Universiti Haifa dan Technion - Institut Teknologi Israel. Banyak syarikat teknologi tinggi seperti Intel, IBM, Microsoft, Motorola, dan Google telah membuka kemudahan penyelidikan dan pembangunan di Haifa beberapa tahun kebelakangan ini.
salam Lonecryer
ReplyDeletesalam seluruh ummat melayu
sebuah pengkajian berilmiah bagi tatapan minda melayu dinikala. Adapun sebilangan ummat melayu tua, telah memceritakan, asal usul bangsa melayu. Mereka mengatakan bahawa ini( bangsa melayu ) adalah berasal dari tanah kanaan@ bangsa Mala'-( penyebutan bunyi perkataan mala seolah berhuruf 'k' di hujung perkataan.
Bagi menyelusuri kedalaman atau kepurbakalaan bangsa melayu. Prasasati-prasasati tertua amat baik dijadikan rujukan disamping manuskrip2, sains teknologi dan sebagainya.
Akhirnya, kita mendapati hanya teori atau penggunaan bahasa purba@ bahasa melayu purbakala yang membolehkan kita menyelusuri permulaan bangsa.
Daripada senarai bangsa2 yang dianggap permulaan tamadun manusia. Bangsa melayu purbakala juga adalah salah satu yang memulakan tamadun manusia.
Perkaitan ini amat ketara dalam bahasa melayu purbakala terutama era Nabi Adam ke Nabi Noh. Bangsa melayu adalah pewaris keteknologian nabi Noh.
salam akhir mula
dari Laksamana Allihoo ditimbang sallang dilautan samudra diteratak parangkang, parau, adjung, bahtera.
salam...
ReplyDeleteמקורו של דרקון הים = Asal Naga Laut
ini kah maksudnya?? (pakai google translate)
-jiggger 27-
maaf bertanya, apa beza posting2 di blog MO dan RiwayatMelayu? fokus yang berlainan ke camnae? tq.
ReplyDeletelama tak jumpa sri. saya kira sudah tidak ada, sempat tidak bisa membuka blog ini. saat ini semakin sulit menemui orang seperti sri. teruslah mencari,, selama kejujuran dan ketulusan kau punyai. walaupun betapa gelap, walaupun sering terjatuh, tapi akan sampai jua:) tak ada yang namanya indonesia, malasyia, singapura atau yang lainnya. yang ada hanya melayu, nusantara, bragananta, lintang jagad, ato yang lainnya. yah,, dulu kita hanya satu,, hanya satu,, walau berlain rupa, tapi tetap satu, bhineka tunggal ika. tak ada kejayaan tanpa persatuan,, tak akan hilang melayu,, tak akan hilang,, i love you;) indonesia
ReplyDeletesaya suka perenggan terakhir.. hahaha time kasih LC
ReplyDeleteala,biarla cik srikandi nak hepy2...dia nak lepak ke,nak hang out dgn kawan ke,kan itu life dia...kita bukan sapa2 nak paksa dia,sekalipun kita da berbudi pada dia...
ReplyDeleteannur ttp sokong cik seri kita...cayalah cik sri!kami semua sayang anda!
cik sri,jangan ditekan,anda adalah diri anda sendiri...cari life anda,buatlah apa yg anda selesa dgn diri anda,jangan paksa diri utk buat sesuatu yg anda tak suka...kami mahukan karya2 lama cik sri yg penuh dgn rasa kemelayuan,penuh dengan semangat...penuh dengan rasa...kerana sesuatu yg datang dari hati,pasti akan smpai kehati juga...kami terima seadanya anda,anda nak hepy2 ke,nak lepak ke,itu hak anda utk menjadi seperti manusia lain...
ReplyDeletekita semua tak berhak paksa2 dia semata2 utk kita perah jiwa dia memecahkan segala puzzles yg ada...lonecryer,jangan paksa cik sri,beri dia ruang utk menjadi seperti manusia lain...cik sri,jangan sedih2,kami sentiasa dibelakang menyokong anda...
Thanx...kurang asam tul Lonecryer
ReplyDelete~SK
Kurang asam? Hm... Lama sangat dah pending... terlalu lama...
ReplyDeleteM_M
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKengkadang aku rasa alangkah bahagianya jika aku tak pernah kenal blog mistisfiles. Takkan sepedih ini. Takkan sederita ini. Penantian itu mmg menyeksakan.
ReplyDeleteSrikandi, andai dpt kuundur masa, nescaya aku akan memilih tak pernah mengenalimu (walau mmg x pernah jumpa pun).
Srikandi, jgn mudah memberikan senyuman andai engkau tak ingin memberikan cintamu. Jgn mudah memberi klue2 ttg raja matahari dan bla bla bla jika mmg tak berminat nk bagitahu sejelasnya..
Srikandi, aku x pernah mengharap cintamu, juga tak berharap akan belaianmu. Apa yg aku harapkan hanyalah ARTIKELMU. So please X 3. Sri jgn malas. Cepatlah menulis, artikel yg kau janjikan.
yer la tapi jgnla quote pasal saya dalam artikel dia tu
ReplyDeleteyg buat promo janji tu ini bkn saya tp M.O.
~SK
xpayah jatuh cinta dgn saya.saya hodoh,hidung pesek...gemok
ReplyDelete~SK
sri kandi...uitm arau?kos?
ReplyDelete"kuang hassam"
ReplyDeleteHuhuhu... Ala cik Sri, Pacik Lonecryer gurau2 je tuh. Jgn le amik ati. Nanti suh dia banjer berger bakar saiz xxxl.
