Saturday, April 23, 2011

Catatan Srikandi VI



Catatan Srikandi VI:  "Don't cry,Srikandi"








Malam semalam saya pengsan lagi.Sebelum itu saya terasa badan saya lemah tiba-tiba.Ketika pengsan,saya terasa seolah-olah di bawa ke satu pulau.Pulau itu seolah-olah tanpa penghuni.Kemudian ada suara riuh-rendah.Ada seseorang memegang kepala saya.Kemudian saya tersedar.Ramai pelajar Maahad mengelilingi saya.

Apabila sakit begini,ketika saya kecil,ibu saya selalu duduk di sisi saya sambil mengusap-ngusap kepala saya.Ibu saya yang menyuapkan makanan ke mulut saya.Selalunya ibu hanya memasak bubur nasi berlaukkan ikan bilis goreng.Tapi bubur itu benar-benar lazat bagi saya.Ibu akan menyuapkan bubur itu ke mulut saya.Adakalanya ibu membubuhkan sedikit kicap masin ke dalam bubur untuk membangkitkan selera saya.Sepanjang ibu menyuapkan makanan,bibirnya sentiasa senyum.Wajah ibu sungguh cantik.Dia berasa gembira melihat saya menelan bubur nasi perlahan-lahan.

Apabila malam,badan saya semakin panas.Ibu akan duduk di sisi saya,sambil menuamkan dahi saya dengan air batu.Mulutnya terkumat-kamit membaca doa.Wajahnya saya lihat agak gelisah.Ayah pula jarang di rumah.Pekerjaannya sebagai konsultan sebuah firma terkenal memerlukannya banyak bekerja di luar kawasan.Kadang-kadang seminggu ayah tiada di rumah.

Ketika itulah,kira-kira tengah malam,saya terasa seperti ditindih sesuatu.Suasana bilik amat dingin.Ibu tidur di lantai,menemankan saya.Saya ingin bersuara,namun lidah saya kelu seribu bahasa.Kemudian saya mendengar suara,sayup-sayup kedengaran,

"Puteri jadi begini sebab ibu puteri langgar pantang"

Dada saya semakin berdebar."Dia tak nak ambil dari warisnya,jadi kami serahkan pada puteri sebagai anaknya"

Aku tak mahu...aku tak mahu,tiba-tiba hati kecil saya memberontak.

"Mayang Mengurai..ooo Mayang Mengurai...sayang seribu kali sayang"

Dada saya semakin sesak.Saya ingin bersuara namun suara saya seperti tertahan di dalam kerongkong.Tiba-tiba ibu terpacul di sisi.Wajahnya serius.Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu,kemudian menghembuskan ke ubun-ubun sampai ke kaki.Tidak lama kemudian saya dapat menggerakkan tubuh saya.Saya peluk ibu dan menangis.Ibu tersenyum dan mengusap kepala saya.Dia menenangkan saya berkali-kali.

"Tak ada apa sayang...benda tu dah pergi...pergi tidur ya!"

Saya kembali terbaring di atas katil.Saya peluk erat bantal busuk saya.Cahaya rembulan masuk ke dalam ruang bilik melalui kaca tingkap yang berwap dingin.Saya merenung bulan purnama.Tidak berapa lama kemudian saya pun tertidur.

Pagi esoknya,saya lihat ibu memunggah barang-barang di dalam rumah.Habis berselerak segala benda di tengah rumah,di dalam bilik terutamanya."Ibu cari apa?" saya bertanya.

Namun ibu diam sahaja.Saya pun masuk ke bilik.Saya mencapai sebuah buku dan membacanya sambil berbaring.Tidak berapa lama kemudian,saya terdengar bunyi tapak kaki di luar.Saya pun bergegas mengintai di celahan tingkap bilik yang terbuka sedikit.Saya lihat ibu berjalan ke arah belukar di kanan rumah dan menghilang.Saya perasan dia memegang sesuatu yang dibalut kain kuning.

Saya kenal barang yang dibalut kain kuning itu.Kalau tak silap saya,ia adalah sebilah keris purba pemberian datuk saya sebelah ibu.Datuk saya bernama Ngah Jabor,merupakan cucu seorang panglima jajahan Larut dan Matang.Saya rapat dengan datuk saya itu.Dia suka bercerita apabila kami berkunjung ke rumahnya.Salah satu cerita yang paling saya gemar ialah tentang sejarah Negeri Perak.Mungkin salah satu sebab saya menyukai sejarah ialah faktor datuk saya yang seorang ini.Pengetahuan sejarah tentang Negeri Perak sungguh luas.Apa yang dia ceritakan banyak selari dengan buku Cempakasari Negeri Perak yang saya baca kemudian hari.

Salah satu cerita yang agak menggerunkan saya ialah tradisi raja-raja Perak yang perlu mengunjungi 99 buah gua di sepanjang pantai negeri termasuk Beting Beras Basah yang terkenal itu.Raja akan menaiki kapal berserta berpuluh-puluh perahu hulubalang.Pada masa dahulu menurut datuk saya,raja mesti minum arak di setiap gua dan menyeru mambang di dalam gua.Saya kurang percaya cerita ini.Bagi saya,jika benar,mungkin terjadi pada zaman sebelum Islam atau awal Islam di mana masih berbekas amalan Hindu-Buddha atau animisme dalam masyarakat Melayu dahulukala.

Suatu ketika datuk saya itu memanggil saya duduk di sisinya."Cucu atuk ni nak dengar cerita tak?"

Sudah tentu saya mengangguk dengan gembira.Kemudian dia memulakan ceritanya.

"Dahulu negeri Perak ini adalah sebuah pulau.Penjaganya ialah Naga Kepala Tujuh"

"Betul ke tok?Naga tu duduk kat mana?"

"Ini cerita rakyat sahaja,naga tu duduk di dasar laut.Kononnya ketika bakal Sultan pertama Negeri Perak berlayar dari Melaka ke sini,naga ini pernah muncul lalu menjatuhkan mahkota raja ke dalam laut.Sebab itu raja kita tidak bermahkota"

"Yang terselamat antaranya ialah pedang Curasimanjakini,tengkolok dan keris Taming Sari,ketika kejadian itu kononnya bahtera raja berhenti di sebuah beting pasir yang tiba-tiba muncul.Itulah Beting Beras Basah"

Hari ini saya mula terfikir,tradisi potoh naga berasal dari mana?Saya yakin dalam senarai barang kebesaran yang dibawa dari Melaka itu tidak termasuk potoh naga.Dan saya yakin potoh naga adalah asli alat kebesaran Negeri Perak.Mungkin dari kerajaan Gangga Negara,Beruas dan Manjung.

Dalam catatan lanjutan yang diterjemahkan dari makam Hatshepsut di Luxor,Mesir ada menceritakan secara terperinci kostum Raja Perahu,pemerintah Punt yang menyambut delegasi Mesir Purba yang diketuai oleh Nehesi,ketua delegasi Mesir.Raja Perahu memakai ikat kepala (saya kira tanjak),memakai senjata yang disisip di pinggang (saya berpendapat ia adalah keris) dan memakai gelang di lengan (ya,ini adalah potoh).Di dalam ukiran relief pada dinding yang menceritakan Raja Perahu dan isterinya,Hati tidak terpapar gelang potoh ini.Anehnya ia tercatat pada keterangan di dinding makam dalam hiroglif.Jadi jika ada raja di mana-mana di dunia ini yang ingin mengaku mewarisi Raja Punt yang digelar pemerintah "The Land of Gods",dia mesti mewarisi 3 eleman diraja;

1)tanjak atau ikat kepala,

2)senjata tersisip dipinggang dan,

2)gelang di lengan.


Anda boleh namakan siapa raja di dunia ini yang menepati 3 elemen Raja Punt ini?Raja Thai?Tidak,raja Thai dan Kemboja mempunyai mahkota bermuncung dan tidak memakai potoh.Raja Thai biasanya memegang pedang bukan senjata tersisip dipinggang.Raja China?Lagilah tidak.Maharaja China memakai jubah dan topi.Raja-raja Eropah?Tidak,mereka ada mahkota,tidak memakai potoh dan tiada pisau tersisip.Raja-raja Arab dan Parsi?Ok,ada suku-suku Arab yang mempunyai tradisi membawa senjata seperti pedang pendek dan disisipkan ke pinggang.Ikatan di kepala?Ya,orang Arab atau Afrika ada yang memakai ikat kepala,contoh yang paling popular ialah igal dan serban.Gelang di lengan?MEREKA 'TERKANTOI' DI SINI'.

Raja Arab dan Parsi tiada potoh.Begitu juga raja-raja Semit yang lain seperti Babilon,Chaldea,Assyria dan sebagainya.Mereka kekurangan salah satu 3 elemen itu atau kesemua sekali.

Montezuma raja Aztek?Raja Maya di Amerika Tengah?Tidak...tidak...tidak.Raja-raja di India?Tidak...tidak...tidak.

HANYA RAJA MELAYU SAHAJA YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI RAJA PUNT!

Terutamanya Sultan Perak dan Terengganu,setakat ini yang saya tahu ada tradisi memakai potoh naga semasa pertabalan.

Tiba-tiba saya teringatkan Nari,si gadis Kemboja.

"Tradisi naga memang berakar umbi dalam masyarakat kami.Mera atau Soma adalah ibu bangsa Khmer,merupakan anak kepada raja Naga 'The King of Serpent'.Keturunan 'The King of Serpent' inilah mewariskan darahnya kepada bangsa yang hebat ini," ujar Nari dengan penuh bangga.

Saya hanya tersenyum melihat gelagat Nari.Saya sebenarnya sebelum ini banyak melayan dan bersabar dengan karenah Nari.Bila bercakap pasal bangsa dan sejarah,Narilah juaranya.Dia sering menunjukkan kompleks Angkor untuk menunjukkan kehebatan tamadun Khmer.Benarlah kata setengah kawan bahawa orang Khmer memang angkuh bila bercakap pasal sejarah.Bukan semua tetapi kebiasaannya.

Saya menjawab dengan wajah selamba,"Kamu tahu siapakah King of Serpent itu?"

Nari menjawab dengan yakin,"Preah Naga,tuan punya Pulau Kok Thlok atau Nagadvipa yang kemudiannya menjadi Nokor Khmer atau Kampuchea".

Saya menjawab,"Apakah Preah?Di sana ada Preah Thong,bukan?Menantu Naga King".

"Preah bermaksud 'sacred' (suci,dihormati),ia gelaran raja-raja kami.Ia juga digunakan pada tempat suci seperti Preah Khan atau Preah Vihear,"

"Saya tahu raja Thai memakai gelaran Phra,ada kaitan?" saya berkata.

Nari mencebikkan bibir,"Seperti biasa,bangsa penyamun itu merompak hampir kesemua budaya kami sehingga ke gelaran-gelaran raja.Tanah kami juga dirompak mereka.Sepatutnya tanah Kemboja lebih besar dari apa yang orang Khmer dapati pada hari ini".

Kami juga menerima nasib yang sama...Nari,detik hati saya.Tanah bangsa Melayu sepatutnya hingga ke Ban Malayu di Ranong,Thailand.Malah Ayutthaya sendiri adalah wilayah Sri Dharmaraja sebelum kedatangan U-Thong,raja Ayutthaya pertama.





Rahsia Parahu







Saya kemudian berkata,"Phra diambil dari kata Preah,bukan?" Nari mengangguk."Bagaimana dengan Preah?"

Nari menjawab,"Ia perkataan asli Khmer".

"Iya?"

"Saya pasti"

"Bagaimana jika saya katakan,perkataan Preah diambil dari kata 'Perahu' yang bermaksud 'boat' dalam bahasa Inggeris?"

"Karut!" Nari membantah."Preah bermaksud 'sacred' (suci atau keramat)".

Saya tersenyum.Gadis Khmer ini memang 'angkuh'."Prao adalah gelaran untuk raja-raja Mesir Purba,anda percaya?"

"Setahu saya 'pharaoh',bukan begitu?" Nari kelihatan kurang yakin.

Saya seperti mendapat bola tanggung.Nari nampaknya kurang tahu tentang gelaran para Firaun Mesir."Itu dalam bahasa Inggeris yang diadaptasi dari bahasa Greek,Pharao.Orang Greek pula mengambilnya dari perkataan asal Mesir purba iaitu,'prao'.Terdapat versi lain yang dijumpai pada hiroglif seperti prah dan prau.Semua versi ini;prao,prau atau prah menariknya digunakan selepas pemerintahan Ratu Hatshepsut,ketika pertengahan era Dinasti ke-18 (1550-1292 Sebelum Masehi)".

Nari mengangkat keningnya."Apa signifikannya dengan semua ini?Kamu nak kata gelaran preah berasal dari Firaun Mesir dan The Mummy?" Nari ketawa mengejek.

"Bukan,seperti yang saya katakan tadi,perkataan preah berasal dari 'perahu' yang bermaksud 'boat' dalam bahasa Inggeris".

"Karut!Apa pula kaitan dengan The Mummy?" Nari memperli.

"Sebab 'The Mummy' yang menjelaskan bahawa gelaran raja Khmer berasal dari satu perkataan Malayu".

"Nonsense!Saya tidak faham apa yang kamu kata!"

Saya makin senyum dan hampir mahu ketawa melihat gelagat Nari."Sebenarnya gelaran 'Prao' digunakan selepas Ratu Hatshepsut melawat Punt,satu pulau misteri yang berada di timur Mesir.Tercatat pada makam Hatshepsut bahawa nama raja Punt ketika itu adalah Parahu."

