Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XIV






Hujan rintik-rintik di luar.Suasana di Bangkok pagi itu sejuk sekali.Lelaki muda itu menyelak langsir,melihat dari luar bangunan National Library of Thailand.Dia merenung titis-titis hujan terjun di jalanan yang becak.Memorinya ligat mengingat-ngigat kata-kata anak buahnya;seorang pelatih dalam bidang arkeologi yang berkerja di Sumatera.

"Monsieur,dengarlah kata-kata saya ini...mereka telah menjumpai berpuluh-puluh prasasti menakjubkan terbenam di dalam lumpur.Saya telah membaca laporan dari ketua ekspedisi...dan apa yang saya beritahu dahulu..."

"San fo qi?"

"Saya telah beritahu tuan bukan?"

Lelaki muda itu kelihatan resah.Dia mundar mandir di dalam ruang pejabat,kemudian terus duduk di hadapan meja kerjanya sambil kedua-dua tangannya menggenggam ;sambil bermain dengan jari-jemarinya.Di atas mejanya terletak satu plat tembaga berkilat yang terukir namanya:Georges Coedès

"Di Ligor,mereka telah menjumpai satu batu yang terukir tulisan-tulisan yang amat kuno.Orang aku telah meminta sami-sami Buddha menterjemahkan erti dalam batu bersurat itu,namun sami-sami itu semuanya tidak berguna!Aku terpaksa mengupah seorang pandit tua dari Ceylon yang tahu bahasa Sanskrit dan Pali.Dia mengesan beberapa perkataan yang boleh dibaca,namun ada perkataan-perkataan yang tidak mampu diterjemahkan," Coedes teringatkan kata-kata sahabatnya di Paris,beberapa minggu selepas dirinya dilantik menjadi pengarah di National Library of Thailand.

"Apa isinya?"

"Nama seorang Maharaja..."

Coedes menyelak helaian-helaian jurnal di atas meja.Dia terpandang satu perkataan di hujung perenggan:Lo-Yue

"Aku tidak setuju!Kamu lihat apa keadaan orang-orang di sini,mustahil mereka boleh membina sesuatu sehebat itu?"

"Apa masalahnya?Mundur?Terjajah?"

"Kamu tahu apa yang Raffles tulis?"

Coedes mencebik bibir sambil tersenyum mengejek,"...dan kamu tidak tahu apa yang ditulis Raffles selepas dia menjumpai Borobudur..."

Lelaki muda itu masih termenung mengingatkan dialog antara dirinya dan sahabat baiknya setahun yang lepas.San fo qi,hatinya berbisik.Kepalanya ligat memikirkan misteri itu.Dia bangun lalu mengambil laporan-laporan tebal yang berisi koleksi rekod-rekod China Purba berkenaan kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara.San fo qi dan Sribhoja adalah benda yang sama,detik hatinya.

"Monsieur...ingatlah kata-kata saya ini,di sana...beribu-ribu tahun yang silam...terdapat satu empayar yang amat megah.Mereka menjalankan perdagangan maritim yang amat berjaya;dari Sumatera hingga ke Visaya.Dari Jawa hingga ke Kemboja.Mereka berdagang dengan dinasti-dinasti China,dagangan mereka sampai ke India dan tiba sejauh Empayar Rom dan menembusi runtuhan Persepolis.Monsieur,rahsia yang paling tersembunyi adalah kemegahan yang tidak terbandingkan."

Coedes tiba-tiba tersentak.Matanya melilau sambil tangan kanannya mencari-cari hadiah pemberian pelatih arkeologi itu kepadanya.Kemudian dia mengeluarkan perlahan-lahan,satu syiling purba yang diperbuat dari emas tulen.Kilauan aneh dari syiling emas itu begitu mempesona.

Srivijaya,Coedes berbisik.


"...Monsieur,rahsia yang paling tersembunyi adalah kemegahan yang tidak terbandingkan..."















THE FEDERATION OF MARITIME POWERS & SEAPORTS













"Srivijaya is  remembered today not for its temples or even its own literary records  but in the literature of foreign countries, whose merchants enjoyed the facilities of the Malay seafarers


( O. Wolters )





Tidak dinafikan,kewujudan sesuatu entiti itu adalah disebabkan kesan-kesan yang ditinggalkan.Peradaban Assyria jika dikaji dari segi kota-kota atau bangunan-bangunan...memang hampir tiada dan hampir mustahil untuk dibuktikan kewujudannya.Ibukotanya,Nineveh kini sudah rata menjadi pasir.Namun adakah peradaban Assyria itu tidak wujud hanya disebabkan Nineveh sudah hilang dari muka bumi?