Papepun jom le sambung balik silibes, lama da kita cuti kan kan kan.....
:)
Boboiboy
salam Lonecryer@ Tuan Puteri srikandi
ReplyDeletesalam ummat melayu
Tiada benar melainkan benar belaka. Bahawa bangsa melayu adalah pemilik, pembuka@peneroka ketamadunan dunia. Bangsa melayu purbakala adalah pendayung keteknologian manusia ketika era itu.
Bagi menjejak perkaitan bangsa melayu, bahasa melayu purba amat penting dan ia perlu dipecahkan dari setiap zaman. Amat baik antara 5 atau 6 abad sama ada era sebelum atau selepas masih.
Kita banyak menemui pelbagai bahan bukit. Tahniah pada kerajaan , para pengkajian persendirian atau sesiapa sahaja yang terlibat bagi mencari akar-muakar bangsa malayu. Namun kita masih gagal memperkatakan bahawa bangsa melayu adalah juga salah satu kaum manusia yang memulakan ketamadunan dunia dan mungkin tidak salah kalau kita katakan bahawa kaum bangsa ini adalah permulaan semua tamadun dunia.
maaf saya kesuntukan masa........kita akan sambung tuan puteri @ lonecryer
khas tuan Lekir.........tiadk benar bahawa bangsa melayu adalah berasal dari BORNEO. Asal-muasal bangsa ini@melayu amat tetap bermulanya dari lautan samudra menuju ketanah daratan iaitu tanah perkumpulan awal manusia melayu@mala adalh di PO' NAN@PU'NAN@FUNAN yang bermaksud awal penempatan manusia setelah terhanyut@belayar@berPARAL@BELAYAR ketika bumi telah diratapi oleh air, tiada satupun tanah daratan yang tiadak diratapi air ketika berlakunya bencana tuhan keatas ummat manusia dizaman nabi noh@banjir besar.
Amat tepat asal permulaan manusia (SETELAH BENCANA TUHAN) adalah bermula dari tanah lautan@SALLANG@SAMUDRA.....rujukan Al-Quran dan prasasati-prasasti. Setelah itu baru manusia turun ketanah daratan. Dan bagi ummat mala@malayu tepat terawal mereka adalah Tanah po'nan.
saya akan sambung................... saya selesaikan tugas harian dahulu ada masa kita akan berbicara.
sekian terima kasih
akhir mula
dari laksamana allihoo...
lonecryer?
ReplyDeletekalau ikut bacaan dulu-dulu dalam mistisfiles ni dia adalah satu-satunya ahli freemason tahap 33 darjah yang boleh berbahasa Melayu. maknanya semua iluminati, mason, rotary, lion dan apa-apa saja tahu identitinya.
kalau pendedahan mistisfiles tentang Melayu dan konspirasi yahudi-paulisma tidak di perkenankan oleh power behind the throne dah lama dah lonecryer padam. tetapi ni lah lonecryer masih berda'awat lagi. iluminati setidak-tidaknya tolerated dengan pendedahan mistisfiles
jadi apa agenda mistisfiles?
menimbulkan keraguan?
membinasakan dari dalam?
adakan kami pembaca mistisfiles dijadi sebagai pawn?
adakah mistisfiles mencatur kami untuk memajukan wawasan the iluminated one?
kalau saya salah minta maaf lah ya lonecryer
saya ni bagaimana pun sayang dengan Srikandi
hoh.. tul gak tu eh Kowloon.
ReplyDeletenk penjelasan lonecryer dan srikandi.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya tak kisah siapa dia,tapi privacy saya janganlah nak kecoh-kecoh.follow orang pulak.saya dah bagitau sbb saya lambat publish.saya pun ada komitmen lain.
ReplyDelete~SK
saya tak mahu jatuh cinta ponn dengan Srikandi,..berkenalan pon tak hinginn...
ReplyDeletelalalalalaa...huarghhh ngantokk..tido laa
ReplyDelete~Assalamalaykum
ReplyDeletexpayah ,x nak, x mahu ,jatuh cinta dgn cik putri srikandi ~ :-/
biar laa chinta sang Putri TERbang sendiri ~ :-P
hhi hay putri kayangan wujudka dirimu?hilang lah bayang mu dlm lihatku agar spanjang hidup ku x berangan brtemu dirimu.... aiseh, pdhal ..ah cukuplah,...hahaha ... eh hm ...waw ni artikel bulan mei lagi , sept baruu post..... pandai laa Lc' hhaha
Salam...
ReplyDeleteWangsa Walk? KL Festival?
Harimau Muda..... semua penah muda...
jgn lelama sgt lepak tu Cik Sri...
:)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete? sure or not.