"Jadi?"

Saya menambah,"Selepas Hatshepsut,raja-raja Mesir Purba mula menggunakan gelaran Prao,dan catatan terawal di mana kata 'Prao' ini digunakan ialah merujuk kepada pemerintah di dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) ketika pertengahan era Dinasti ke-18 (1550-1292 Sebelum Masehi) di mana disebutkan dengan kata-kata:

"Prao,seluruh kehidupan,kekayaan dan hidup sihat!"

Nari membangkang,"Itu tidak bermaksud prau,prah atau prao adalah asal preah.Dan ini tidak bermaksud Punt ialah Malaysia atau Parahu adalah lelaki yang berbangsa Malayu!"

Ah,jangan sempitkan takrif Melayu hanya berada di Malaysia,cetus hati saya dengan sedikit geram.Saya menjawab,"Mari dengar apa yang saya katakan.Jika anda tidak percaya dengan perkataan 'Parahu' adalah perkataan Melayu 'Perahu' maka anda harus tahu bahawa isteri Parahu bernama Hati,ini yang tercatat pada tembok makam Hatshepsut.Menariknya dalam bahasa Mesir Purba,'Hati' bermaksud 'heart'."

"Jadi?"

Saya mengangkat kening,"Dalam bahasa Melayu,'hati' juga bermaksud 'heart'."




Nari terdiam.Saya mengambil peluang untuk menambah,"Prao,pada awalnya bukanlah bermaksud gelaran atau puji-pujian.Ia bermaksud tempat tinggal atau kenaikan dalam bahasa Mesir Purba.Perahu adalah perkataan Melayu merujuk kepada kenderaan utama kaum-kaum Austronesia yang berkeliaran dari Hawaii hingga ke Madagaskar.Orang Melayu adalah pelaut yang disegani.Banyak masa mereka dihabiskan di dalam kapal atau perahu.Jika anda tanya pada mereka,'Where is your home?Mereka pasti menjawab,"My home is here,at the sea!".

Nari cuba membantah,"Namun preah bukan berasal dari perahu atau prao atau prah!"

Saya menjawab tenang,"Ia samalah jika kamu menafikan gelaran Samdech yang berasal dari kata Samraj atau Samraat,dalam bahasa Sanskrit bermaksud 'emperor'."

Sebenarnya legenda pulau dan naga adalah dikongsi bukan sahaja dalam mitos Khmer,malah Melayu dan Mesir Purba.Menariknya 'legenda pulau dan naga' dalam kesusasteraan Mesir Purba (“The Shipwrecked Sailor”) merujuk kepada ekspedisi kapal-kapal Mesir Purba ke dunia sebelah timur.The King of Serpent yang ditemui oleh pelayar Mesir Purba adalah susuk orang sama atau keturunannya yang juga ditemui oleh Preah Thong atau Kaundinya.Kaundinya juga menemui The King of Serpent di pulau itu dan perbezaannya,Kaundinya bertuah dijadikan menantu oleh The King of Serpent.

Legenda Kedah mengatakan dahulu,Gunung Jerai adalah sebuah pulau.Dan di sekitar gunung inilah munculnya Merong,iaitu bermaksud 'Ular Besar' dalam bahasa purba Mon-Malayu.Maka lahirlah Hikayat Merong Mahawangsa.Hikayat ini sungguh berkuasa dan mengandungi rahsia besar sehingga menyebabkan kerajaan Siam (era Chakri) merasa terancam dan memerintahkannya dibakar ketika menjajah Kedah pada abad ke-19.Raja Siam tidak dapat menerima hakikat bahawa Indochina pernah diperintah oleh raja-raja Kedah sebelum imigran Tai tiba secara beramai-ramai.Saya sudah jelaskan susurgalur raja Kedah ini bergelar Ketomala dalam rekod Khmer.'Keto' bermaksud Ketaha dan 'Mala' bermaksud dinasti Malayu.Rekod Burma mengatakan raja-raja Ketomala pernah memerintah kawasan Mergui Peninsula yang di dalamnya terdapat daerah Tanintharyi (Tanah Sari) atau Tenasserim (Tenang Siram).Semua ini berlaku lama sebelum Nabi Isa a.s lahir ke dunia.

"Negeri Perak kononnya dijaga oleh Naga Kepala Tujuh.Sebab itu raja Perak memakai gelang berkepala naga...."

"...ah,itu semua syirik.Mana ada naga kepala tujuh jaga negeri ini pula.Ayah...ayah...",tiba-tiba ibu menyampuk dari dapur.Nampaknya ibu memasang telinga dari tadi.Datuk hanya tersenyum memandang saya."Ini semua kisah rakyat sahaja,cu.Buat seronok-seronok bersembang.Sudahlah,pergilah tidur."

Saya pun berjalan menuju ke bilik.Namun langkah saya terhenti apabila terdengar satu perkataan dari mulut datuk,perkataan yang benar-benar menimbulkan perasaan aneh dalam diri saya.

"...Mayang Mengurai,tak sia-sia aku hantarkan kau belajar pondok..."

Saya tahu dan yakin bahawa kata-kata itu ditujukan pada ibu saya.Siapakah ibu saya sebenarnya?


Dedalu Tangis,lihat dedaunnya yang mengurai panjang
Dalam catatan China iaitu rekod kerajaan Qi Selatan,ada menyebut tentang legenda Mera dan Kaundinya*.Mera disebut sebagai Liu-Ye yang bermaksud 'Willow Leaf' oleh penterjemah Inggeris.Menariknya sejarahwan Champa mengidentifikasikan Liu-Ye sebagai Mayang Mengurai.Mungkin dari sifat pohon dedalu yang apabila menjadi banyak,dedaunannya mengurai panjang hingga ke tanah.Tapi janggal juga,sebab mayang ni selalu merujuk pada mayang pada kelapa,iaitu bunga pokok kelapa.

Kenapa Mayang Mengurai?Seperti yang saya katakan tadi,Mayang Mengurai ini setahu saya berkaitan dengan mayang pohon kelapa.Cuba lihat tradisi cerita rakyat Terengganu,dan lagunya Ulek Mayang.Dukun menggunakan mayang kelapa lalu memukul tubuh pesakit.'Willow' pula bermaksud dedalu.Mungkin Liu-ye maksudnya Puteri Dedalu?Tetapi ini membawa konotasi negatif kerana selalunya dedalu dikaitkan dengan parasit dan diterjemah ke sifat manusia lebih kurang macam pisau cukur.Mungkin pencatat China tersalah tafsir apabila bunga pokok kelapa dilihat seperti daun dedalu.Apabila saya mengkaji lagi rekod-rekod China purba,kemudiannya saya menjumpai contoh yang lebih tepat.Rupa-rupanya 'Liu-Ye' hanya disebut dalam rekod kerajaan Qi Selatan.Dinasti-dinasti lain menyebutnya sebagai 'Ye-ye' yang bermaksud 'Coconut leaf' (DAUN KELAPA)!!

Subhannallah!!

Melayu dan sejarahnya benar-benar mengasyikkan!

Dan fakta berikut ini sungguh mengejutkan:Pohon dedalu (Willow) tidak tumbuh di Kemboja!*



Nampaknya Puteri Mayang Mengurai yang sering muncul dalam hikayat-hikayat Melayu dahulukala itu memang wujud dan dicatat oleh para pengembara China purbakala.Jika saya ada peruntukan besar,saya ingin ke Beijing (bukan ke Beijing untuk membuktikan Hang Tuah seorang Cina) untuk menggali segala rekod maharaja China tentang orang-orang Melayu dan lautnya.Orang-orang China dahulukala jujur dalam mencatat tidak seperti golongan kiasu kini yang pembohong dan tamak haloba.

Sebab itu saya katakan,jika anda belajar sejarah menurut cara dan gaya yang saya ajarkan,bukan cara sejarahwan Malaysia yang pemalas,anda akan jumpa banyak perkara yang menakjubkan.450 tahun dijajah kuasa Eropah menyebabkan kita,orang Melayu seolah-olah masuk ke dalam 'black hole' yang apabila pada tahun 1957 kita kembali ke bumi,kita mengalami amnesia,lupa sejarah kita yang lalu.

Ketika saya teringatkan semua peristiwa itu,saya masih terbaring di atas katil,beransur pulih dari kesakitan.Di sisi saya terletak kemas kitab "As-Syamailul Muhammadiyah' karangan Imam At-Tirmizi.Sungguh banyak tentang peribadi nabi s.a.w tertulis di dalam kitab itu.Membaca peribadi nabi s.a.w sedikit sebanyak meneguhkan peribadi saya dalam berjuang menghadapi hidup ini.

Airmata saya tiba-tiba mengalir deras.Saya masih teringatkan datuk dan ibu.Datuk telah lama pergi,ketika saya masih darjah enam.Kehilangan datuk menyebabkan saya kehilangan segala misteri negeri Perak,negeri kesayangan dan tempat lahir saya.Saya hilang sumber cerita dan penglipurlara.Saya tidak sempat untuk bertanya lagi tentang sejarah Melayu,lebih-lebih lagi kini saya bergelar sejarahwan.

Saya mencapai beg tangan saya.Saya keluarkan satu balutan kain kuning dari dalam beg tangan.

Sebilah badik yang mempunyai mata berlok;seolah-olah keris kecil,tergenggam kemas di tangan saya.Saya merenung bahagian mata badik yang beralun-alun seperti ular yang menyusur.Maafkan aku Mayang Mengurai,detik hati saya.Air mata saya mengalir lagi.

Tiada yang lebih menyeksakan seorang gadis yang berumur 15 tahun apabila patah salah satu tempat bergantungnya.Dia tidak sempat untuk mengenal siapa Mayang Mengurainya.Dia belum sempat untuk mencari asal-usulnya.*






*Legenda Kaundinya dan Mera menyebutkan bahawa Kaundinya telah mengahwini Mera,seorang gadis tempatan dan memulakan Kerajaan Funan yang terkenal itu.

*Paul Pelliot,'Le Fou-nan',BEFEO 3 (1903),p 256.The History of the Southern Qi records her name as Liu Ye,'Willow Leaf',although the dynastic histories vary slightly,for example Ye Ye,'Coconut Leaf'.Interestingly,willow do not grow in Cambodia.


*Ibu Srikandi meninggal dunia akibat kanser.

Wednesday, April 13, 2011

Catatan Srikandi V




Catatan Srikandi V:Rahsia dari Kemboja






"Saya mengakui bahawa kamu,Malay...juga Indonesian dan orang-orang Filipina adalah antara pribumi atau penduduk terawal Asia Tenggara,begitu juga dengan kami orang Khmer,dan orang Mon"

Saya mengalihkan pandangan kepada Nari,rakan saya dari Kemboja.Ketika itu kami berada di dalam The Library of Congress,Amerika Syarikat.Saya masih teringat peristiwa itu.Ketika saya menulis artikel ini,saya sedang berada di sebuah madrasah di utara tanahair.Malam yang dingin disertai hujan rintik-rintik bagaikan menggamit kenangan indah di Amerika.Entah mengapa,malam ini amat menusuk perasaan saya.Sayup-sayup kedengaran suara gadis-gadis sunti menghafal AlQuran di dalam bilik asrama.Ada yang membaca kitab.Saya membuka tingkap kayu dan melemparkan pandangan ke luar.Suasana kampung di waktu malam amat menggamit perasaan misteri.Saya memandang sebuah bukit yang berbalam-balam di hujung kampung.Sayup-sayup sawah padi terbentang di sebelah kiri.Saya menopang dagu di atas lengan berdekatan tingkap.Angin malam begitu menggigit.Namun saya tahankan.Saya biarkan angin itu menjamah wajah saya.

"Mengapa kamu berkata begitu?Bukankah kamu dahulunya menafikan kata-kata saya dahulu?Kamu berkata Melayu tiada asal-usul,entah datang dari mana..," saya meletakkan buku yang masih terbuka di atas meja sambil tersenyum memandang Nari,gadis Khmer yang berambut panjang bagaikan apsara yang terukir di tembok Angkor Wat.

Nari tunduk memandang buku-buku yang berselerak di hadapannya.The Indianized States of Southeast Asia (Goerge Coedes),Recueil des Inscriptions du Siam: Inscriptions de Dvaravati, de Crivijaya et de Lavo (George Coedes),Deux Itineraires de Chine en Inde (Paul Pelliot) dan beberapa lagi buku-buku tebal kelihatan berada di hadapan Nari.Nari memandang tepat ke arah salah satu buku yang terbuka.Pada buku itu terdapat satu gambar sebuah kuil purba Khmer,Beng Mealea yang terletak 40 kilometer dari timur Angkor.


'Blind door',Beng Melea


"Sebelum ini saya hanya berpura-pura di hadapan kamu.Saya sebenarnya telah tahu hubungan orang Melayu dengan Khmer seawal zaman Funan namun saya tidak dapat menerima beberapa hakikat di sana yang menyebabkan saya tetap berdegil mempertahankan pendapat saya," Nari menjawab dengan nada serius.

"Hakikat apa?" saya bertanya.

Nari hanya tersenyum hambar sambil melihat gambar Beng Mealea.

Saya berbaring di atas katil.Saya memandang alang-alang.Saya masih terkenangkan perbualan saya dengan Nari.Entah mengapa,ketika saya cuba untuk melupakan Melayu dan sejarah gelapnya di sini,semakin banyak pula petunjuk dan bayangan-bayangan perasaan tentang apa yang sebenarnya berlaku beribu tahun dahulu di utara Malaysia sehingga ke Indochina.