Peradaban Assyria wujud disebabkan beratus-ratus prasasti,manuskrip,catatan-catatan ahli sejarah,helaian-helaian kitab agama dan rekod-rekod kerajaan yang akhirnya membuktikan bahawa peradaban ini benar-benar wujud.Sebab itu,walaupun Nineveh hanya tinggal lagenda,keberadaannya mampu dibuktikan melalui sumber-sumber bertulis yang lain.Inilah yang terjadi kepada empayar maritim ini;Sriwijaya.

Pada tahun 1918,selepas beberapa tahun meneliti,akhirnya George Coedès dari École française d'Extrême-Orient (Institut Kajian Timur Jauh Perancis) yang ketika itu berkedudukan sebagai pengarah telah mengemukakan satu nama yang kemudiannya membuka satu rahsia besar kepada sejarah Asia Tenggara.Beliau mendapati terdapat satu empayar maritim yang hilang di Asia Tenggara di mana bukti kewujudannya berada dalam pelbagai bentuk sumber;dari prasasti,rekod dari China,riwayat dari India dan Sri Lanka,serta catatan-catatan pengembara Arab dan Parsi.Beliau mendapati nama 'Sanfotsi' yang tercatat di dalam rekod-rekod kuno China adalah entiti yang sama dengan 'Sribhoja' yang terdapat dalam teks-teks Arab dan India.Beliau juga merujuk entiti yang sama muncul dalam prasasti-prasasti yang ditemui di Sumatera,tertulis dalam bahasa Melayu Kuno.Teks-teks China juga kadangkala menyebutkannya sebagai 'Shilifoshih' sementara Sumatera muncul dalam manuskrip-manuskrip kuno dengan nama 'San Fo Qi' atau 'Sanfotsi'.

Goerge Coedes telah menjumpai satu empayar maritim yang dahulunya amat berkuasa di Asia Tenggara!

Penemuan Coedes ini telah mencantum beratus-ratus 'puzzle' yang lain;empayar yang sama disebut dalam rekod-rekod China,prasasti di Nusantara dan India,juga catatan-catatan pengembara Arab dan Parsi.Kesemua rekod-rekod luar negara ini pula bertepatan dengan prasasti-prasasti yang ditemui di seluruh Asia Tenggara.Antaranya Prasasti Ligor,Prasasti Chaiya,Laguna Copperplate,Prasasti Kedukan Bukit,Prasasti Telaga Batu,Prasasti Talang Tua,Prasasti Tanjore dan sebagainya.Kesemua rekod bertulis ini mengukuhkan kewujudan empayar maritim paling misteri dalam sejarah dunia.

Kewujudan Sriwijaya tidak diketahui dengan tepat bilakah ianya bermula.Catatan dari pengembara yang juga sami Buddha dari China,I-Tsing,adalah ketika Sriwijaya mencapai tahap kemuncaknya.Ketika itu,Sriwijaya menjadi pusat pengajian Buddha Mahayana terbesar di dunia sehinggakan para sami Buddha dari China wajib mempelajari bahasa Sanskrit di Sriwijaya sebelum melanjutkan pengajian ke India.Sriwijaya memerlukan beratus tahun untuk muncul sebagai empayar yang terkenal!

Catatan dari K.A Nilakanta Sastri menyatakan wujud rekod-rekod dari manuskrip-manuskrip purba India bahawa terdapat kewujudan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara sejauh 300 tahun Sebelum Masehi.Para sarjana Tamil lebih cenderung menyebutkan ini sebagai 'hubungan dagang dengan Sriwijaya'.