Deletehow come u study pasal bkt siguntang masih tak selesai u boleh declare champa - india ? iban - naga ? belayar?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteada kemusykilan disini. ada unsur melayu hendak di ibanisasi ? bangsa yg berketamadunan tinggi, adakah mungkin cara pemakaian akan menampakkan aurat? ada keraguan disini. sila teliti
Deleteaa
~ yea betul....betul jg ckp kowloon tuu,kana tikam dari belakang nnt,..naaa baru kamurang rasaaa... yea betul jg ckp cik sri Putri Srikandi si mata hati ...hmm
ReplyDeletejgn keliru saudara2 skalian abang2 pakci2 kakak2 makci2 ..mari rapat mari sepakat
beli produk sjagat,,eh seh
~kalu gitu rahsia x bleh dedah cne ..murbahaya. aiseh
~saya pun apala yg tahu... banjir besar,nabi noh,nunukragang,hindu,buddha,hanif,nabi ibrahim,nabi sulaiman,nabi muhammad s.a.w,arah timur,brjaya,sriwijay,wulan,punt?, penan, dayak,murut ,bidayu,iban, melanau ,dusun, naga, ,akinabalu,mutira naga,3 org utusan dr china,3 patung atas tokong china tu,seorg stay cne,barunai, bisa, cantik,1 tanjak,bahsa melayu,sultan mo ha ma sha, kurun 13,islam,melayu, pulau besar,rahsia, bangkit,sshh, iktiar,tawakal,subuh siap siaga,
byk ceriterah pasal naga kan sana sini,banyak2 gunung mgkin satu ja rumah dya,yg lain tempat dya singgah kalu penat,istirehat la,penat la tu terbang sana sini ...
hhehe sori ... saya pun x tahu rupanya saya mengaroots...aa jgn marah
~ceriterah ni pusing2...sebenarnya depan mata ja,dekat ni ja tulang rusuk kiri ni...tp Allah s.w.t kc hijab kita smua trmasuk sy.. kita cari pelan2 dn sama2 okee karoke.. ahaha
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMacam-macam komen ye.Saya akan publish kata pembukaan saya (kalau sempat la) petang ni.Lepas tu zasss....The Origin of The Sea Dragon akan bermula.Mahal tau siri ni sebab dah delay siri The Matrix.Pasal saya,M.O potong dulu The Matrix.
ReplyDelete:>
Yup,bukan senang nak buat kajian sejarah.Lebih-lebih lagi sejarah Melayu.
~SK
Hak hak hak...!!! Saya suka komen atas ni. I like...!!! :)))
ReplyDelete150 Tahun Arkeologi Negeri Johor : Penyelidikan dan Pencapaian
ReplyDeletehttp://202.185.40.214/idc/groups/portal_padat/documents/ukmpd/padat_514.pdf
Freemason tgh tgk Malaya nie, apa yang dicari yek? Harap jumpa cepat sbb sy dh penat tunggu waktu puncak nie heh heh...
ReplyDeletediorang cari org tu kan??hrp2 x jmp ..aha
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSUMPAH "BONDA"..
Kalau cite malayu..
ala.. macam si TANGGANG..
Kalau cite lain..
HIKMATNYA lebih/kurang jee..
he.. hee.. heeee..
Alaa cik sri, jgn laa marah2... mcm abang tegur adik.. cam manja2 je.. sweet kami tengok..
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteIngin tanya Kenapa Org Iban Panggil Melayu Sarawak Anak Laut. Padahal Iban juga Sea Dayak. Adakah Iban Dan Melayu Sarawak Sama2 Telah menjelajah Satu Dunia. Bahkan Bangsa Maya Pun Hampir Sama Dgn Pakaian Iban.
Namun Bangsa Maya pernah Mengatakan Bahawa Bangsanya Dtg Dari Satu Kwasan Terhebat. Bagi Mengingati Bangsa Nenek Moyangnya, Maka Mereka Belajar Bersungguh-sungguh Mencipta Bangunan Tinggi Di Pergunungan Agar Dapat Melihat Kembali Nenek Moyangnya. Membina Tamadun Hanya Di Kwasan Hutan Mengingatkan Memori Mereka Kepada Nenek Moyangnya Yang Tinggal Di Hutan Belantara.
Ttg Melayu Sarawak. Memang Org Melayu Sarawak Di Benci Oleh Melayu Lain. Namun Kami Tak Kesah Sbb Allah SWT Tidak Pandang Makhluknya Yang Membenci Sesama Makhluk. Saya Masih Ingat Lagi Peristiwa Mandor Yang Terjadi di Borneo. Maharaja Jepun Mengarahkan Pasukan Rahsianya Membunuh Semua Sultan Melayu Di Borneo. Kerajaan Melayu Di Borneo Terlalu Banyak. Namun Org hanya tahu Brunei Saja. Sambas,Ksultana Melayu Sambas,Pontianak,Kabaputen, dn lain2 lg. Bahkan Kesultanan Dayak Tidung pun ada. Namun Mereka ini bersembunyi kerana Mereka ini tidak mahu lagi di Lihat pergerakannya oleh FREEMASON. Sultan2 yg ADA skrg mesti terikat dgn FREEMASON. Namun Sultan2 Melayu Di Borneo Dan Keturunan Sultan Sulu Masih Lagi menjadi rakyat biasa yg selalu mendengar,melihat,merasai peritnya hidup jika tidak berlandaskan Perintah Allah Swt.
Persoalannya Mengapa MAJORITI Kulit Org Melayu Di Sarawak,Iban,Melanau,Penan, Berkulit Cerah. Jika Saya Melayu Sarawak pergi Semenanjung Mesti Mrka Tanya : Org Melayu Ka? Kenapa Kulit Putih. Heran Pulak Gua. Kalau Melayu Sarawak Kulit Hitam,Coklat Mesti Diorg Org Laut Spt Di Sebuyau,Gedung dn lain2.