Suara gadis membaca AlQuran masih sayup-sayup kedengaran.Saya tiba-tiba menitiskan air mata.Saya tidak mampu menahan hati yang resah gelisah di sini.Sudah beberapa kali saya histeria dan pengsan.Namun gadis-gadis madrasah di sini amat cekap menenteramkan diri saya.Kebanyakan dari mereka sebaya dengan saya.Namun mereka penuh dengan ilmu agama dan hafaz AlQuran.Alangkah baiknya jika saya menjadi seperti mereka.Tenang dan tenteram dengan AlQuran di dada-dada mereka.Tetapi di dada saya tiada AlQuran.Saya hanyalah seorang gadis yang miskin ilmu agama.Saya tiada apa-apa amal yang mampu dibanggakan di hadapan Tuhan.Mereka tidur dengan tenteram selepas menghafaz ayat-ayat suci.Tetapi saya saban malam diganggu bayangan puteri celaka yang menggamit-gamit tangannya.Apa lagi yang dimahunya?Saya benar-benar tidak faham.

"Hakikat bahawa Ibu kami bangsa Khmer,iaitu Mera ialah seorang puteri Malayu"

Saya memandang tepat ke arah Nari.Nari bersandar dan memeluk tubuh.Dia mengangguk perlahan sambil tersenyum.

"Adakah mereka tahu tentangnya?" saya masih memandang Nari.Saya seakan masih tidak percaya.

"Sebahagian dari mereka.Tetapi saya telah menemui beberapa perkara yang membuktikan hal ini.Saya cuba untuk bersikap nasionalis terhadap bangsa saya namun nama 'Malayu' itu sendiri banyak dikaitkan dalam riwayat-riwayat Khmer purba,akhirnya saya mengalah," Nari merenung ke arah foto Beng Mealea.





Darah Naga


"Apa perkara-perkara yang membuktikan tentang 'dakwaan baru' kamu itu," saya memancing.


The Library of Congress


 Nari tersenyum ke arah saya.Beberapa pelajar kelihatan sedang membelek-belek buku di rak buku.The Library of Congress adalah perpustakaan terbesar di dunia dari segi jumlah buku.Ia mengandungi 32 juta katalog buku dan 61 juta manuskrip.Sudah semestinya 'syurga' bagi ulat buku seperti saya.

"The King of Serpent," Nari menunjukkan ke arah sebuah manuskrip Khmer abad ke-16,yang memaparkan lakaran seekor naga dikelilingi air laut."Ia adalah Naga Laut Mohodhara dalam tradisi Khmer.Legenda mengatakan bahawa Mera,adalah anak kepada The King of Serpent,atau Naga King.Mera kemudiannya mengahwini Kaundinya atau Sri Kambu.Seperti yang anda tahu,nama 'Kh-mer' itu sendiri dipercayai kombinasi dua nama ini;Kambu dan Mera."

Saya tersenyum.Semua itu ada dalam kepala saya.Tetapi saya begitu teruja dengan manuskrip Khmer itu.

"Kaundinya dan Mera.Bagaimana dengan Cham?Kamu setuju pendapat saya tentang orang Cham yang juga mempunyai legenda puteri yang mengahwini Kaundinya?Malah mereka memahatnya di Mi Son iaitu tempat suci mereka pada masa silam," ujar saya.

Nari menarik nafas panjang."Saya cuba menafikan yang ini,namun setelah mengunjungi Mi Son sendiri ketika lawatan ke Vietnam pada 2 tahun lepas,hati saya kuat mengatakan yang legenda Kaundinya dan Mera ini berasal dari orang Cham."

Angin malam terus menderu-deru masuk ke dalam bilik.Kain langsir berkibar-kibar perlahan.Kak Mashitah melarang saya membuka tingkap pada waktu malam.Namun malam ini saya melanggar kata-katanya.Saya mahu menghadapi sendiri puteri jahanam itu.Saya telah memulangkan kembali sanggul emas yang saya jumpa di Banteay Srei.Namun gangguan itu datang lagi.Saya pernah bermimpi dan mengigaukan puteri Champa yang memakai 'headgear' seperti penari Menora namun ia hanya datang dua kali sahaja.Kali ini puteri memakai mahkota berkerawang.Dia cuba bercakap sesuatu,tetapi saya tidak dapat mengecam bahasanya.Ia bukan bahasa Khmer atau Mon.Selepas berkata-kata,puteri itu tersenyum ke arah saya dan melambai-lambai.

"Ini adalah Naga Mohodhara.Manuskrip ini adalah kain yang mengandungi mantera-mantera kuno yang dilukis di atasnya menggunakan dakwat organik," Nari menunjukkan ke arah foto satu kain kuning yang dipenuhi lakaran haiwan suci dan jelmaan dewa,dikelilingi rajah-rajah ganjil dan tulisan Khmer purba.Saya memerhatikan sahaja foto dalam buku tebal itu.

"Apa motif kamu menunjukkan tentang gambar naga-naga ini?" tanya saya.

Nari mendekatkan wajahnya kepada saya."Saya ada terbaca tentang mitos yang mengatakan bangsa Malayu berasal dari Naga Laut Mohodhara ini.Ia ada tertulis dalam riwayat-riwayat Mon dahulukala."

Tiba-tiba saya teringatkan Hikayat Merong Mahawangsa.Merong bermaksud 'ular besar' atau 'naga'.Mahawangsa ialah nama dinasti,sepertimana dinasti Viravamsa dan Padmavamsa.'Vamsa' menjadi 'Wangsa' dalam bahasa Melayu adalah berasal dari Sanskrit,kemudiannya berubah menjadi 'bangsa'.'Mahawangsa' kemungkinan besar bermaksud 'wangsa besar' atau 'keluarga besar'.Saya mula mengesan sesuatu.Jika saya dapat 'trace' balik sejarah Mon sebelum era Sriwijaya,saya pasti dapat mengetahui siapakah 'The Serpent King' itu.

Saya bertanya,"Mengapa orang Mon?Mengapa mereka yang mempunyai mitos tentang Malayu?"



Nari menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum menyindir ke arah saya."Bangsa sendiri pun tidak menahu,itulah sebab saya katakan dahulu sebagai provokasi terhadap kamu,bahawa bangsa Malayu tidak tahu berasal dari mana.Entah timbul dari mana.Sebelum saya jumpa kamu,saya pernah mengatakan demikian kepada beberapa orang pensyarah dan pelajar Malayu.Mereka hanya tersengih-sengih dan yang lucunya ada yang mengangguk-angguk;entah dia setuju entah tidak.Sebab itu di negara kamu orang-orang Cina sudah berani mengatakan Melayu itu pendatang.Di Kemboja,orang-orang Cina di sana telah diasimilasikan ke dalam kehidupan Khmer,dan mereka menjadi Khmer bukan sebab paksaan seperti yang berlaku di Thailand dan Indonesia.Mereka diasimilasikan dengan menggunakan sejarah Khmer yang menakjubkan.Orang Cina mengaku kehebatan sejarah kami;kagum dengan Angkor Wat dan Beng Mealea."

Tiba-tiba saya merasakan,hanya Malaysia sahaja yang begitu toleran dengan kaum-kaum lain;membenarkan sekolah berasaskan kaum dibuka sewenang-wenangnya sementara negara-negara Asia Tenggara lain menekan kaum Cina supaya berasimilasi dengan budaya mereka.Bukan sahaja kenyataan siapa pendatang tidak kedengaran,malah sekolah berasaskan kaum pun sama sekali diharamkan.

Saya cuba menduga,"Apa yang istimewanya dengan Malayu?Di Malaysia tiada Angkor Wat atau Beng Mealea."

"Ya,itulah yang saya fikir pada awalnya.Di Malaysia tiada apa-apa binaan yang mampu dibanggakan kamu,bukan?Saya memikirkan Malayu mungkin berasal dari 'sea-gypsies' atau orang dari hutan rimba,maaf...saya tidak bermaksud menghina tetapi ini pandangan awal saya.Tetapi...."

"Tetapi apa?"

Nari terdiam.Dia mengerutkan dahinya."Anehnya,sejarah bangsa kamu bertebaran di seluruh Indochina.Catatan-catatan dari China menceritakan kehebatan empayar kamu.Batu-batu bersurat bertebaran di Asia Tenggara sehingga ke India yang menceritakan nama dinasti-dinasti raja kamu.Riwayat Mon mengatakan raja kami,Suryavarman I yang membina Preah Viharn adalah Malayu.Saya semakin bingung dengan kenyataan ini.Semakin digali,semakin saya tidak dapat menafikan betapa besarnya peranan Malayu kepada sejarah Indochina dan Asia Tenggara."

Saya tersenyum dan berkata,"Jika kamu tidak memandang Malaysia sahaja sebagai tempat tinggal Malayu,kamu akan jumpa lebih banyak lagi rahsia.Borobudur,kamu kenal Borobudur?"

"Ia adalah bangunan Buddha yang terbesar di dunia,"ujar Nari.

"Siapa yang bina?"

Nari menjawab,"Ya,saya maklum tentang raja Sailendra dan Mataram Kuno."

Saya menunjukkan foto Angkor Wat,"Lama sebelum Angkor Wat atau Beng Mealea atau Banteay Samre dibina,raja Sailendra telah membina Borobudur.Mereka hanya menuliskan prasasti dalam dua bahasa sahaja,iaitu..."

"...Old Malay & Sanskrit,"sampuk Nari.Matanya bersinar.

Saya mengiring badan saya sambil kepala saya berbantalkan lengan.Angin malam tidak menderu-deru lagi seperti tadi.Namun suhu di dalam bilik semakin dingin.Suara gadis membaca AlQuran sudah tidak kedengaran.Mereka mungkin sudah tidur untuk bangun tahajud nanti.Sekali sekala angin datang menerpa ke arah tubuh saya yang hanya dibaluti baju kurung nipis,namun saya biarkan sahaja kedinginan malam menyakiti tubuh saya.Saya masih terkenangkan selepas saya berkata tentang raja Sailendra dan Borobudur,Nari sekali lagi menunjukkan ke arah foto Beng Mealea,sebuah kuil purba yang dipercayai dibina seawal abad ke-12,ketika pemerintahan Suryavarman II yang turut membina Angkor Wat yang terkenal itu.

"Sebab itu saya beritahu kamu,bahawa sejarah Malayu begitu membingungkan.Apabila saya menggali lebih dalam sejarah Kemboja,saya seakan-akan melihat bahawa raja-raja Khmer dan Malayu bersilih ganti memerintah Kemboja.Jayavarman,Suryavarman,Jayaviravarman,Dharanindravarman,Bhavavarman dan seterusnya adalah nama-nama raja Kemboja dahulukala dan saya sebagai pengkaji sejarah,kini sukar menentukan yang mana benar-benar berdarah Khmer dari Chenla."

Nari menyambung,"Legenda Mera sebagai puteri kepada The King of Serpent.The King of Serpent atau Naga King digambarkan tinggal di sebuah pulau,iaitu digambarkan tanah yang dikelilingi air.Pulau itu bernama Kok Thlok.Ketika Kaundinya sampai,dia diceritakan terdampar di sebuah pulau.Kemudian dia bertemu dengan Mera dan melangsungkan perkahwinan di pantai pulau itu.Soalan saya yang sehingga kini tidak terjawab,bagaimana Mera tinggal di pulau sedangkan Indochina bukan pulau tetapi tanah besar Asia.Kemudian di dalam satu riwayat tentang kedatangan Sri Kambu atau Kaundinya ini ada menyatakan juga bahawa tempat bernama Kok Thlok ini telah ada raja Cham yang memerintah.Lihat di sini," Nari menunjukkan satu perenggan di salah satu buku-buku tersebut.

"In the year 1 of the Buddhist era [commonly beginning with Buddha's death in 543 B.C.], the king of the Chams is shipwrecked near the Dangrek Mountains, where he forms a new state and also becomes ruler over Kouk Thlok. In the year 100 of the Buddhist era, King Atichavong of Indraprastha hands over portions of his kingdom to his sons; to the fourth, named Preah Thaong, he gives the southern part. As a result of disobedience, Preah Thaong is later exiled together with his people.He arrives at Kouk Thlok, displaces the Cham ruler, and himself becomes king. Later he meets the daughter of the naga king on the beach. A marriage ceremony takes place in the subterranean kingdom, after which the naga king creates a realm on earth for his son-in-law by drinking up the ocean. The new land is named Kampuchea," Nari membacakan perenggan tersebut.

"Ini diambil dari satu riwayat diraja Khmer yang diterjemah oleh penterjemah Perancis bernama Moura pada tahun 1883.Di sini saya begitu terpegun apabila mengetahui orang Cham telah memerintah Kok Thlok seawal 500 tahun Sebelum Masehi menurut riwayat diraja ini.Kemudian legenda mengatakan The King of Serpent telah bertindak menyedut semua air dan menjadikan Pulau Kok Thlok sebuah tanah besar dan dinamakan Kampuchea."

Saya mendengar dengan penuh teliti apa yang keluar dari mulut Nari,gadis Khmer.