Sriwijaya umumnya diketahui sejauh apa yang dicatat dalam Prasasti Kedukan Bukit.Menggunakan skrip Pallava,dalam bahasa Melayu Kuno:

    Swasti Shri Shakawarsatita 605 ekadashi
    Shuklapaksa wulan Waishaka dapunta hiyang naik
    Disambau mangalap siddhayatra di Saptami Shuklapaksa
    Wulan Jyestha dapunta hiyang marlapas dari Minanga
    Tamvan (Tamvar?) mamawa jang bala dua laksa dangan
    dua ratus tsyara disambau dangan jalan saribu
    Tlu ratus sapuloh dua banyaknya. Datang di Matajap (Mataya?)
    Sukhatshitta. Di pantshami shuklapaksa Wulan
    Laghu mudik datang marwuat manua
    Syriwijaya jayasiddhayatra subhiksa.

Maksud dalam bahasa Melayu Moden:

    Selamat dan Bahagia. Dalam Syaka 605
    Sebelas hari Bulan Waisyaka. Baginda naik kapal
    Mencari untungnya pada tujuh hari
    Bulan Jyestha, Baginda berlepas dari Muara
    Tamvan membawa bala dua laksa dengan
    Dua ratus pawang di kapal dengan jalan seribu
    Tiga ratus sepuluh dua banyaknya. Datang di Matajap
    Sukacita. Di lima hari Bulan
    Belayar mudik datang membuat benua
    Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur.

Ketika ini,seorang maharaja Sriwijaya yang bernama Dapunta Hiyang Jayanasa telah berlayar ke Palembang pada tahun 682 Masehi untuk membina kota Sriwijaya dengan membawa tentera sebanyak 2000 orang,200 pawang dan 1312 tentera berjalan kaki.Dari sinilah pengkaji mengetahui nama empayar ini:Sriwijaya.Inilah prasasti yang tidak ternilai kepentingannya dalam membuktikan kewujudan empayar maritim ini.




Siapakah Sriwijaya?

Satu perkara yang menarik tentang Sriwijaya,kewujudan direbut oleh pelbagai negara pada hari ini.Contohnya Thailand yang mendakwa Sriwijaya bermula di wilayah selatan Thai,tepatnya di Chaiya.Kemboja menampilkan nama-nama raja dinasti Sriwijaya yang memerintah Angkor dan Kamboja,juga penemuan Prasasti Ligor di perbatasan Kemboja menunjukkan asal-usul dinasti ini terutama Sailendra adalah dari Funan yang terletak di Kemboja.Sri Lanka menampilkan sejarah raja Vijaya yang kononnya bermigrasi ke Sumatera dan mewujudkan kerajaan Sriwijaya.India menyatakan hipotesis tentang orang Malayalam yang berhijrah ke Sumatera.Juga tentang legenda Raja Vijaya.Malaysia dengan Kesultanan Melakanya yang dikatakan warisan mutlak Sriwijaya disamping teori Sriwijaya berasal dari wilayah Langkasuka.Dan akhirnya sudah pasti,Indonesia dengan Sriwijaya sebagai lambang kemegahan kebangsaannya.

Terdapat juga suku kaum tertentu yang cuba menaikkan prestij kaumnya dengan mendakwa empayar ini milik mereka.Namun malangnya mereka tidak mampu menampilkan apa jua prasasti atau bukti bertulis bahawa kaum mereka pernah memerintah Sriwijaya.Sriwijaya hanya mengeluarkan prasasti dalam bahasa Sanskrit atau Melayu Kuno atau campuran kedua-dua bahasa.

Ini adalah bukti jelas kepada para sarjana seluruh dunia bersepakat bahawa Sriwijaya ADALAH EMPAYAR ORANG-ORANG MELAYU.Maharaja-maharajanya menuliskan dengan megah kerajaan dan nama keluarga dinasti mereka dalam bahasa Melayu Kuno!

Dari Sriwijaya inilah,kebudayaan Melayu tersebar ke seluruh pelusuk Asia Tenggara.Bahasa Melayu menjadi lingua franca,bahasa perdagangan,bahasa pentadbiran dan bahasa persuratan.Taraf bahasa Melayu di Asia Tenggara adalah setaraf dengan bahasa Latin.Dahulu,raja-raja Eropah wajib mempelajari bahasa Latin untuk berhubung antara kerajaan-kerajaan di Eropah.Seorang kerabat diraja Perancis contonya,disamping berbahasa Perancis,dia juga wajib mempelajari bahasa Latin.Bagaimanakah bahasa Latin menjadi lingua franca?

Melalui Empayar Rom.

Bagaimanakah bahasa Melayu menjadi lingua franca?