Saya Harap Cik Seri Tlong Selesaikan Masalah Saya Sb <enurut Wikipedia(http://en.wikipedia.org/wiki/Borneo),
"According to ANCIENT Chinese, Indian and Javanese manuscripts, western coastal cities of Borneo had become trading ports, part of their trade routes, since the FIRST MILLENIUM. In Chinese manuscripts, gold, camphor, tortoise shells, hornbill ivory, rhinoceros horn, crane crest, beeswax, lakawood (a scented heartwood and root wood of a thick liana, Dalbergia parviflora), DRAGON'S BLOOD, rattan, edible bird's nests and various spices were among the most valuable items from BORNEO. The INDIANS named Borneo SUVARNABHUMI (the land of gold) and also KARPURADVIPA (Camphor Island). The Javanese named Borneo PURADVIPA, or DIAMOND Island. Archaeological findings in the Sarawak river delta reveal that the area was once a thriving trading centre between India and China from the 500's until about 1300 AD.??? Tahun MASEHI.
Terima Kasih
Bro. Lu nak kena lempang ke? Aku orang kedah kawan2 melayu sarawak adalah antara kawan2 terbaik aku dari belajar sampai beranak-pinak....dan nyaris2 nak kahwin dgn org sarawak pon :)
DeleteSetahu aku.. iban tu dayak darat.. melanau tu dayak laut.. ayah aku org melanau oya.. mak aku org melaka.. kalau ko kata sultan melayu benci sultan melayu sarawak.. ko bodoh.. blajar deutro mala n proto mala.. kebykkan org ckp sultan brunei dr keterunan melayu bisaya.. ada hubungan dgn sulu..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLekir,
ReplyDeleteTakda Pun. Kat Bhgn Mana?
Kalau boleh like komen mcm kat fb kan besh! Hahaha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemari makan maggi ...lapar laa
ReplyDeleteFreeamason....
ReplyDeleteHebat gerakan dajjal ni.
Mari kembali ke al quran dan hadis...
Al Quran dan Sunnah...dalam KHUTBAH AKHIR RASULALLAH baginda menyebut meninggalkan 2 perkara dan jika berpegang padanya nescaya kita tiadak tersesat...Baginda x sebutpun hadis...Berita pasal Imam Mahadi dan Isa Al Maseh diturunkan, x disebut dlm Al Quran...cma dari Hadis...berita dari Hadis itu jika Mutawatir dan Sahih...x boleh dipertikaikan, tpi klu keterngannya diubah...jng sekali kali dipercayai...cnth: Berita dri Hadis tentang Imam Mahadi itu memang betul, tpi gambaran tentang Imam Mahadi itu mungkin telah dipinda. Nabi pernah menyebut "tidak ada seorang Nabi pun sebelum baginda terlepas dari fitnah dajjal"...dajaal itu benar wujud, tpi gambaran tentang dajjal itu juga mungkin telah dipinda...digambarkan dlm hadis tentang sifat zahir dajjal dng sebelah mata terjojol dan sebelah lagi buta, manakala di dahi dajjal terdapat perkataan KAFIR...soalannya adakah dajjal di zaman Nabi Nabi sebelum Rasulallah pun begitu juga sifat zahirnya???
DeleteSaya baru follow mistisfiles ni.
ReplyDeleteByk teori dikemukakan ttg bangsa melayu.
Apa sumbernya dan sahih ke sumbernya?
Berhati hatilah saudara muslimim dan muslimat ku.
Ingat pesan umar al khatab " islam yg memuliakan kita bukannya bangsa ".
Bangsa yahudi ni cukup takut jika umat islam lelaki bersatu dlm solat jemaah lima waktu krn di sinilah kunci ilmu dan kekuatan umat islam.
Saya seru semua kaum lelaki islam di malaysia supaya penuhkan surau/masjid anda! Pedulikan segala fahaman politik anda di luar. Berjamaah lah, nescaya allah akan kurniakan jln penyatuan dan kekuatan umat islam! Insyaallah
ADA orang baru ke? belum baca semuanya tu anonymous asal ucap je....
ReplyDeleteSaya Orang Banjar dri Tanah Banjar, Banjarmasin, Kalimantan Selatan ,Indonesia. Suku Banjar Sendiri adalah campuran Entik Melayu SRIWIJAYA dan DAYAK amnya, sebagin bercampur dengan JAWA....
Mungkin Iban tu campuran Dayak dengan Melayu amnya, seperti Banjar yang sukakan hidup di pesisir sungai kulit mereka tak secerah Dayak Pedalaman seperi Ngaju, Maanyaan dll....
~Assalamalaykum
ReplyDeleteTerima Kasih
September 19, 2012 10:47 AM
September 21, 2012 10:15 PM
September 23, 2012 7:20 PM
anda betul ... kita makin hampirr
SYA MINTA MAAFFF ARGHHHH MAAF SY SILAPPP>>JAUHLAGI<SORY
ReplyDeleteAlahai... Harus menanti lg...? Selepas mengenali blog cik siti Setiap kali berada di tengah laut sy pasti teringat rentang kehebatan bangsa melayu dlm bidang maritime... Banga rasanya menjadi seorang pelaut apalagi sy orang melayu. (hani)
ReplyDeletes.k
ReplyDeletetlg bongkar psl kerajaan lama di hutan sekitar royal belum & gerik perak..Saya ada maklumat..sumber dr Syeikh Daud al Pattani moyangku:)
boleh emelkan maklumat tu :mistisfiles@gmail.com
ReplyDelete~SK
Sebab apa british melarikan aset kita? Utk tujuan apa?? Adakah ia bersangkutan dengan kaum kafir y sedang mncari waris sbnar kpda kaum yang akan bangkit memerangi kafir? Adkah sultan2 tdahulu tidak kenal nenk moyang mereka atau mereka itu diwakilkan kerana sultan2 y sbnar dr kturunan sebnar cuba menyembunyikan identiti, dikhuatiri akan dicari kaum kafir laknatullah?