"Siapa Cham?Cham ialah satu suku yang terkelompok dalam Malayo-Polinesia.Bahasa mereka mendekati bahasa Aceh dan Bornean Malay.Dari mana mereka datang?Bukti dari catatan sejarah menyatakan bahawa raja Champa pernah memerintah Wat Phu di Laos kini.Sebab itu kawasan itu dinamakan Champassak.Kuil Khmer di sana dikatakan berasal dari kuil-kuil Cham."

Seketika saya tersenyum sendiri.Di dalam “The Shipwrecked Sailor” iaitu sebuah riwayat berusia kira-kira 2050 tahun Sebelum Masehi di Mesir Purba tepatnya ketika era Kerajaan Pertengahan,ada menyatakan kapal-kapal Mesir Purba yang terdampar di sebuah pulau.Kemudian mereka berjumpa dengan seekor ular besar setinggi sepanjang 50 kaki.Ular itu boleh berkata-kata dan melayan mereka dengan baik.Ular itu malah mendakwa dirinya raja Punt,iaitu nama pulau tersebut.Ada diterangkan gambaran wajah 'ular' itu.Dia memakai celak mata yang tebal dan mempunyai janggut.Dan jika kita perhatikan topeng Tutankhamun dan raja-raja Mesir Purba yang lain,kita akan dapati karakter ular di dahi,mata yang bercelak tebal dan janggut.Ahli arkeologi agak bingung mencari di manakah pulau Punt itu.Di Laut Merah tidak ada pulau!




"Bukankah saya pernah beritahu anda tentang Punt di Borneo?Pelliot sorang sejarahwan,ada menyatakan kononnya Kaundinya pernah memerintah sebuah negeri di Kalimantan pada abad ke-6 Masehi.Lem Chuck Moth,sejarahwan negara anda mendakwa Sri Kambu atau Kaundinya bukan berasal dari India tetapi dari satu tempat di Kepulauan Melayu," jelas saya.

"Kesimpulannya...,"Nari seolah-olah meminta jawapan.

"Kesimpulannya ialah apa yang anda dapat dari lawatan ke Mi Son di Vietnam 2 tahun lepas," saya tersenyum.

Legenda tentang naga memang telah lama berakar umbi dalam masyarakat Melayu purba.Orang Jakun iaitu salah satu suku Proto-Melayu mempunyai legenda naga mereka sendiri.Legenda naga Seri Kemboja dan Seri Gumum adalah berasal dari mitos suku Jakun ini.

Nari merenung kembali foto Beng Mealea."Beng Mealea ini sebenarnya menyimpan satu misteri.Sebagaimana rahsia bangsa kamu."



Beng Melea


"Apa maksud kamu?"

"Sebagaimana sebahagian rahsia Malayu berada di tangan Khmer,begitu juga jika kamu memahami rahsia di Beng Mealea."

Nari tersenyum ceria sambil memegang erat tangan saya.Ketika itu saya merasakan satu perasaan aneh;seolah-olah seorang saudara yang jauh terpisah kembali bertemu.

Saya tidak sedar bila air mata saya menitik lagi.Kini Nari telah menyambung pelajarannya ke peringkat Master.Dia tua 5 tahun dari saya.Cita-citanya ialah menjadi ahli arkeologi.

"Nari,saya ingin bertanya satu soalan yang amat penting," kata saya sebelum kami keluar dari The Library of Congress Reading Room.

"Apa dia?" ujar Nari sambil memandang satu mosaic melambang Dewi Minerva.

"Apakah panggilan orang Khmer Purba kepada bangsa saya pada masa silam?" saya memandang wajah Nari dengan penuh berharap.

Nari tersenyum ke arah saya sambil berjalan laju ke hadapan tanpa menghiraukan saya.Saya tiba-tiba merasa marah dengan tindakannya seperti mempermainkan saya.Tiba-tiba Nari menoleh ke belakang dan menjerit.

"Ma...la...yu!!!"

Beberapa pengunjung perpustakaan terbesar di dunia itu kelihatan menoleh ke arah Nari.Seorang pengawas perpustakaan seperti mahu berjalan ke arah Nari,namun Nari cepat berjalan menyusup ke balik dinding dan hilang entah ke mana.




Jam menunjukkan pukul 1 pagi.Saya menutup tingkap.Kemudian saya merenung ke arah ukiran palang kayu yang tersusun pada tingkap.Benar.Beng Mealea menyimpan rahsia yang terpendam.Ukiran palang kayu pada tingkap rumah lama itu membuatkan saya seolah-olah berada di hadapan Beng Mealea.Beng Mealea bermaksud 'kolam seroja'.Mealea,Mala dan Malayu.

Malam itu saya tidur nyenyak tanpa gangguan.















~Srikandi
"Mala Malayu iva Malayam raja"

Temubual Bersama Srikandi





Temubual Bersama Srikandi


Lokasi:Universiti Islam Antarabangsa
Masa:10.43 a.m





Kelas pemerintahan,hegemoni perdagangan dan prestij kebudayaan adalah tiga faktor penguasaan bangsa Melayu kepada budaya elit Austronesia.Berasal dari satu peradaban yang tenggelam di Lautan Pasifik,kebudayaan dari peradaban ini menyebar ke Tanah Besar China,ke benua Amerika dan sudah pasti ke Asia Tenggara.

Sempena berakhirnya siri Alter Terahsia Bangsa Melayu v3.5 "The House of Bani Jawi",pihak MistisFiles telah mengambil inisiatif untuk menemubual moderator siri ini,Srikandi yang merupakan pelajar dan juga pensyarah sambilan di sebuah universiti tempatan.Masih muda dan memiliki stamina yang luarbiasa dalam mempertahankan sejarah Melayu,beliau banyak menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan mini milik keluarganya jika tidak ke kuliah.Di dalam perpustakaan mini inilah beliau banyak menemui kenyataan yang mengejutkan tentang dinasti-dinasti purba Melayu pada masa silam.

Temubual ini banyak berkisar tentang persoalan ATBM v3.5 semenjak dilancarkan Disember tahun lalu di MistisFiles.Kami juga menimbulkan beberapa soalan provokasi tentang pemikiran dan fikrah Srikandi dalam bidang sejarah.Menariknya,dalam temubual kali ini,Srikandi mengambil kesempatan memohon maaf.Untuk apa?Ini dan banyak lagi di dalam temubual antara paling kontroversi di MistisFiles.

Berlatarbelakangkan banjaran Titiwangsa yang mengasyikkan,kami bawakan khas kepada anda Temubual Bersama Srikandi.Hayatilah sejarah anda sebelum anda disejarahkan.





-M.O















S:MistisFiles      J:Srikandi





S:Boleh kita mulakan?

J:Dengan penuh rasa besar hati...

S:Ramai yang tidak berpuas hati mengapa Cik Seri tidak banyak mengupas tentang Raja Matahari.Saudari ada menyentuh tentangnya dalam "The Chronicles of Matahari" namun persoalan tentangnya terhenti begitu saja.Boleh beri ulasan?

J:Belum sampai masanya.Persoalan The King of Matahari adalah amat kompleks dan kita hanya tahu mengenainya berdasarkan cerita yang dipahat dalam tulisan hiroglif Mesir Purba tembok dan dinding makam.Di dalam A Phoenician Alphabet On Sumatra,Schroeder telah menemui kaitan skrip-skrip di Sumatera seperti Batak dan Rejang yang mempunyai kaitan dengan skrip Phoenicia.Pada tahun 1961,Universiti Kebangsaan Australia telah menghantar seorang ahli antropologi ke Sumatera.Pakar antropologi itu,M.A Jaspen telah menghabiskan beberapa tahun di antara masyarakat Rejang Sumatera untuk mempelajari bahasa dan mengumpulkan cerita rakyat dan kosakata bahasa Melayu Rejang.Pada ketika itu (1961) masih ada penduduk di sana yang menggunakan skrip Rejang (seperti hari ini,masih ada orang menggunakan skrip Jawi) terutamanya orang tua-tua dan pedalaman.Beliau telah menterjemahkan skrip ini dari tulisan-tulisan pada buluh dan batang kayu dan mengkompilasikannya di dalam buku yang bertajuk Rejang Ka Ga Nga Text yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Australia.Kulit buku tersebut tercetak karakter-karakter Rencong yang ada persamaan dengan huruf Phoenicia.

Charles Jones telah menggabungkan kerja-kerja M.A Jaspen dan Professor P. Voorhoeve mengenai cerita rakyat Melayu di Sumatera dan skrip mereka dan mendapati bukan sahaja Phoenicia malah satu tamadun lain yang juga muncul dalam budaya mereka.Ini adalah Mesir Purba yang juga memiliki beberapa persamaan dalam perkataan Bahasa Melayu.Salah satu perkara yang memeningkan beliau ialah perkataan 'Matahari' adalah sepadan dengan transliterasi perkataan 'Maatheru'.Sejak Heru (Horus) adalah salah satu dewa utama Mesir Purba,maka sudah tepat mengapa Punt digelar 'Tanah Para Dewa'.Heru adalah 'Sun-God' dan ini punya kaitan yang teramat rapat dengan 'Matahari'.

Kajian telah dijalankan di Luxor dan di sana mereka menemui koleksi tulisan tentang Horus,sebelum dia menjadi raja dan mendapat kuasa sebagai dewa.Legenda itu menyebutkan tentang sebuah kepulauan yang berada 'di bawah bayangan matahari' sepanjang masa.

S:Ini sesuatu yang menarik.Siapakah Horus sebelum berkuasa menjadi raja?

J:Itulah yang saya beritahu ada tentangnya.Kita sebenarnya mempunyai hubungan dengan Mesir Purba pada masa silam.Siapakah Horus?Namanya dalam bahasa Mesir Purba ialah Heru (Horus ialah sebutan Greek) dan dalam legenda raja ini,dia telah berjaya mengalahkan musuh-musuhnya dalam satu peperangan,kemudian dia mendapat kuasa penyembuhan dari kesakitan yang dialaminya.

S: ...dan kepulauan yang berada 'di bawah bayangan matahari' sepanjang masa?

J:Saya tinggalkan jawapannya kepada anda.

S:Apakah kaitan Raja Matahari dan Raja Perahu?Yang mana muncul dahulu?

J:Raja Matahari wujud beratus-ratus tahun sebelum kemunculan Raja Perahu.Raja Perahu menerima delegasi dari Hatshepsut kira-kira 2000 tahun Sebelum Masehi yang silam,dan kunjungan Hatshepsut itu dilihat bagaikan 'pay homage' kepada tanah nenek moyang.Ini berpunca dari raja-raja terawal dinasti Mesir Purba yang kemudiannya menjadi legenda dan disembah sebagai dewa.

S:Raja-raja Mesir Purba berasal dari kelompok Austronesia?

J:Ada rahsia tertentu di sana yang mengungkapkan cara hidup pemerintah yang berlainan dari rakyat biasa.Juga bahasa dan kepercayaan.Saya tidak boleh menghuraikan lebih lanjut di sini.

S:Boleh terangkan sedikit tentang bahasa?

J:Kajian Charles Jones mendapati persamaan yang amat ketara dalam bahasa Mesir Purba dengan bahasa Melayu.Perkataan 'mata' (eye) menjadi 'maat' begitu juga 'hawa' (breath) menjadi 'haw'.Perkataan-perkataan ini adalah asli bahasa Melayu dan bukan cedukan dari Sanskrit.Charles Jones telah menyenaraikan lebih 50 perkataan bahasa Melayu yang punya kaitan dengan bahasa Mesir Purba.Apa yang boleh saya simpulkan di sini kemungkinan besar apa yang terjadi di Mesir Purba pada masa dahulu sama seperti yang berlaku di Madagaskar di mana golongan pemerintahnya iaitu dari bangsa Merina adalah berlainan bahasa dan cara hidup berbanding suku-suku Afrika yang lain.Kita tahu bahawa Merina berasal dari Malayu-Polinesia.Rumah tradisional mereka menyerupai rumah orang Melayu terutama salah satu makam diraja Merina yang menyerupai rumah orang Minang di Padang.

S:Saya masih tidak puas hati dengan perkataan 'Matahari'.Cuba jelaskan lagi rahsia di sebaliknya.Apakah kaitan dengan Horus atau Heru?

J:Matahari bermaksud 'sun' dalam Bahasa Inggeris.Menariknya perkataan ini mempunyai sub-perkataan iaitu 'mata' yang mempunyai erti 'eye'.'Hari' pula bermaksud 'day'.Jadi jika kita ambil pendekatan ini,ia bermaksud 'mata kepada hari'.

Menariknya di dalam koleksi hiroglif yang dijumpai di makam-makam firaun dan kemudiannya dikumpulkan menjadi naskah The Egyptian Book of Dead,ditemui konsep 'maatheru'.'Maatheru' bermaksud 'Eye of Horus'.Sejak diketahui Horus adalah 'Sun-God' maka kita mempunyai persoalan yang misteri tentang 'matahari'.Adakah 'hari' benar-benar bermaksud 'day' atau ada maksud lain?Namun saya telah dapat akses kepada beberapa spesimen terbaru dan tidak diterbitkan kepada umum tentang kehidupan Horus sebelum menjadi raja.Dr. Zahi Awass adalah antara mereka yang terawal akses kepada spesimen ini dan di sana terdapat perdebatan hangat tentang asal-usul Horus.

S:Beritahu sedikit tentang kehidupan Horus sebelum menjadi raja.

J:Saya hanya boleh beritahu sedikit daripadanya...

S:Mengapa?Beritahu kesemuanya.Sudah tentu peminat-peminat anda dan pembaca setia MistisFiles di luar sana ingin tahu.