Melalui Empayar Sriwijaya.

Faktor bahasa ini adalah hujah terkuat untuk membuktikan bahawa Sriwijaya adalah milik mutlak bangsa Melayu.Sebagai contoh,sekiranya Sriwijaya adalah milik orang-orang Tausug,adalah tidak relevan maharaja-maharaja Tausug menuliskan prasasti dalam bahasa Melayu Kuno.Sekiranya teori bahasa Melayu hanya berfungsi sebagai bahasa perdagangan (ini teori yang selalu dicipta oleh fanati-fanatik sukukaum tertentu yang buta sejarah),ini bermakna sebelum kemunculan maharaja-maharaja Tausug ini,ADA SEBUAH EMPAYAR YANG MENYEBABKAN BAHASA MELAYU MENJADI LINGUA FRANCA.Bahasa menjadi lingua franca,adalah disebabkan hegemoni pemerintahan sesebuah kerajaan.Bahasa Inggeris menjadi dominan pada hari ini kerana British pernah menjadi empayar kolonial terbesar di dunia.Penguasaan British di Amerika menyebabkan bahasa Inggeris menjadi dominan di Amerika walaupun selain imigran British,terdapat juga imigran dari kalangan bangsa-bangsa Eropah yang lain seperti imigran Itali,Jerman,Perancis,Sepanyol dan sebagainya.Bahasa Arab menjadi lingua franca di Timur Tengah kerana penguasaan wilayah oleh empayar-empayar khalifah Islam pada masa dahulu.Bahasa Sepanyol menjadi dominan di Amerika Selatan kerana kesan penjajahan Sepanyol di sana.JADI KONSEP BAHASA MENJADI LINGUA FRANCA ADALAH DISEBABKAN OLEH HEGEMONI PEMERINTAHAN.


Perhatikan Prasasti Kota Kapur ini:

Siddha titam hamba nvari i avai kandra kayet ni paihumpaan namuha ulu lavan tandrun luah makamatai tandrun luah vinunu paihumpaan hakairum muah kayet ni humpa unai tunai.
Umentern bhakti ni ulun haraki. unai tunai kita savanakta devata mahardika sannidhana. manraksa yan kadatuan çrivijaya. kita tuvi tandrun luah vanakta devata mulana yan parsumpahan.
paravis. kadadhi yan uran didalanna bhami paravis hanun. Samavuddhi lavan drohaka, manujari drohaka, niujari drohaka talu din drohaka. tida ya.
Marppadah tida ya bhakti. tida yan tatvarjjawa diy aku. dngan diiyan nigalarku sanyasa datua. dhava vuathana uran inan nivunuh ya sumpah nisuruh tapik ya mulan parvvanda datu çriwi-
jaya. Talu muah ya dnan gotrasantanana. tathapi savankna yan vuatna jahat. makalanit uran. makasuit. makagila. mantra gada visaprayoga. udu tuwa. tamval.
Sarambat. kasihan. vacikarana.ityevamadi. janan muah ya sidha. pulan ka iya muah yan dosana vuatna jahat inan tathapi nivunuh yan sumpah talu muah ya mulam yam manu-
ruh marjjahati. yan vatu nipratishta ini tuvi nivunuh ya sumpah talu, muah ya mulan. saranbhana uran drohaka tida bhakti tatvarjjava diy aku, dhava vua-
tna niwunuh ya sumpah ini gran kadachi iya bhakti tatvjjava diy aku. dngan di yam nigalarku sanyasa dattua. çanti muah kavuatana. dngan gotrasantanana.
Samrddha svasthi niroga nirupadrava subhiksa muah vanuana paravis chakravarsatita 608 din pratipada çuklapaksa vulan vaichaka. tatkalana
Yan manman sumpah ini. nipahat di velana yan vala çrivijaya kalivat manapik yan bhumi java tida bhakti ka çrivijaya.