ReplyDeleteSIN ALIF LAM MIM ..ALLAHU ALLAH LA ILAHA ILALLAH.. PELIHARA LA TANAH NUSAN BERSAUDARAH INI APA BENAR KATA TUAN HAMBA diats ini'~October 14, 2012 10:23 PM Anon itu? BAGI SESIAPA YG TRBACA MSG SY INI.....MAKA SY(rakyat biasa,saudarah kalian jg) BERPESAN AGAR KITA MJADI UMAT ISLAM YG BENAR MMEGANG PERANAN UMAT MUHAMMAD S.A.W...(((JADILAH SENTIASA TENANG DAN TAWAKAL BERSATULAH DIDALAM JEMAAH SOLAT)))JGN IKUT DEMONSTRASI>>>((JGN BRCAMPUR DGN AGENDA ASING))JADILAH AIR YG TENANG BRSATU DIDALAM ARUS MELAWAN NAFSU... YG PENTING BUAT MASA INI!!! MASING2 DGN DIRI SENDIRI KENA JAGA PERBUATAN DIRI HUBUNGAN DIRI DGN TUHAN DAN DGN MANUSIA >>>KERNA SETIAP DIRI ADLAH JIWA YG SATU JADILAH SETIAP JASAD ITULAH kRAJAAN KHALIFA TENTERA FISABILLAH DGN RUHANI KITA YG AKN BRSATULAH AKN MNJADI KKEUATAN LUAR BIASA KITA DI DLM JEMAAH..KERNA ITU SUBUH ITU PNTG..KITA AKN BANGKIT DGN TANPA PEPERANGAN BERDARAH KERNA KITA PERLU MENANG PEPERANGAN SYKOLOGI DAHULU.TANPA SOKONGN EKONOMI KITA DAN SYSTEM PERTAHANAN DARI DALAM KITA AKN JD KURG PERCATURAN. MAKA BANGKITLAH SGALA RAKYAT DGN ILMU SBG PENYULUH.. MAJUKAN SYSTEM PERLAUTAN PERIKANAN, TANAH TERBIAR TANAMLAH TANAMAN YG BEMANFAAT SPT SAYURAN,BUATLAH RUMAH2 KAYU WARISAN MELAYU,TANAMLAH BUNGA2AN JADIKAN LAH TANAMAN,KURANGKAN BERBELANJA KPD KEINGINAN,TUMPUKAN KPD APA YG GENERASS PERLUKAN,(((SEIMBANGKAN DUNIA DN AKHIRAT)))SEIMBANGKAN EKOSYSTEM DI BUMI INI,BERPESAN PESAN MENYAMPAIKAN,SENTIASA SABARR))HORMAT MENGHORMATI MUDA DAN TUA, INSYALLAH, WALAHUALLAH WALLAHUALAM LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAROHSULULLAH
ReplyDeletemohon invite sy utk MF..dah xlh baca plk.. tq
ReplyDeleteSaya sangat teruja
ReplyDeleteKu mengaji dan ku mengkaji dan akhirnya pintu rahsia itu terbuka sedikit demi sediit akhirnya.
Terima kasih Srikandi walau pun mata ku hampir juling membaca,mencari dan berfikir, ini lah alur lurah ilmu yang di cari.Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi
Bangsa Ku bangsa Si Melayu
ReplyDeleteBangsa Ku juga bangsa terhebat seperti ungkapan Ilmu penunduk besi ini,
Aku tahu asal mu besi
Ketubun asal mu batu
Batu asal mu besi buli-buli lu mah tuf kubul
Kubul berkat la illaha illallah
Ya besi mana tua engkau dengan aku
Tua aku tidak
Engau lihat orang orang mata ku
Tajam mata aku pada engkau.
Kerana itu tidak mustahil Melayu bangsa yang di nantikan.Insya Allah
Mkn dgn tgan knan jgn lupa bc Bismillah
ReplyDeleteAwesome site you have here but I was wanting to know if you knew of
ReplyDeleteany forums that cover the same topics talked about here?
I'd really like to be a part of group where I can get suggestions from other knowledgeable individuals that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Kudos!
Review my weblog ... hotmail support
I really like what you guys tend to be up too. Such
ReplyDeleteclever work and reporting! Keep up the wonderful works guys I've included you guys to blogroll.