J:No,this is top secret.I was instructed not to talk too much about this topic.

S:Who instructed you?

J:A guy from Kementerian.Shortly after I arrived in Malaysia for my studies at Phnom Penh,this guy...


(Perbualan seterusnya dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu)


J: ....relate to what I got from United Nation's Theosophy.They have been write about the master race and their civilization.Saya telah beritahu anda tentang ini lama dahulu.Kini kajian antropologi dan arkeologi telah menumpu di Asia Tenggara,dan penemuan demi penemuan yang menghairankan tentang peradaban di sini yang lebih tua dari yang didapati di Mesopotamia.Ban Chiang di Thailand contohnya adalah antara bukti yang ditemui.Pada masa yang sama,penemuan demi penemuan dijangka akan di dapati dari tapak arkeologi Sungai Batu dan di Lembah Bujang keseluruhannya.Ini baru usaha 'pemalas' yang hanya bertumpu di Lembah Bujang yang sebelumnya diusahakan oleh orang lain.Jika semua usaha 'pemalas' ini meneroka hutan rimba di Pahang dan pedalaman Perak sebagai contoh,saya pasti mereka akan berjumpa dengan pelbagai peradaban silam yang menakjubkan.

S:(Penyoal mula memprovokasi) Apa yang ada di sini,selain batu-batu retak dan runtuhan candi yang tidak menarik?Malaysia penuh dengan hutan rimba,pacat dan lintah-lintah.

J:Anda salah.

(Srikandi merenung dengan pandangan yang penuh misteri)

Sebenarnya pakar sejarah dan arkeologi lebih terkesan dengan tapak-tapak arkeologi yang mampu mengungkapkan tamadun pra-sejarah.Monumen-monumen batu yang megah dan kota-kota purba hanya untuk industri pelancongan dan menarik minat orang ramai sahaja.Tetapi lebih menakjubkan jika kita dapat menjumpai tamadun nenek moyang orang yang membina monumen-monumen megah tadi.Ya,saya setuju jika tamadun pra-sejarah itu masih mampu mengekalkan sebahagian monumennya itu sudah tentu ia seribu lebih baik dari Angkor Wat atau Piramid Giza.Tetapi kita semua maklum peredaran masa yang begitu panjang menghauskan monumen-monumen mereka.

Puing-puing pra-sejarah sebenarnya lebih berharga dari Colosseum atau Tembok Besar China.Itu dari segi pemahaman ahli arkeologi.Sebab dari sini kita tahu pergerakan awal manusia dan membantu menerangkan asal-usul manusia.Anda tahu,di Jepun masih diperdebatkan asal-usul bangsa Jepun,adakah dari rumpun Austronesia atau Sino-Tibetan.Kiyomizu-dera atau Himeji Castle tidak mampu menjawab persoalan ini walaupun dibina begitu megah.Tetapi di sana ada kelompok sarjana yang berpagang bahawa asal-usul pribumi Jepun adalah suku-suku Austronesia.

Signifikannya ialah,cuba kita bayangkan,walaupun Malaysia tidak memiliki binaan-binaan atau monumen megah yang besar dan kukuh,tanahair kita ini penuh dengan tapak-tapak arkeologi pra-sejarah yang mengagumkan,tersembunyi dan terahsia dari masyarakat dunia.Tanahair kita ini adalah transit pergerakan manusia sejak zaman-berzaman.Malaysia kaya dengan semua ini namun apa yang menyedihkan,tenaga manusia dalam bidang berkaitan amat sedikit.Yang ada pun bermalas-malasan makan gaji buta sahaja.Saya tidak kata semua,tetapi kita boleh agak dari hasilnya yang kita dapati pada hari ini.

S:Saya masih tidak nampak kepentingannya.Ramai orang masih bermegah-megah dengan Tembok Besar China dan Piramid Giza.

J:(Sambil tersenyum hambar) Dari mana mereka mendakwa bahawa terdapat tamadun tertua Mesopotamia di lembah antara Furat dan Tigris?Adakah anda nampak piramid besar atau ziggurat di sana?Atau anda nampak Tembok Besar di sana?Tetapi kita tahu bahawa Sumeria cukup popular sebagai rujukan kepada tamadun tertua manusia.Sarjana tidak merujuk kepada Tamadun China atau Mesir Purba.BERCAKAP TENTANG SEJARAH,KITA BERSAING DARI SEGI USIA.Bukan bangunan-bangunan batu.Kita tidak menemui kota purba yang penuh dengan bangunan-bangunan berukiran di Sungai Batu,tetapi sebuah pisau pemotong yang dijumpai di sana cukup untuk membuktikan bahawa tamadun di sana adalah yang tertua di Asia Tenggara.Penemuan loji-loji yang menunjukkan industri pemprosesan besi telah ada di Lembah Bujang seawal kurun pertama Masehi adalah sesuatu yang 'rare' dalam koleksi penemuan tamadun dunia.Jangan terkejut,kini para sejarahwan telah beralih ke Asia Tenggara sebagai salah satu pusat permulaan tamadun manusia.Dahulu khalayak akademik sudah menjumpai beberapa bukti bahawa kesan-kesan tamadun di Asia Tenggara adalah lebih tua usianya dari Tamadun Yantze-Kiang di China.Kemudian kita menemui kesimpulan bahawa tamadun di China mengadaptasi teknologi dari Asia Tenggara.

Cuba bayangkan,apabila bercakap tentang asal-usul tamadun manusia,semua jari akan menuding ke Malaysia.Ketika ini Piramid Giza,Tembok Besar China apatah lagi Menara Eiffel bagaikan habuk-habuk di kaki lima.

S:Mengagumkan!Baru saya sedar kepentingannya.Sejarah amat penting untuk meningkatkan prestij sesuatu bangsa atau negara.Tidak hairanlah negara-negara luar sanggup menghabiskan berjuta dolar untuk mengkaji dan menggali kembali sejarah negara mereka.

J:Bukan sahaja berjuta dolar untuk menggali sejarah malah BERJUTA DOLAR UNTUK MENCIPTA SEJARAH.

S:Bagaimana itu?

J:Sejarah yang direka-reka.Contoh yang terbaik ialah apa yang diusahakan oleh Thailand.Kita tahu bahawa sejarah bangsa Thai di Asia Tenggara hanya bermula pada abad ke-11 Masehi.Kemudian mereka mendapat identiti melalui cedukan dari Khmer dan Melayu Segenting Kra.Jika anda mahu melihat kebudayaan asal Thai anda boleh melihat suku Shan,Hmong atau Zhuang di China.Mereka adalah suku Tai yang tidak berhijrah ke Indochina semasa peperangan atau tekanan dari emperium China dan Monggol.Kini Thailand mencipta pelbagai medium sejarah yang direka-reka dari membina sendiri Batu Bersurat Ramakhamheang sehinggalah menerbitkan filem-filem propaganda sejarah.Replika Angkor Wat diletakkan di kawasan Grand Place di Bangkok dan jangan terkejut jika mereka mendakwa Angkor Wat sebenarnya dibina oleh orang Thai dengan orang Khmer dijadikan hamba abdi mengangkut batu-batu gunung.Sudah tentu orang Khmer teramat marah apabila mendengar tentang ini.Dan yang kita tidak sedari selama ini ialah China.Saya sudah beritahu anda sebelum ini,bahawa tamadun pra-sejarah kini adalah teramat penting lebih penting dari Tembok Besar China,maka kerajaan Komunis China berusaha mengupah pelbagai pakar seni dan sejarah untuk mencipta kesan-kesan tamadun terawal manusia di China.Kita sudah maklum tentang percubaan Filipina untuk mencipta kaum Tasaday yang dikatakan masih mengamalkan hidup primitif tanpa sebarang pengaruh moden sejak beribu-ribu tahun.Akhirnya percubaan Filipina itu gagal apabila salah seorang penyelidik terserempak dengan salah seorang lelaki dari kaum Tasaday tadi di tengah bandar dengan memakai t-shirt!

Semua ini untuk mendapatkan pengiktirafan dunia bahawa merekalah kaum terawal bertamadun di dunia.Sebab itu kini mereka ingin merampas Malaysia dari tangan orang-orang Melayu;selain dari kedudukannya yang strategik di laluan perdagangan antarabangsa dan hasil bumi yang melimpah ruah,adalah kekayaan bukti-bukti pra-sejarahnya yang masih belum digali.Namun kita tahu bahawa beberapa sarjana mengingatkan dunia tentang rahsia kita yang belum disingkap.Antaranya ialah Oppeinhemer dan Aryso Santos.Itu yang mendapat hebahan media.Saya telah membaca berpuluh-puluh artikel tentang kaitan Austronesia dengan petunjuk-petunjuk mengenai Atlantis dan Lemuria.Apatah lagi yang ditulis oleh kelompok-kelompok New Age Religion yang menuding jari ke arah kawasan Malaysia-Indonesia sebagai asal-usul 'master race' dari 'Mu' yang dikatakan benua tempat tinggal 'gods'.

S:Sangat mengujakan!Saya perasan semacam ada perkaitan dengan Punt sebagai 'The Land of Gods',bukankah begitu Cik Seri?

J:Semua ini adalah sebahagian dari epik yang ditemui di satu lokasi di Luxor dan Lembah Raja-raja.Dan kita tahu bahawa agama Kabbalah berasal dari mistik agama misteri Mesir Purba.'Maatheru' adalah sembahan kaum Kabbalis dan kultus-kultus gelap Yahudi.Secara tidak langsung,mereka menyembah 'Matahari',nama seorang raja dari 'kepulauan di bawah bayang mentari'.'Maat' adalah salah satu 'chant' atau seruan suci dalam satu ritual Kabbalah.

S:Di sini saya semakin keliru dengan apa yang Cik Seri cuba sampaikan.Apakah motif anda berkata demikian?

J:Saya terpaksa mempelajari sebahagian ritual Kabbalah,Mormon dan kultus sihir Merovingian untuk menggali dari mana asal-usul kepercayaan tentang 'Eye of Horus' ini.Ya,sudah pasti dari Mesir Purba namun saya cuba mengkaji kemungkinan dari sumber lain.Oklah,apa yang sebenarnya saya cuba maksudkan bahawa,tradisi kepercayaan sesuatu kelompok biasanya didasarkan kepada satu warisan turun-temurun yang cukup lama.Ini lebih berharga dari sekadar epik atau kesusasteraan,kerana tradisi turun-temurun ini berubah menjadi satu kepercayaan agama.Seperti yang kita tahu,Horus adalah salah satu dewa yang tertua dalam kepercayaan Mesir Purba.

Katakuncinya ialah tradisi turun-temurun.Siapakah Matahari?

S:Ya,siapakah Matahari??

J:Perhatikan bagaimana kaum-kaum Austronesia menggunakan panduan bintang-bintang di langit semasa pelayaran di waktu malam.Bangsa Melayu sebenarnya adalah pakar dalam astronomi pada masa silam.Bangsa yang pakar dalam astronomi adalah mereka yang terlibat dalam pelayaran.Siapakah yang membina Stonehenge?Suku Celtic atau Druid kata 'pop culture' namun saya setuju dengan pendapat tentang bangsa Norsemen.Sejak pakar menemui bahawa Stonehenge dibina berdasarkan perubahan musim dan pergerakan jasad di langit,maka kita sudah mampu mencantumkan sedikit misteri di sini.Anda tentu sudah tahu tentang bangsa Viking yang menjadi asas bangsa-bangsa Eropah.Kaji sejarah Eropah dan anda akan jumpa betapa Norsemen dan Viking selalu menyerang suku Celtic dan Germanic di pesisir pantai Eropah.Mereka membawa pengetahuan astronomi mereka dan seni pembuatan kapal kepada suku darat Eropah.

Beginilah bangsa Melayu menyebarkan gagasan Austronesianya kepada rantau Asia-Pasifik.

Satu lagi fakta menarik,Angkor Wat yang dibina oleh Suryavarman II yang merupakan saudara mara kerabat Sriwijaya di Kemboja adalah dibina berdasarkan kedudukan bintang-bintang,sama seperti Piramid Mesir.

S:Saya semakin kurang jelas terhadap sejarah bangsa Melayu.Sampai di sini saya merasakan seolah-olah apa yang saya pelajari di sekolah dahulu hanya 1 peratus dari semua bahan-bahan yang ditampilkan oleh Cik Seri?

J:(Srikandi tersenyum) Sebabnya sejarah bangsa Melayu kebanyakannya ditulis oleh raja dan kerabat diraja.Apabila berlaku peperangan,sebahagian besar khazanah ini musnah atau hilang.Rakyat marhaen biasanya tidak menyimpan bahan-bahan kesusasteraan ini.Mereka sebagai contoh,para petani hanya menumpukan soal kehidupan mereka sahaja.Golongan terpelajar biasanya bekerja di istana dan kadangkala menjadi kerabat diraja.Pemuda yang pandai bersajak atau pujangga akan cepat-cepat dilamar oleh raja untuk menjadi penghibur atau pengarang.Gadis jelita yang pandai menari biasanya cepat-cepat dilamar raja untuk dijadikan dayang atau penari istana.Jadi kesenian dan kesusasteraan hanya berlegar-legar di istana.Apabila berlaku peperangan,maka hanya sebahagian hasil kesusasteraan ini sahaja yang mampu diselamatkan.Contohnya Hikayat Merong Mahawangsa dari tentera-tentera Thai dan bahan-bahan sastera sejarah yang kemudiannya dijilidkan menjadi Sulalatus Salatin dari pencerobohan Portugis.