Terjemahan dalam bahasa Melayu Moden:

Keberhasilan ! (disertai mantera persumpahan yang tidak difahami ertinya)
Wahai sekalian dewata yang berkuasa, yang sedang berkumpul dan melindungi Kadātuan Śrīwijaya ini; kamu sekalian dewa-dewa yang mengawali permulaan segala sumpah !
Bilamana di pedalaman semua daerah yang berada di bawah Kadātuan ini akan ada orang yang memberon­tak yang bersekongkol dengan para pemberontak, yang berbicara dengan pemberontak, yang mendengarkan kata pemberontak;
yang mengenal pemberontak, yang tidak berperilaku hormat, yang tidak takluk, yang tidak setia pada saya dan pada mereka yang oleh saya diangkat sebagai datu; biar orang-orang yang menjadi pelaku perbuatan-perbuatan tersebut mati kena kutuk biar sebuah ekspedisi untuk melawannya seketika di bawah pimpinan datu atau beberapa datu Śrīwijaya, dan biar mereka
dihukum bersama marga dan keluarganya. Lagipula biar semua perbuatannya yang jahat; seperti meng­ganggu :ketenteraman jiwa orang, membuat orang sakit, membuat orang gila, menggunakan mantra, racun, memakai racun upas dan tuba, ganja,
saramwat, pekasih, memaksakan kehendaknya pada orang lain dan sebagainya, semoga perbuatan-perbuatan itu tidak berhasil dan menghantam mereka yang bersalah melakukan perbuatan jahat itu; biar pula mereka mati kena kutuk. Tambahan pula biar mereka yang menghasut orang
supaya merusak, yang merusak batu yang diletakkan di tempat ini, mati juga kena kutuk; dan dihukum langsung. Biar para pembunuh, pemberontak, mereka yang tak berbakti, yang tak setia pada saya, biar pelaku perbuatan tersebut
mati kena kutuk. Akan tetapi jika orang takluk setia kepada saya dan kepada mereka yang oleh saya diangkat sebagai datu, maka moga-moga usaha mereka diberkahi, juga marga dan keluarganya
dengan keberhasilan, kesentosaan, kesehatan, kebebas­an dari bencana, kelimpahan segala­nya untuk semua negeri mereka ! Tahun Śaka 608, hari pertama paruh terang bulan Waisakha (28 Februari 686 Masehi), pada saat itulah
kutukan ini diucapkan; pemahatannya berlangsung ketika bala tentara Śrīwijaya baru berangkat untuk menyerang bhūmi jāwa yang tidak takluk kepada Śrīwijaya.


Kita akan berjumpa beberapa perkataan yang masih wujud dalam bahasa Melayu Moden seperti=

1.hamba
2.sumpah
3.kasihan
3.tunai
4.jahat
5.aku
6.uran (orang)
7.yan (yang)
8.ka (ke)

Terdapat berpuluh-puluh lagi prasasti dalam Bahasa Melayu Kuno ditulis oleh Empayar Sriwijaya,untuk merekodkan watikah empayar ataupun pemberitahuan peristiwa.Dari prasasti ini jelaslah bahawa Empayar ini diperintah oleh raja-raja Melayu Kuno dan ini bertepatan dengan bukti-bukti dari Indochina.Dari Inskripsi Po Klaus Garai:

Dalam Saka 972,Pulyang Sri Devaraja mahsenapati, anak saudara perempuan Sri Paramesvaravarmadeva, datang untuk mengambil kota Pandranga untuk Sri Paramesvaravarmadeva.

Ketika itu negeri Champa dalam pengaruh Sriwijaya dengan dibuktikan nama diraja 'Yang Pu Ku Vijaya Sri' ditemui dalam prasasti di Vietnam.Perhatikan perkataan 'mahsenapati' dan ini adalah gelaran jawatan dalam sistem Kedatuan (Emperial) Sriwijaya.

Prasasti Ligor pula yang ditemukan di selatan Thai menceritakan tentang Raja Sriwijaya dan pembangunan trisamayacaithya untuk menyembah dewa-dewa agama Buddha, serta menyebutkan seorang raja bernama Vishnu dengan gelar Sarwarimadawimathana atau pembunuh musuh-musuh yang sombong tiada bersisa. Begitu pula prasasti Nalanda yang dikeluarkan oleh Raja Dewa Paladewa. Isinya menyebutkan tentang pendirian bangunan biara di Nalanda oleh Raja Balaputradewa, Raja Sriwijaya yang menganut agama Buddha.