Here is my homepage; reverse hotmail search
mohon utk MF.....ddin74@gmail.com
ReplyDeleteserikandi tuk tuk melepak kt wangsa walk???dekat dah dgn rumah
ReplyDeletesalam mohon utk MF nieazman@gmail.com
ReplyDeleteMerujuk pada KHUTBAH AKHIR RASULALLAH SAW baginda menyebut mengamanahkan dua perkara dan jika berpegang padanya nescaya kita tak kan tersesat...AL QURAN dan SUNNAH baginda...kisah Bangsa Melayu tak pernah diwartakan dlm Al Quran...kisah isteri ke3 Nabi Allah Ibrahim AS juga tak pernah disebut dalam Al Quran...begitu juga dng kisah Al Mahadi dan turunnya Nabi Isa AS ke bumi...merujuk pada tulisan SAMI ABDULLAH AL-MAGLUTHS, IBN KATSIR dlm QISHAH ANBIA, KITAB TARIKH AL-HUKAMA dll menyebut: TAMADUN MANUSIA BERMULA DARI NABI IDRIS AS...diutus pada kaum Nabi Syits AS keturunan Qabil, putera Nabi Allah Adam AS. Nabi Idris AS dilahirkan di MUnaf/Mempis dan digelar HurMUs Al-Haramisah. Manakala pengikut baginda dipanggil kaum MU atau HURMUS atau dikalangan KAFIRUN MABUK, SANGAP, BENGAP n BAHLUL dikenali sebagai kaum LEMURIA. Nabi Idris dianugerahkan Allah dengan berbagai bagai kepandaian antaranya: Mahir mengukir segala jenis batu dan permata, pandi melukis, berfalsafah, menulis, menjahit dan yg paling utama berpengetahuan tinggi dlm ilmu astronomi. Di zaman baginda telah terdapat 72 bahasa dan pecahan kaum serta telah menggambarkan 188 kota. Baginda juga telah meletakkan 4 Raja di empat penjuru dunia : Raja Zous, Raja Esqlebeos, Raja Ellaus dan Raja Zous Amaon. Setiap satu Raja mewakikili setiap daratan di wilayah mereka: DATARAN BAWAH, DATARAN RENDAH, DATARAN ATAS, DATARAN BUKIT dan DATARAN TINGGI. Kaum Lemuria yg akhirnya bertukar angkuh, sombong, bongkak, kufur dan mungkar setelah diajarkan berbagai ilmu oleh Nabi Idris kesudahannya dibinasakan Allah dengan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh AS...DARI KEJADIAN TERSEBUT MAKA BERMULALAN TERJADINYA PERPECAHAN KAUM KAUM dan BAHASA BAHASA YG BERJUMLAH 72 PECAHAN TERSEBUT. SALAH SATUNYA TERMASUK KAUM DATARAN BUKIT ATU KAUM MALA YG TERPISAH DIBERBELAS RIBU PULAU DAN TANAH BESAR...BANGSA MALA AKHIRNYA MENERIMA AJARAN HANIFF ATAU AJARAN IBRAHIM YG DISEBARKAN PADA PERINGKAT AWALNYA MELALUI JALAN SUTERA dan apabila KERAJAAN MIRITIM diperkenalkan AJARAN HANIFF TERUS DISEBARKAN DISERATA PULAU DICELAH CELAH KEPESATAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA...KAUM MALA-UR (UR NEGARA KELAHIRAN NABI ALLAH IBRAHIM) YG MENGANUT AGAMA HANIFF TERUS SAJA MENERIMA AJARAN MUHAMMAD SAW DENGAN HATI TERBUKA DAN RELA...MUHAMMAD SAW ADALAH JURAI ISMAIL, IBRAHIM dan IDRIS, NUH dan ADAM AS. Rahsia Muhammad dan Ibrahim AS terletak dalam TAHYATUL AKHIR. AMIN. Jng percaya walau sebaris ayat pada tulisan KADIRUN dan MUYSRIKIN TENTANG BAB LUMERIA DAN ATLANTIS, TERMASUK BAB MELAYU...APA TIDAKNYA KAUM AAD ATU ATLANTIS YG TERBENAM DI BAWAH PADANG PASIR DIKATAKAN TERBENAM DIDASAR LAUT. KAUM MELAYU YG MENERIMA AGAMA HANIFF DIKATAKAN MENGANUT MAZAHAB KHAA HINDU dan BUDHHA. X YH NK KAJI WARTA CHINA PUN...PEMBOHONG SMUA TU!!!
ReplyDeleteDlam konsep kenegaraan sekarang bagaimana kite nak menyanggah kiasu2 laknat yg mengatakan kite juga pendatang ?
DeleteDgn kajian dan bukti konkrit .. jgn kate kite dpt menafikan mereka.. rasenye warganegara kiasu2 ni pun kite boleh lucutkan..
Menurut Al Quran: Terdapat 12 kaum telah dibinasakan Allah...Kaum pertama Kaum Mu di zaman Nuh AS, ke2 Kaum Aad di zaman Hud AS, Kaum Thamud - Saleh AS, Kaum Sodom - Luth AS, Kaum Madyan - Syuib AS, Firaun - Musa AS, Ashab Al Sabt, Ashab Al-Raas, Ashab Al-Ukhdud, Ashab Al-Qaryah, Kaum Tubba' dan ke12 - Kaum Saba' di zaman Nabi Allah Sulaiman AS dng banjir besar kali ke2 Al Arim. Allah tidak suka pada angka genap...pasti bakal ada KAUM KE13 dan BANJIR TERBESAR KALI KE3...MENURUT GAMBARAN AL QURAN AKN BERLAKU LETUPAN DAN GEGARAN DASYAT BERTURUT TURUTAN, ASAP BERACUN DAN JIKA DISEDUT DARAH AKAN KELUAR DARI HIDUNG DAN TELINGA, AIR SETINGGI GUNUNG, KARAM DAN RIBUT BESAR...MENGIKUT KAJIAN GEOLOGI KAWASAN BERKENAAN DIKENALI SEBAGAI KAWASAN LINGKARAN GEMPA/PACIFIC RING FIRE, PULAU PULAU YG DIPENUHI BERATUS RATUS GUNUNG BERAPI AKTIF, ANCAMAN THUNAMI DAN KECAIRAN GLACIERS...KAWASAN YG DIHUNI OLEH BANGSA YG KIAN MUNGKAR, KUFUR, PENUH DNG KONSPIRASI, KORUPSI, PUNCA SEGALA MAKSIAT DSB...BILA PULAU PULAU AKHIR DUNIA MENERIMA AKIBAT IANYA AKAN MENGAKIBATKAN KEBINASSAN JUGA PADA DARATAN AKHIR DUNIA...DI MANA YA AGAKNYA PULAU PULAU AKHIR DUNIA DAN DARATAN AKHIR DUNIA???