S:Jika begitu bagaimana saudari tahu sisi gelap yang tidak mampu diketahui sejarah Melayu kontemporari kini yang mengagung-agungkan sejarah Melaka sahaja?Bagaimana saudari tahu dinasti raja-raja Melayu yang langsung tidak pernah saya dan ayah saya apatah lagi anak mahupun cucu saya dengar sepanjang hidup kami?

(Srikandi menghela nafas panjang sambil melemparkan pandangannya ke arah puncak gunung)


J:Dari mana?Dari khazanah raja-raja Melayu yang disimpan oleh pelbagai bangsa seluruh dunia.Sebagai contoh,salasilah 'Maulimalaraja' disimpan oleh arkib Kemboja.Saya juga menyimpan salasilah dinasti Sriwijayamala sebelum Dapunta Hiyang Jayanasa.Anda tahu dari mana saya mendapatinya?

S:Dari mana?

J:Seorang sami tua di sebuah wat Buddha di Ranong,Thailand.Salasilah itu ditulis dalam bentuk puisi dalam skrip Khmer Kuno dan dibaca sebagai satu mantera.Sami itu menyimpannya sejak turun-temurun dari warisan keturunannya.Sebab itu saya katakan,menjejak sejarah Melayu amat sukar dan mencabar.Saya bagaikan Lara Croft dalam permainan Tomb Raider apabila ke Indochina tahun lepas menjejak dinasti-dinasti purba Melayu (Srikandi ketawa sehingga menampakkan barisan putih giginya)

S:Saya faham sekarang bahawa raja-raja Melayu adalah kunci kepada semua teka-teki bangsa Melayu.Merekalah yang menyimpan rahsia bangsa Melayu.Bolehkan Cik Seri berikan ulasan lanjut tentang gelaran Maulimalaraja?Di dalam artikel 'Mahidhara Court & Ketomala Dynasty' ada menyebutkan pelbagai raja Indochina termasuk raja Champamemakai gelaran ini,apa rahsianya?

J:Maulimalaraja adalah gelaran yang bermaksud 'mahkota raja-raja Mala'.Ia dipakai seawal empayar Jawaka lagi (empayar sebelum Srivijaya-editor) dan menjadi 'cult' dalam tradisi kerajaan-kerajaan di Indochina yang pernah berada di bawah pemerintahan Funan,Chenla ataupun Angkor.Namun ada sedikit perbezaan sebenarnya dalam gelaran yang dipakai oleh raja Lao.Beliau memakai gelaran 'mahkota orang-orang Mala'.Dalam istilah hari ini,'mahkota raja-raja Melayu' dan 'mahkota orang-orang Melayu'.Entiti 'Mala' dan 'Malayu' adalah berkait rapat dalam tradisi Khmer.Ini menunjukkan beribu-ribu tahun dahulu,raja-raja Melayu begitu popular di Indochina.Gelaran-gelaran mereka menjadi begitu prestij sehinggakan raja Lao membubuhkan gelaran ini untuk mengukuhkan kiriman mesej beliau kepada raja Kemboja.Raja Lao sedar bahawa orang Mala adalah kaum tertua di Indochina dan mempunyai prestij sebagai 'ruling-class' yang terunggul.Beliau juga sedar hubungan Malayu dengan kerabat diraja Khmer.Jadi untuk membuatkan raja Kemboja terkesan dengan mesej darinya,amat perlu membubuhkan nama 'mahkota orang-orang Malayu' itu.

S:Mengapa terjadi begitu sekali?Maksud saya dari mana raja Lao belajar tentang gelaran diraja ini?

J:Orang Lao adalah etnik Tai yang pertama sekali sampai ke lembah Mekong,jauh sebelum ketibaan orang Thai.Ketika mereka sampai ke Indochina,mereka bertemu dengan kerajaan-kerajaan Melayu purba yang disebut sebagai 'Malayang' dalam teks-teks kuno Khmer juga terpahat pada batu bersurat mereka.Saya berpandangan bahawa orang Lao ketika itu tahu untuk 'pay respect' kepada kedaulatan raja-raja Melayu,sebagai pemilik asal Indochina.

S:Sungguh misteri sejarah kerajaan Melayu di Indochina pada masa dahulu,bagaimana dengan persoalan Sri Dharmaraja?Dalam artikel 'Maulimalaraja & Sri Dharmaraja' ada disebutkan 12 wilayah 'Naksat Pi'.Dari mana datangnya simbol-simbol haiwan ini?

J:Pada masa silam,rakyat Kedah Tua menggunakan satu takwim untuk meramalkan ketibaan musim menuai padi.Mereka menggunakan simbol-simbol haiwan untuk menamakan bulan-bulan,tidak ubah seperti tradisi orang Cina.Takwim ini amat popular sehingga kepada suku-suku Mon dan Tai yang datang kemudian.Kemudian orang Mon menamakan bulan-bulan ini dalam takwim itu mengikut bahasa mereka.Kita dapat mengesannya kerana wujud perkataan 'Merong' itu.'Merong' bermaksud naga.Pernah dengar Hikayat Merong Mahawangsa?Apabila kerajaan Kedah Tua runtuh,dan orang Melayu mengalami peralihan ke zaman klasik dan beramai-ramai memeluk Islam,pengarang mereka ketika itu mengumpulkan kembali kesusasteraan purba mereka.Yang masih menyimpannya ialah orang-orang Mon atau orang Melayu yang masih berketurunan Mon yang mengingati cerita tersebut.Maka terbitlah Hikayat Merong Mahawangsa dalam tulisan Jawi dan berbahasa Melayu Klasik,namun mengekalkan nama 'Merong' yang bermaksud naga dalam bahasa Mon.Orang Thai tidak menyebut naga sebagai 'merong',mereka menyebutnya 'mangkorn/mang-gon'.

S:Siapakah sebenarnya di sebalik Sri Dharmaraja?Adakah orang-orang Mon?

J:Sudah tentu salah.Raja-raja Sri Dharmaraja berketurunan Melayu dan mereka ada hubungan dengan kerabat diraja Angkor.Kerajaan orang Mon ialah Dvaravati,Haripunjaya,Lavo dan Thaton sekadar menyebutkan beberapa nama.Sri Dharmaraja ialah nama baru kepada Tambralingga,sebuah kerajaan city-states Melayu purba yang sezaman dengan Gangga Negara,Kedah Tua dan Langkasuka.Ketika raja Chandrabhanu menyerang Sri Lanka,riwayat Sri Lanka,Mahavamsa mengenalnya sebagai 'The king of Jawaka from Tambralingga'.Jawaka merujuk kepada orang-orang berketurunan Austronesia di kawasan Malaysia-Indonesia kini,bukan Mon.Dan kita tahu bahawa orang Mon bukan 'seafarers nation'.Mereka adalah kaum agraria.Mereka tidak akan mampu menghantar armada ke tengah-tengah lautan ganas.

S:Bagaimana dengan dakwaan Blogsejarahnagarakedah tentang Merong dan kerajaan Siam Islam?Ada ulasan?

J:Saya sudah bosan dengan mereka sebenarnya kini.Kelompok manusia yang tiada identiti dan tercari-cari identiti.Sungguh menyedihkan,bahawa mengingatkan orang Thai telah berjaya mengukuhkan identiti mereka dengan merompak identiti Melayu Ligor dan Khmer pada masa silam,tiba-tiba mereka ini pula yang sebahagiannya berketurunan Sultan Ligor tercari-tercari identiti mereka kembali dengan mengemis sejarah orang Mon,Thai dan semestinya Melayu.Tambah menyedihkan,ada bahagian-bahagian dari dakwaan mereka itu yang mengaku berasal dari Cina.

Ada sebahagian dari mereka sememangnya berketurunan Sultan Ligor.Ada sebahagian dari mereka adalah berketurunan orang Mon dan Thai yang menjadi hamba pengikut Sultan Ligor tadi.Yang berlebih-lebihan sekarang,memakihamun dan mereka-reka cerita karut adalah yang berketurunan orang Mon atau Thai yang menjadi hamba sahaya Sultan Ligor Syariff Abu Bakar Syah,yang mengikut keluarga Sultan yang lari dari penguasaan dinasti baru Chakri selepas runtuhnya Ayutthaya.

Saya ingin berpesan kepada mereka yang berdarah raja tulen dari raja Melayu Sri Dharmaraja (Ligor),jangan terperangkap dengan permainan mereka yang bukan berdarah raja.Mereka mahu gunakan nama Sultan Ligor sebagai cara untuk merompak sejarah Melayu dan kalau boleh memerintah Malaysia menggunakan nama Sultan Ligor.Sungguh aneh sikap tamak dan materialistik mereka.

S:Saya mendapati Sri Dharmaraja ini adalah 'key' kepada banyak kejadian di Indochina,contohnya serangan seorang raja bernama Sujita ke atas kerajaan orang Mon di Lavo merupakan raja Melayu dari Sri Dharmaraja.

J:Ya,saya telah menerangkannya di dalam 'Petunjuk Tersembunyi Di dalam Chiang Mai Chronicles' bahawa ada tertulis dalam Jinakalamali,teks berbahasa Pali yang mengandungi riwayat orang Mon,mengenai dua orang raja,Atrasataka dari Haripunjaya dan Ucchittachakravatti dari Lavo.Kedua-duanya raja Mon.Apabila mereka siap sedia untuk berperang,tiba-tiba datang berita bahawa satu angkatan tentera yang besar tiba dari selatan,tepatnya dari Sri Dharmaraja.Itu adalah Sujita,yang dikenal oleh orang Mon sebagai 'Malaraja'.Kedua raja Mon itu melarikan diri ke utara.Lavopuri kemudiannya menjadi milik Sujita.Lavopuri adalah nama lama bagi Lopburi;melalui lidah orang Thai,kini terletak di Thailand.Perhatikan pada peta Thailand,Lopburi jauh terletak di tengah Thailand.Sebab itu saya tidak hairan dengan kerajaan Melayu Champa yang berkedudukan di pantai timur Indochina,sebab pada masa silam,raja Melayu dari Segenting Kra boleh menyerang kerajaan Mon di tengah Thailand sesuka hati.

S:Bagaimana dengan dua dinasti ini,Sriwijayamala dan Sailendra?Benarkah keluarga Sailendra yang menubuhkan kerajaan Medang atau Mataram Kuno di Jawa?Jika Sailendra menubuhkan kerajaan di Jawa dan dikatakan membawa kebudayaan Melayu ke pulau itu,bagaimana dengan Sriwijayamala?Dapunta Hiyang Jayanasa datang dari Sriwijayamala,bukankah begitu?

J:Tiada bantahan tentang kerajaan Medang.Semuanya telah disahkan kerana kewujudan prasasti-prasasti di Indonesia.Mujur keluarga Sailendra menuliskan prasasti dalam bahasa mereka,Melayu Kuno,kerana nama dinasti mereka begitu besar sehingga membayangi Funan dan sejauh India.Jika tidak sudah tentu pelbagai bangsa yang tidak ada kena mengena dengan keluarga pemerintah Asia Tenggara ini akan menuntut nama keluarga ini berasal dari bangsa mereka.Balaputradewa,seorang raja Sailendra mengarahkan para pekerja di Universiti Nalanda mengukirkan namanya dan nama dinastinya pada plat tembaga dengan mohor khas Universiti Nalanda,kemudian dipamerkan di universiti purba itu sebagai memorial.Sudah tentu ini menimbulkan sensasi kerana tiada seorang raja India pun yang mampu memahatkan prasasti di Asia Tenggara,kecuali para pedagang sebagaimana Prasasti Buddhagupta,itupun kerana pemahatnya bersyukur kerana selamat dalam perjalanannya.Sriwijayamala adalah dinasti purba yang berasal dari pantai timur Malaysia.Di sini kita lihat hubungan Patani dengan Kelantan.Di sebelah pantai barat Malaysia pula ialah dinasti Mahawangsa dari Kedah Tua dan Langkasuka.Kedua-duanya memiliki sejarah raja-raja yang panjang dan tua.Yup,Jayanasa ialah Melayu Semenanjung.

S:Saya sudah nampak kepentingan semua prasasti-prasasti itu.Ia adalah bukti konkrit kewujudan dinasti-dinasti Melayu ini sebagai 'ruling class' Asia Tenggara.Apakah lagi signifikannya semua prasasti atau batu bersurat ini dalam membuktikan sejarah Melayu?

J:Prasasti-prasasti ini menunjukkan tamadun dan prestij.Nama-nama dinasti pemerintah Asia Tenggara memahatkan prasasti dalam bahasa Melayu Kuno menunjukkan ketamadunan Melayu itu sendiri berada pada tahap yang disegani.Sailendra dan Srivijaya adalah dua nama yang harum ke seluruh dunia,dihormati oleh kawan dan lawan.Jika raja Srivijaya itu orang Bugis contohnya,sudah tentu beliau akan memahatkan batu bersurat dalam bahasanya atau separuh Sanskrit,separuh Bugis.Tetapi tiada prasasti Srivijaya setakat ini dalam bahasa Bugis atau Bugis campur-campur Sanskrit.Apatah lagi dalam bahasa lain seperti Siam Kedah mahupun Tausug,sekadar menyebutkan contoh.Emperor-emperor maritim Srivijaya memahatkan bahasa Melayu pada prasasti!Ini sudah cukup membuktikan siapa sebenarnya Srivijaya dan carilah mana-mana ensiklopedia seluruh dunia,semuanya setuju bahawa empayar ini dikuasakan oleh orang Melayu.Sebab itu sekarang masih muncul kesultanan Melayu yang kuat dan berdaulat seperti Brunei dan gabungan negeri-negeri Melayu menjadi satu negara berdaulat bernama Malaysia.Sebab aura 'ruling class' Melayu itu masih kuat.Mereka adalah bangsa yang pernah menjadi 'ruling class' Asia Tenggara dan memang layak mereka bertahan atas nama satu negara dan masih mempunyai kerajaan pada hari ini.