Wilayah kekuasaan Sriwijaya meliputi seluruh Sumatera,Jawa,
Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Ayutthaya di selatan Thai,menjangkau ke Kemboja sehingga ke Vietnam Tengah (Champa).Kemudian ke timur mencapai Borneo,Sulawesi dan Kepulauan Filipina.Dengan menguasai Selat Melaka, Selat Sunda,Laut Sulu dan Laut Jawa,Sriwijaya menjadi penguasa lautan Asia Tenggara paling digeruni dengan autoritinya mengutip cukai ke atas kapal dagang yang lalu di Asia Tenggara.Prasasti Ligor mempunyai dua bahagian.

Dalam prasasti Ligor (A):

“Pujian terhadap raja Sriwijaya yang di ibaratkan bagai Mnu yang
memberi berkah bagi dunia menyerupai Indra dan semua raja tetangga
taat kepadanya ditulis pula pendirian sebuah bangunan batu
trisamayacahtya untuk padma, pani, sakyamuni, dan wajrpani”.


Prasasti Ligor (B):

"Pujian bagi raja yang berhasil menaklukkan musuh-musuhnya dan
merupakan wujud kembar dewa kasta yang dengan kekuatannya
disebut (sebagai dewa) Wisnu, kedua mematahkan keangkuhan semua
musuhnya (Sarwarimadawimthana). Ia adalah keturunan dari (keluarga
Syailendra) yang tersohor disebut Srimaharaja.”


Membincangkan prasasti-prasasti Sriwijaya memerlukan ruang penulisan yang amat besar,mungkin beberapa buah tesis setebal ensiklopedia.Kewujudan prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno ini membuatkan Sriwijaya tidak syak lagi merupakan hak milik bangsa Melayu yang paling tidak diragukan dan membatalkan apa jua dakwaan tidak berpelajaran sukukaum-sukukaum tertentu yang gagal menampilkan apa jua prasasti dalam bahasa sukukaum mereka,bagi menuntut nama agung Sriwijaya.



 

Catatan-catatan Para Pengembara Arab dan Parsi


Para pengembara Arab dan Parsi adalah salah satu sumber terpenting disamping rekod dari China.Legenda para pengembara Arab dan Parsi ini muncul dalam kisah-kisah pelayaran Sinbad.Sriwijaya sebagai penguasa lautan Asia Tenggara,akan mudah dikunjungi oleh para pedagang dan pengembara dari seluruh dunia,termasuk dari Arab dan Parsi.Orang Arab Kuno memanggil orang-orang Sriwijaya sebagai Zabaj,merupakan transliterasi bagi sebutan Jawak atau Javaka yang terakam dalam kitab-kitab Pali Kuno.


Dalam catatan pengembara Arab disebutkan tentang kerajaan Zabag:

"Di Laut Champa (Laut China Selatan) adalah empayar sang Maharaja, raja seluruh kepulauan,yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung banyaknya.Bahkan kapal yang paling terpantas tidak dapat menyelesaikan dalam masa dua tahun mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah pengaruhnya.Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik,dan tiada kerajaan lain (sebagaimana empayar ini) mampu mendapatkan banyak kekayaan dari bumi"

-Catatan pengembara Arab Al Ma'sudi pada 943 Masehi yang melawat Sriwijaya / Zabag / Sribuza.

Dalam catatan di atas,kita tahu bahawa Zabaj ini menguasai seluruh kepulauan dan mempunyai armada tentera yang ramai.Keluasan jajahannya sehinggakan kapal yang paling pantas pun tidak mampu menghabiskan pelayaran mengelilingi seluruh jajahan Zabaj dalam tempoh 2 tahun.Komoditi utama yang didagangkan oleh Zabaj ialah REMPAH RATUS dan WANG-WANGIAN.Rempah ratus amat diperlukan di dunia sebelah Barat kerana rempah boleh memanaskan badan dikala cuaca sejuk.Rempah sering dimasukkan ke dalam arak sebagai tonik.Wangi-wangian ialah kemenyan,dan kemenyan memang disukai oleh orang Arab.Dua benda ini adalah komoditi paling mahal ketika itu sehinggakan ia memberi kekayaan yang tiada taranya berbanding kerajaan-kerajaan lain di dunia.Maharaja Sriwijaya menjadi terlampau kaya sehinggakan dalam catatan pengembara Parsi,setiap pagi,maharaja akan mencampakkan syiling emas ke dalam sebuah kolam sebagai ritual.Selepas kemangkatan maharaja itu,para kerabat diraja berebut-rebut mengaut kembali timbunan duit emas yang mendap di dasar kolam!