ReplyDeleteMuhammad ibni Abdullah/Al Mahadi hanya akan muncul apabila 2/3 bumi Amerika binasa (meletupnya YELLOWSTONE SUPER VOLCANO), 2/3 pulau pulau dan daratan akhir dunia binasa. Bangsa Melayu di seluruh NUSASERANTAU SEOLAH OLAH MEMINTA DIPERCEPATKAN KEBINASAAN ITU BERLAKU.
ReplyDeleteGambaran tentng WATAK SIDE KICK KAUM DATARAN BUKIT/KAUM MALA tu ada rasanya dibayangkan di peringkat awal zman Nabi Allah Idris AS...FORESHADOW...yg agak IRONICAL...Kaum yg ditangkap dan dijadikan hamba abdi oleh kaum bengis, sombong, bongkak, berbadan tegap, sasa, tinggi, bertamadun dsb...mcm PROTAGONIS dikatakan...kaum yg diusir, terpinggir di dataran bukit, meninjau ninjau kemajuan kaum dataran bawah, rendah dan atas...KAUM BUKIT lah katakan...tpi bila terjadinya banjir besar kaum lemah dan menurut perintah tsb lah yg menjadi saksi pada kejadian berknaan...itulah riwayatnya KAUM MALA bkn diarng x keratif...cuma bak kata orng TO BE CREATIVE IS TO BE INNOVATIVE, TO BE INNOVATIVE IS TO BE ADAPTIVE...org Mlayu kna lah adaptif klu nk mju.
ReplyDeleteIzinkan saya menyambung komen komen di atas: AGAMA, BAHASA, BUDAYA & BANGSA...AGAMA bertunjangkan BAHASA, BUDAYA berteraskan BANGSA. MENJEJAK RAS MALA-UR (MELAYU) harus bermula dari langkah ISLAM. Ajaran Muhammad SAW dimartabatkan Allah SWT sebagai PELENGKAP dan PENUTUP AGAMA HANIF=AGAMA ADDIN=ISLAM. RASULALLAH SAW merupakan THE ULTIMATE atau MATLAMAT AKHIR jurai kenabian Adam AS yang diturunkan pada Nabi Syits, Nabi Idris, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS. AMAT TIDAK WAJAR MENJEJAK AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM menerusi jurai Nabi Ishak AS. Nabi Nabi BANI ISRAEL sebelum kenabian Ibrahim AS yang juga membawa AJARAN TAUHID dikhususkan Allah SWT hanya untuk keturunan Israel. AGAMA HANIF AJARAN IBRAHIM DIBAWA DARI IRAN OLEH PENUTUR BAHASA INDO- IRANIAN YANG SEJAJAR DENGAN INDO-ARYAN JUGA SE ZAMAN DENGAN BAHASA MALA KUNO/AUSTRONESIA KE BARAT dan BARAT LAUT, SELATAN, TENGGARA, TIMUR juga UTARA INDIA (Wilayah wilayah di India yang terdapat peratus tinggi beragama Islam) DICELAH CELAH AGAMA PENYEMBAH PATUNG DAN BERHALA. BAHASA INDO-IRAN, INDO-ARYA dan MALA yang jauh lebih tua dari BAHASA SANSKRIT dijadikan INDUK atau IBU pada BAHASA SANSKRIT dan diterima pakai sebagai INDUK pada BAHASA MALAYO POLINESIA/AUSTRONESIA DAN KEMUDIANNYA AUTROASIA sebelum dikenali.sebagai BAHASA MELAYU. DI INDIA BAHASA SANSKRIT DIANGGAP SEBAGAI BAHASA BERKASTA TINGGI YANG HANYA DITUTURKAN OLEH PENGANUT BRAHMA/BRAHMIN YANG ASALNYA AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM. BEGITU JUGA DENGAN TULISAN PALLAWA YANG BERASAL DARI PARSI dan PAHLAVI YANG MEMPUNYAI PENGARUH IBRANI DAN HEBREW, KEMUDIANNYA DIGUNA PAKAI DALAM TULISAN SANSKRIT...TULISAN BERKENAAN JUGA SEANGKATAN DENGAN TULISAN KAUM MALA DI ZAMAN NABI ALLAH IDRIS DAHULU, DIMANA TELAH TERDAPAT 72 PECAHAN BAHASA DAN KAUM. AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM, BAHASA INDO-IRAN, INDO-ARYAN, MALA KUNO DAN SANSKRIT SERTA TULISAN PALLAWA= PARSI, PAHLAVI, IBRANI, HEBREW DAN SANSKRIT DITERIMA DENGAN MUDAH OLEH BANGSA MALA APABILA DISEBARKAN OLEH PENGANUT AJARAN HANIF, AJARAN IBRAHIM MELALUI JALAN SUTERA. APABILA KERAJAAN MRITIM DIPERKENALKAN AJARAN HANIF, BAHASA DAN TULISAN (mewakili BUDAYA) TERUS DITERIMA OLEH BANGSA MALA YANG TERPISAH DIBERBELAS RIBU PULAU YANG SECARA NYATANYA TELAH MEMPUNYAI ASAS AGAMA, BAHASA DAN TULISAN YANG MENJADI SALAH SATU TERAS AGAMA, BAHASA, TULISAN BANGSA MALA DI ZAMAN NABI IDRIS AS. RUJUKAN DARI AL QURAN DAN TULISAN CENDIKIAWAN SERTA ILMUAN ISALAM. JAUH TERHINDAR DARI TULISAN DAN ANALISIS KAFIRUN LAKNATULLAH YANG TERSASAR, MELENCONG, MENYIMPANG DSB DARI LANDASAN ISLAM YANG SYUMUL.