S:Nampaknya ada orang tertentu yang masih tidak berpuas hati,mempersoalkan prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno ini.Apa pendapat Cik Seri?

J:(Srikandi ketawa kecil) Sudah tentulah orang itu tidak berpuas hati kerana realiti pahit yang terpaksa diterimanya.Para sarjana lingustik dan bahasa semuanya sepakat tentang bentuk bahasa Melayu Kuno,mengapa 'budak-budak hingusan' seperti dia boleh mempersoalkannya?Ini tidak relevan dan kita boleh abaikan dia.Contohnya dalam kes penguasaan atau 'realm' empayar Melayu ke atas Kepulauan Filipina,ada yang membantah.Bila saya ajukan bukti konkrit kepadanya,bukan bukti cakap-cakap mulut atau cerita-ceriti penglipurlara,wah...bukan main marah dia dengan realiti pahit yang sukar untuk diterima.

S:Apa bukti konkrit itu?

J:Laguna Copperplate Inscription.Ini adalah satu-satunya inskripsi tertua di Kepulauan Filipina sehingga ke Laut Sulu.Apa bahasa yang dipakai?Tausug,Bugis?Sudah tentu tidak.Bahasa dalam prasasti tembaga ini ditulis dalam bahasa Melayu Kuno sebagai bahasa utama atau teras,bercampur dengan istilah Jawa Kuno dan istilah-istilah lain yang dikenal sebagai Tagalog Kuno serta perkataan Sanskrit.Ahli linguistik tahu ia bahasa Melayu Kuno kerana menggunakan susunan tatabahasa Melayu.Nah!Inilah bukti konkrit 'realm' kerajaan Melayu setepatnya Kerajaan Medang yang dikuasai dinasti Melayu Sailendra di bawah 'maritime federation' yang diperintah oleh keluarga Sriwijaya.

Apabila saya ajukan bukti ini,orang yang marah tadi mempersoalkan bahasa Melayu Kuno yang tidak pernah didengarnya.Bukan sahaja dia,saya pun tidak menggunakan bentuk bahasa ini dalam kehidupan seharian saya tetapi saya dan para sarjana linguistik tahu ia ADALAH BAHASA MELAYU KUNO bukannya bahasa Jerman sebagai contoh.Saya pernah membaca jurnal seorang pegawai British di Seberang Perai yang terjumpa satu batu bertulisan seperti skrip Brahmi di sebuah sungai.Kemudian beliau mengupah beberapa orang sami dari Sri Lanka dan India untuk membaca tulisan itu.Malangnya tiada seorang dari mereka yang mampu membacanya walaupun pakar dalam bahasa Sanskrit,Pali dan Tamil.Mengapa?

SEBAB BATU BERSURAT ITU DITULIS DALAM TULISAN KAWI DAN DALAM BAHASA MELAYU KUNO!

Perhatikan kata-katanya:

"...our Brahman and Buddhist priests here are so stupid that I have not been able to derive any assistance from them,and although I can trace some of the letters,I think,to inscription published in the Journal of Asiatic Society of Bengal,I have not ventured to attempt the decyphering of them..."

(Srikandi membacakan satu catatan jurnal Asiatic Society of Bengal,isu Julai-Disember 1848)

Jika pegawai British itu mengatakan 'so stupid' kepada pakar-pakar Sanskrit bertaraf Brahmin yang gagal mendekodkan tulisan itu,maka saya juga mengatakan 'so dumb and stupid jerk' kepada 'budak hingusan' yang mempersoalkan bahasa Melayu Kuno tersebut.Jika pegawai British itu mengimport Poerbatjaraka
atau Slametmuljana untuk mendekodkan tulisan itu sudah tentu kemarahannya hilang kepada para Brahmin dan sami Buddha tersebut.

S:Saya dapati adakalanya saudari agak angkuh dan mengeluarkan kata-kata kasar ketika menjawab komen atau menulis artikel,terutama dalam laman Srikandi Berceloteh...

J:(Srikandi tersenyum) Saya hanya angkuh pada orang yang angkuh.Pada pembaca yang lain,saya layan dengan baik.Kita mesti tegas pada mereka yang cuba bersikap bodoh sombong dengan kenyataan sejarah Melayu.Kekurangan ilmu mereka bukan tiket untuk mereka berdegil dalam memijak-mijak realiti sejarah bangsa Melayu.Anda boleh semak bagaimana saya berdebat dengan 'nyamuk-nyamuk' ini.Mereka berdebat dengan bermodalkan kebodohan dan emosi,tetapi saya berdebat dengan hujah dan fakta-fakta.Akhirnya...seperti biasa,saya dimakihamun dan dikutuk dengan pelbagai gelaran yang jelek kerana berjaya mematahkan hujah mereka.Saya tidak marah malah saya semakin kuat dan bangga apabila membuktikan betapa mereka belum matang dan bersikap kebudak-budakan.

(Srikandi mencebikkan bibirnya)

S:Apakah isinya Laguna Copperplate itu?

J:Tentang pembebasan hutang emas ke atas seseorang bernama Namwaran.Berdasarkan ini kita tahu bahawa bahasa Melayu adalah antara bahasa elit Austronesia dan menjadi lingua franca pentadbiran dan perdagangan sejak awal kurun Masehi lagi.

S:Saya ingin menyentuh tentang penterjemah dari India yang diupah oleh pegawai British di Seberang Perai untuk menterjemahkan tulisan pada batu bersurat.Mengapa mereka gagal dan apa yang terjadi selanjutnya?

J:Sudah tentulah gagal,sayang...(Srikandi merenung sinis) sebab bahasanya tidak pernah diketahui oleh Brahmin dan sami Buddha itu walaupun tulisannya memakai tulisan Brahmi seperti Pallava.Sebab itu gagal,gagal dan gagal.ITULAH PERBEZAAN ANTARA BAHASA SANSKRIT DENGAN BAHASA MELAYU.Jemputlah sami besar Sanskrit sedunia sekalipun,dia akan terpinga-pinga membaca tulisan yang berbahasa Melayu Kuno.Ini samalah seperti saya paksa Orlando Bloom membaca akhbar Utusan.Saya akan persoalkan mengapa dia tidak boleh baca padahal tulisan akhbar itu pakai tulisan Roman sama dalam Bahasa Inggeris.Dia mungkin akan cuba menyebut namun sebutannya pelik dan dia sendiri tidak memahaminya.Itulah yang terjadi kepada para Brahmin itu.Itu pakar Sanskrit bertaraf Brahmin tau...bukan budak-budak sekolah yang perasan bagus.

Selanjutnya dalam jurnal itu...saya ringkaskan...pegawai British itu akhirnya berjaya mengetahui isi kandungan batu itu dan ternyata ia menggunakan huruf Kawi yang biasa digunakan dalam sastera Jawa Kuno dan untuk menulis prasasti-prasasti Melayu Kuno.

S:Saya ingin bertanya tentang...

J:Maafkan saya,masa tidak mengizinkan saya untuk terus ditemubual,harap boleh disingkatkan...(Srikandi memotong)

S:Oh ya,saya sebenarnya ingin bertanya lebih lagi namun masa tidak mengizinkan...sebelum saya lupa,saudari sebenarnya belum menjawab soalan saya tentang  kehidupan Horus sebelum menjadi raja.

J:Ya kah?(Srikandi ketawa mengekek) Melayu kan mudah lupa....

Tetapi saya janji hanya beritahu sedikitkan?Ok...ia berkaitan dengan Ra...satu lagi Sun-God.Ra inilah mula-mula digelar 'The Eye of day'.Ra ini adalah 'the Creator God' dan tahapnya sama seperti Zeus dalam mitologi Greek dan Brahman dalam agama Hindu.'Heru' sebenarnya berasal dari perkataan 'Hari' dan dari perkataan 'Matahari' dalam bahasa Melayu,Ra mendapat gelarannya.

S:Sekejap!Saya tidak faham.Bukankah saudari menjelaskan tadi bahawa kajian masih tidak pasti adakah'hari' benar-benar bermaksud 'day' atau ada maksud lain?Namun dari kenyataan baru ini saudari pasti bahawa 'Hari' bermaksud 'day' bukan satu nama?

J:Sebenarnya,saya sudah mencapai satu tahap kefahaman yang luas tentang siapakah Horus dan anda akan dapat rahsianya jika mengetahui gelaran yang dipakai oleh Ra.Ini samalah jika anda tahu asal-usul raja-raja Mesir selepas Hatshepsut,mula memakai gelaran 'Prao' (Firaun).Saya hanya beritahu anda dan yang di luar sana tidak sampai 10% dari apa yang diceritakan di dalam The Black Book of Scarab.Matahari....adalah satu gelaran sebenarnya.Ia memberikan prestij kepada raja-raja Mesir dan digunakan ke atas dewa-dewa.Seperti juga 'Perahu' yang disebut 'Prao' dalam hiroglif Mesir Purba.

Begitu juga dengan Maulimalaraja,yang dipakai oleh Bhavavarman I raja Chenla,Simha Jayavarman raja Champa,raja-raja Kemboja dan raja Lao.Anda nampak rahsia ini?

(Srikandi merenung aneh)

S:Gelaran...semuanya berbalik kepada gelaran...

J:Baca kembali ketika Horus mahu berperang dengan Set,apakah yang dilakukannya?Sebab itu saya katakan bahawa dinasti pemerintah awal Mesir Purba bukan pribumi asal Mesir.Mereka dari tempat lain.

S:Dari sini?

(Srikandi hanya tersenyum)

J:Siapakah yang memberikan gelaran 'Matahari' atau 'Maatheru' kepada Ra?

S:Ya,harap Cik Seri boleh beritahu,peminat di luar sana pasti tertunggu-tunggu jawapan ini.

(Srikandi hanya mendiamkan diri,sambil tersenyum dan membelek-belek jurnal-jurnal dihadapannya;hanya membiarkan penemuramah ternanti-nanti)

S:Baiklah jika saudari tidak mahu beritahu tidak mengapa.Ok,soalan terakhir.Selepas berakhirnya ATBM version 3.5,apakah rancangan saudari selepas ini?

J:Saya ingin berehat sebentar.Maksud saya untuk menulis bagi MistisFiles.Tambahan pula saya mahu sambung belajar.

S:Berapa lama berehat dari menulis untuk MistisFiles?

J:Mungkin 6 bulan atau setahun.

S:Di mana sambung belajar?Dalam bidang yang sama?

J:Tidak.Saya mahu mendalami bidang agama di utara tanah air.Saya merasakan akhir dari pencarian bangsa misteri ialah terletak kepada keistimewaan dalam agama Islam.Saya tertanya-tanya,mengapa Emperor Srivijaya mengutus surat kepada Muawiyah dan Umar Abdul Aziz semata-mata mahu mempelajari agama Islam.Rahsia bangsa Melayu disimpan oleh raja-rajanya.Saya mahu tahu,apakah isi 'tabut' yang disimpan oleh mereka sejak zaman-berzaman.

S:Tabut?Tabut apa? (penyoal mula memancing)

J:"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east"

(Srikandi membacakan petikan dari Genesis)

Juga saya tinggalkan apa yang didengar oleh Daniel Kaplan,ilmuwan dari Universiti Skovde:

"Some even say that Abraham had other children who went east and became the Brahmins, or the highest caste of Hindus and early priests of Buddhism"

S:Apa maksud semua ini sebenarnya?

J:Saya ingin tahu apakah 'gifts' itu.Dan apa yang difikirkan oleh raja-raja Melayu Nusantara apabila terdengar kelahiran seorang nabi terakhir di Tanah Arab.Saya mahu tahu apakah isi tabut rahsia yang diwarisi raja-raja Melayu zaman-berzaman,sehinggakan mereka menanti-nantikan nabi terakhir ini,dan mengajak bangsa Melayu memeluk Islam beramai-ramai secara drastik.

S:Ini sesuatu yang menarik?Boleh jelaskan lebih lanjut tentang tabut itu?

J:Saya kira anda sudah banyak kali bertanya selepas menyatakan "Ok,soalan terakhir"...(Srikandi tersenyum)

S:Baiklah...maafkan saya.Kata-kata terakhir,mungkin?

J:Di kesempatan ini saya ingin meminta maaf pada abang Anai-anai kerana ada di antara artikel saya agak provokatif.Saya positif kepada keturunan Nai selepas menemui sejarah raja-raja Ligor dari arkib Kemboja.Saya fikir,masalah sekarang adalah sedikit kekeliruan tentang apa yang berlaku kira-kira 200 tahun dahulu di Sri Dharmaraja.Tapi saya minta jangan celarukan sejarah bangsa Melayu dengan mengatakan Melayu adalah ciptaan British,sebab saya tahu anda masih berada dalam kekeliruan.Jika anda bukan berdarah kerabat raja Ligor dan dari keturunan Mon atau Thai yang menjadi rakyat Ligor,saya minta hentikan segala kecelaruan ini.Sejak raja-raja Ligor dirakamkan pada riwayat Khmer sebagai 'Malayu',saya tahu duduk letak perkara sebenarnya.Mungkin yang Melayunya sahaja ialah Sultan Syariff Syah dan kaum kerabatnya,manakala keturunan Siam Kedah kini hanya campuran keturunan Mon dan Thai.