Pada abad ke-12 Arab Geografi El Idrisi menulis dalam Kitab Rujar tentang penduduk Zabaj yang melakukan perjalanan ke Sofala dan Zanj di pantai sub-Sahara Afrika:

"Penduduk dari Zabaj pergi ke tanah Sofala dan mengeksport besi dari sana dan membekalkannya untuk seluruh wilayah India. Tidak ada besi setanding dengan mereka dalam kualiti dan ketajaman ...... Penduduk Zabaj selalu diperlukan di Zanj di kedua-dua kapal besar dan kecil dan memperdagangkan barang dagangan mereka sesama sendiri,kerana mereka memahami bahasa masing-masing"

Sememangnya telah diketahui umum bahawa salah satu pelabuhan kesayangan Sriwijaya,Kalah (Kedah) adalah pelabuhan antara terkaya yang mengeksport besi ke India.Menakjubkan,catatan pengembara Arab ini telah terbukti pada hari ini apabila penemuan tamadun Sungai Batu di Kedah telah menyaksikan tapak-tapak loji pembakaran besi dan ini bertepatan dengan catatan dari El Idrisi!

Di Universiti Leiden terdapat satu kitab berbahasa Parsi ditulis pada abad ke-16,`Ajâ’ib al-Makhlûqâ,menceritakan maharaja Sriwijaya duduk di atas takhta yang diperbuat dari emas padu sambil dikelilingi oleh dayang-dayang yang cantik jelita.Terdapat berpuluh-puluh lagi kitab Parsi Kuno yang masih dikaji kemungkian besar menyimpan rahsia paling rumit tentang hubungan antarabangsa orang-orang Melayu Sriwijaya dengan empayar Parsi dan Rom.Sejarah orang Melayu terakam indah dalam catatan orang asing,ditulis megah bagaikan raja-raja kayangan dan kerajaan-kerajaan bunian.





bersambung....





Artikel terbaru Srikandi dalam RiwayatMelayu




__________________________________________________


Coming soon...




Alter Terahsia Bangsa Melayu XV







The Federation of Maritime Powers & Seaports

Chapter II






 










  



-Prasasti-prasasti Melayu Kuno
-Kelas pemerintahan
-Hegemoni perdagangan
-Prestij Kebudayaan
-Rahsia dari kitab Parsi Kuno
-Perenggan-perenggan penuh misteri dari riwayat Pali Kuno
-Datu-datu Melayu di Filipina
-Perayaan nenek moyang Melayu di Filipina
-Laguna Copperplate
-Pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya
-Pembina kapal-kapal
-Dari Ryukyu hingga ke Mediteranean
-Rekod-rekod dari China
-"Persekutuan Kuasa-kuasa Maritim"
-Maharaja Pelabuhan
-Prasasti Tanjore
-Pertemuan dengan Umar Abdul Aziz



Apakah sambungan kisah empayar maritim teragung ini?Nantikan seterusnya di MistisFiles!


-----------------------------------------------

3 comments:

  1. zabaj jika dibuang huruf b dan digantikan dengan huruf v mengikut bahasa sanskrit menjadi zavaj...bila disebut berulang kali termasuk berbagai jenis loghat akan menjadi jawak.......ataupun ( SAWO ) lebih kurang jenis kulit orang melayu iaitu ( sawo matang )

    ReplyDelete
  2. sawo adalah buah ciku....di indonesia buah ciku dipanggil sawo oleh orang jawa....dikatakan kulit orang melayu seperti buah ciku.....cuba dengar orang kelantan menyebut sawo ataupun orang kelantan menyebut buah ciku adalah sawo nilo.....adakah mungkin zabaj atau sriwijaya bermula dari kelantan.....dikatankan kedudukan zabaj berada di sekitar laut champa

    ReplyDelete
  3. nama rajanya, Maha Zhaba Babu nama arab kerajaan zabag... nama china kerajaan Sanfoqi( maksudnya kerajaan tiga budha ) ....nama sekitar asia tenggara srivijaya nama purba gantoli atau kantoli.......di dalam riwayat prester john mengatakan raja timur misteri itu dari keturunan ( 3 )tiga magi ( kepercayaan kristian ) lebih kurang sama maksud (3) tiga budha

    ReplyDelete