ReplyDeleteIzinkan saya menyambung komen komen di atas: AGAMA, BAHASA, BUDAYA & BANGSA...AGAMA bertunjangkan BAHASA, BUDAYA berteraskan BANGSA. MENJEJAK RAS MALA-UR (MELAYU) harus bermula dari langkah ISLAM. Ajaran Muhammad SAW dimartabatkan Allah SWT sebagai PELENGKAP dan PENUTUP AGAMA HANIF=AGAMA ADDIN=ISLAM. RASULALLAH SAW merupakan THE ULTIMATE atau MATLAMAT AKHIR jurai kenabian Adam AS yang diturunkan pada Nabi Syits, Nabi Idris, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS. AMAT TIDAK WAJAR MENJEJAK AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM menerusi jurai Nabi Ishak AS. Nabi Nabi BANI ISRAEL sebelum kenabian Ibrahim AS yang juga membawa AJARAN TAUHID dikhususkan Allah SWT hanya untuk keturunan Israel. AGAMA HANIF AJARAN IBRAHIM DIBAWA DARI IRAN OLEH PENUTUR BAHASA INDO- IRANIAN YANG SEJAJAR DENGAN INDO-ARYAN JUGA SE ZAMAN DENGAN BAHASA MALA KUNO/AUSTRONESIA KE BARAT dan BARAT LAUT, SELATAN, TENGGARA, TIMUR juga UTARA INDIA (Wilayah wilayah di India yang terdapat peratus tinggi beragama Islam) DICELAH CELAH AGAMA PENYEMBAH PATUNG DAN BERHALA. BAHASA INDO-IRAN, INDO-ARYA dan MALA yang jauh lebih tua dari BAHASA SANSKRIT dijadikan INDUK atau IBU pada BAHASA SANSKRIT dan diterima pakai sebagai INDUK pada BAHASA MALAYO POLINESIA/AUSTRONESIA DAN KEMUDIANNYA AUTROASIA sebelum dikenali.sebagai BAHASA MELAYU. DI INDIA BAHASA SANSKRIT DIANGGAP SEBAGAI BAHASA BERKASTA TINGGI YANG HANYA DITUTURKAN OLEH PENGANUT BRAHMA/BRAHMIN YANG ASALNYA AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM. BEGITU JUGA DENGAN TULISAN PALLAWA YANG BERASAL DARI PARSI dan PAHLAVI YANG MEMPUNYAI PENGARUH IBRANI DAN HEBREW, KEMUDIANNYA DIGUNA PAKAI DALAM TULISAN SANSKRIT...TULISAN BERKENAAN JUGA SEANGKATAN DENGAN TULISAN KAUM MALA DI ZAMAN NABI ALLAH IDRIS DAHULU, DIMANA TELAH TERDAPAT 72 PECAHAN BAHASA DAN KAUM. AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM, BAHASA INDO-IRAN, INDO-ARYAN, MALA KUNO DAN SANSKRIT SERTA TULISAN PALLAWA= PARSI, PAHLAVI, IBRANI, HEBREW DAN SANSKRIT DITERIMA DENGAN MUDAH OLEH BANGSA MALA APABILA DISEBARKAN OLEH PENGANUT AJARAN HANIF, AJARAN IBRAHIM MELALUI JALAN SUTERA. APABILA KERAJAAN MRITIM DIPERKENALKAN AJARAN HANIF, BAHASA DAN TULISAN (mewakili BUDAYA) TERUS DITERIMA OLEH BANGSA MALA YANG TERPISAH DIBERBELAS RIBU PULAU YANG SECARA NYATANYA TELAH MEMPUNYAI ASAS AGAMA, BAHASA DAN TULISAN YANG MENJADI SALAH SATU TERAS AGAMA, BAHASA, TULISAN BANGSA MALA DI ZAMAN NABI IDRIS AS. RUJUKAN DARI AL QURAN DAN TULISAN CENDIKIAWAN SERTA ILMUAN ISALAM. JAUH TERHINDAR DARI TULISAN DAN ANALISIS KAFIRUN LAKNATULLAH YANG TERSASAR, MELENCONG, MENYIMPANG DSB DARI LANDASAN ISLAM YANG SYUMUL.
ReplyDeleteKaum MALA juga dipimpin oleh seorang Nabi yang tak disebutkan di dalam Al Quran...Nabi dari salah satu dari 22 pasang anak anak Adam AS. Kaum Mala dikenali sebagai kaum yang berpekertian tinggi, bersopan santun, berbudi bahasa, lemah lembut, taat, menurut perintah dll yang baik baik. Kaum ini jugalah yang menjadika AL QURAN sebagai IMAM dan SUNNAH sebagai MAHADI...persoalannya masih adakah golongan tsb wujud dikalangan BANGSA MALA???
ReplyDeleteI love u.titik.
ReplyDeleteMelt in ur poem night.
Poskad 06050 b.kayu hitam.
Lot 310..FELDA BKT TANGGA.
POSKAD FOR ME.