Kepada anak-anak Melayu,berjuang seperti saya.Jangan takut.Kita mesti kuat.Sejarah anda telah siap dipahat oleh nenek moyang pada batu-batu bersurat dan prasasti-prasasti.Jangan rasa rendah diri.Bersemangatlah!Apa yang diketahui oleh saya sukar untuk digambarkan tentang masa lalu bangsa Melayu.Cuma saya ingin berpesan gigitlah agama Islam ini dengan gigi-gigi geraham anda sekuat-kuatnya,jangan terlepas.Kita berada di destinasi terakhir pencarian spiritual.




















Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XX









Lokasi:Topkapi Palace Museum,Turki
Masa:9.30 PM


Di dalam sebuah kitab usang di dalam arkib Istana Topkapi,terdapat halaman-halaman yang menceritakan sebuah kerajaan besar di Timur.Kitab itu bertajuk Ajā'ib al-makhlūqāt wa gharā'ib al-mawjūdāt karangan Abu Yahya Zakariya' ibn Muhammad al-Qazwini.Di dalam satu halaman tertulis nama Zabag,sebuah kerajaan yang menakjubkan di dunia Timur.Kerajaan ini mempunyai kekayaan emas yang banyak dan menguasai perdagangan rempah-ratus.Rajanya duduk di atas takhta yang diperbuat dari emas padu serta memakai mahkota yang juga diperbuat dari emas.

Di dalam sebuah arkib rahsia di The Vatican Library,terdapat sebuah surat yang ditulis oleh seorang raja besar dari Timur;yang digelar oleh raja-raja Eropah sebagai Prester John.Raja ini mendakwa telah memiliki 'tiga tanah India'.Tiga tanah India itu ialah dari Malabar ke Asia Tenggara,dari Malabar ke Sind dan pantai timur Afrika (termasuk Madagaskar).

Di sana ada satu bangsa yang terlupakan sejarah silam mereka yang penuh gilang-gemilang.Masyarakat Austronesia mengenang kegemilangan ini dengan menjadikan bahasa bangsa itu sebagai lingua-franca;bahasa pemersatuan,sebagaimana raja-raja mereka menyatukan kesemua pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara pada masa lalu.Walaupun bukti bertulis dan kukuh berselerak di seluruh dunia;batu bersurat,manuskrip dan rekod dari luar cuba menyakinkan anak-anak bangsa itu pada hari ini,namun disebabkan beberapa individu yang korup seperti pemimpin politik dan ahli sejarah yang pemalas...rahsia penting dari khazanah sejarah mereka semakin lama semakin hilang.





                  ********      XXX       *********






Di runtuhan sebuah kuil purba Khmer di satu lokasi di Thailand,kelihatan seorang sami sedang bertafakur di dalam satu ruangan.Mulutnya terkumat-kamit mengalunkan doa:

"Om Sriwichay..."

"Om Sriwichay....."



Beribu-ribu tahun dahulu terdapat seorang raja besar yang harum namanya dari Chiang Mai hingga ke Chaiya.Raja ini telah meninggalkan takhtanya dan menjadi seorang petapa;mencari erti hidup dan jalan mencapai kebebasan nafsu.Raja ini telah meninggalkan kerajaannya kepada anaknya,yang nantinya akan menjadi seorang pengasas kepada sebuah empayar maritim yang amat berkuasa di seluruh daratan dan air.Dari keturunannya inilah munculnya raja-raja di Bukit Seguntang dan sultan-sultan Melaka.

Persoalannya,siapakah sebenarnya 'Sriwichay'?















"The Srivijayan"

















"...Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan raja-raja Melayu dengan istia¬datnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; Syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya."



(Sulalatus Salatin,Malaysia)












Ketika raja-raja Viking,Anglo-Saxon,Normans dan lain-lainnya berperang sesama sendiri di Eropah selepas kemerosotan Empayar Rom,orang-orang Melayu telah berada di puncak;berjaya membina rangkaian perdagangan maritim antara China dan India.Tidak dinafikan bahawa kekuatan sebenar raja-raja Melayu ialah kebolehan semulajadi mereka dalam menjalankan perdagangan maritim;inilah kuasa sebenar yang ada pada mereka,bukan sepenuhnya kuasa tentera...mereka telah merintis ke arah kemajuan perdagangan di Asia Tenggara,menjadi emperium yang disegani lawan dan kawan.

Sehingga ke hari ini,kuasa 'perdagangan maritim' mereka itu masih berdaulat sehingga menimbulkan trauma kepada bekas perdana menteri Singapura yang bimbang gabungan Malaysia-Indonesia akan membina pelabuhan-pelabuhan yang akan meranapkan Singapura selama-lamanya.Kes Pelabuhan Tanjung Pelepas benar-benar mengajar nya betapa bangsa misteri ini belum mengeluarkan 'alter terahsia' mereka yang sebenar.Bagaimana dengan usia setahun jagung pelabuhan ini,tiba-tiba berjaya memindahkan operasi dua syarikat gergasi perkapalan dunia,Maersk dan Evegreen dari Pelabuhan Singapura ke sini?Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sememangnya dikurniakan Tuhan kepada mereka.Atas sebab inilah,selama beribu-ribu tahun,raja-raja Melayu telah menyimpan rahsia ini;bahawa jika mereka berjaya menguasai selat,mereka akan kaya-raya sebagaimana raja-raja di China dan India tanpa perlu bersusah-payah.Mengapa?Kerana selat itulah satu-satunya jalan laut terpantas yang menghubungkan kedua-dua benua kecil itu!

Maka raja-raja Melayu mengambil peranan sebagai orang tengah;menjaga tol rangkaian perdagangan antara Timur dan Barat.Ini benar-benar menjadi,dan mereka menjadi kaya-raya dengan sekelip mata!

Ini adalah kisah bagaimana seorang anak raja menggunakan rahsia ini;yang juga digunakan oleh Raja Matahari dan Raja Perahu dalam menguasai seluruh kepulauan Asia Tenggara pada masa silam.Ini adalah kisah satu dinasti diraja yang amat berpengaruh di semenanjung kemudian namanya harum di seluruh dunia.Keluarga diraja inilah yang menubuhkan sebuah empayar maritim yang amat terkenal di seluruh dunia.Di dalam petitih-petitih rakyat Kelantan dan utara semenanjung menyebutkan nama keluarga diraja ini sebagai,Sriwijayamala.




Sriwijayamala






 


Sriwijayamala adalah nama sebuah dinasti Melayu yang pernah memerintah sebahagian Indochina dan utara semenanjung Malaysia sehingga menubuhkan sebuah empayar maritim yang dikenali sebagai 'Srivijaya' yang kemudiannya berpusat di Sumatera.Keluarga Sriwijayamala yang asalnya bertempat di daerah Kelantan,Narathiwat sehingga ke Songkhla pada hari ini.Jembal,Legeh dan Reman (semua nama ini pernah menjadi negeri-negeri Melayu) juga adalah wilayah kaum kerabat Sriwijayamala.Jembal menjadi sebahagian wilayah Kelantan pada hari ini,Raman pernah di bawah pemerintahan raja Ligor kemudian terserap ke dalam wilayah Perak (Hulu Perak) dan Legeh kini menjadi sebahagian wilayah selatan Thailand (Ra-ngae).

Sejarah keluarga ini amat misteri.Amat kabur adakah dinasti ini bermula sezaman dengan Sailendra,sebuah lagi dinasti purba Melayu yang membina kerajaan Medang di Jawa,atau lebih dahulu darinya.Namun kita tahu hubungan antara keluarga Sriwijayamala dan Sailendra kerana penggunaan kata 'Medang'.Menurut petitih dan riwayat rakyat Kelantan,negeri Kelantan dahulunya dikenali sebagai Medang Kamulan dan Medang Ghana.Medang Kamulan sememangnya nama satu kerajaan mitos di Indonesia.Dan kita tahu bahawa kerajaan Medang (Mataram Kuno) di Jawa diasaskan oleh dinasti Sailendra.Namun persoalannya,dari mana ahli sejarah tahu bahawa riwayat kuno rakyat Kelantan ini benar dan dapat dibuktikan?

Dari rekod Dinasti Sui berusia abad ke-7 Masehi,menurut catatan pengembara yang pernah melawat satu kerajaan yang bernama Chih-Tu:

"... Chi Tu adalah bangsa turunan dari Funan, yang terletak di dalam laut selatan, belayar seratus hari untuk mencapainya,tanah di sini berwarna merah, sehingga bernama 'Kerajaan Tanah Merah (Chi bererti merah, Tu bererti bumi).Timur bersempadan Po -Lo-La, Barat bersempadan dengan Po-Lo-So,Selatan bersempadan Ho Lo Tan, ribuan kilometer persegi keluasannya.Raja mempunyai tiga isteri dan kerajaan memeluk agama Buddha ...."

Rekod Dinasti Sui (581-618) ini menggambarkan sebuah kerajaan yang maju disebut Chi-Tu. Lokasi Chi-Tu diduga berada di sekitar Kelantan atau negara Pahang di Semenanjung Tanah Melayu, atau di Songkhla dan Pattani Wilayah Thailand selatan namun ditentang oleh beberapa pengkaji.Namun bukti terbaik untuk menyokong teori Kelantan adalah ketika para utusan meninggalkan Chi-Tu,mereka belayar dengan mengambil 10 hari untuk mencapai Champa,ini menunjukkan kerajaan itu terletak di kawasan 'tanah merah' di suatu tempat di sekitar sungai utama dari Kelantan.Prasasti Buddhagupta yang ditemui di Kedah menyebutkan Raktamrttika, ertinya adalah tanah berwarna merah.Menariknya,memang ada tempat bernama Tanah Merah di Kelantan.

Apa kaitan Chih-Tu dengan Sriwijayamala?

Menariknya lagi,Chih-Tu ini mempunyai kaitan dengan sejarah Chiang Mai,yang terletak jauh ke utara wilayah Thailand sekarang.

Dalam "Meridionaux", Matounlin mengatakan bahawa Seng-kao atau Seng-chi adalah ibukota Chih-tu dan di 638, telah menghantar ufti bersama-sama dengan tiga negara lain ke China.

Kata China "Seng-kao" atau "Seng-chi" adalah kesilapan sebutan dari kata "Seng tche" yang bererti bandar para biarawan yang merupakan terjemahan yang tepat dari kata Pali "Lawasangharatha" dan kemudian sebutan Tai "Chiang Chi Mai ".Pribumi asal Seng-Kao adalah suku Lawa yang membentuk majoriti penduduk Lembah Menam.Menurut tradisi Siam,Chiang Mai menerima nama pada saat Buddha Gautama dan murid-murid datang ke Suvannphumi untuk misi agama.Setelah pesta yang diadakan oleh suku-suku Lawa untuk menyambut Buddha Gautama, empat lelaki suku Lawa telah ditahbiskan menjadi sami.Tempat itu kemudian disebut Chiang Chi Mai,yang bermaksud 'kota para biarawan baru' dalam bahasa Tai yang kemudiannya sebutannya dipendekkan menjadi Chiang Mai pada hari ini.Disebabkan kekayaan sejarahnya,Chiang Mai masih mempertahankan tradisi yang dikongsi di antara negara-negara Indochina hari ini.Satu perkara yang menarik,sejarahwan Thailand berpendapat suku Lawa ini berasal dari selatan Thailand atau dari Kemboja dan nenek moyang mereka termasuk dalam kelompok Austronesia.Setelah menerima asimilasi dan tekanan dari pengaruh Mon-Khmer di sekeliling mereka,secara beransur-ansur bahasa mereka menjadi sebahagian dari keluarga Austro-asiatic.Proses ini mengambil masa beratus-ratus tahun.


Inilah jawapan kepada misteri raja Sriwijaya yang bernama Lawasangharatha yang menubuhkan Chiang Mai Lama.Sebab itu suku Lawa ini (kini termasuk dalam kelompok 'hill tribe' dalam Thailand) mendakwa asal-usul mereka ialah dari Chiang Mai.





Dalam ATBM XVI yang lalu juga,kita telah belajar tentang sejarah Chiang Mai sebelum kedatangan Raja Mengrai,pengasas kerajaan Lanna.Chiang Mai diduduki suku Lawa yang kemudiannya diserap kedalam pengaruh Haripunjaya,sebuah kerajaan Mon di utara Dvaravati.Analisis terhadap riwayat-riwayat kuno di Chiang Mai menunjukkan nama "Lawasangharatha" itu kemungkinan besar nama seorang raja,dalam kes ini raja Sriwijaya.Ini dibuktikan dalam dua rekod dari China.Di dalam rekod Dinasti Sui lagi,merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun Tching,memberitahu serba sedikit tentang Chih Tu:

"Nama keluarga raja Chih-tu adalah Chu Tam (Chudam), dan nama peribadinya adalah Li-fo-shi. Sejak bila sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan takhta untuk menjadi seorang biarawan, dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah diadakan selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya puteri gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang, diselubungi dengan loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang menjulang tinggi di udara..."

Berdasarkan rekod kuno ini,para sarjana bersepakat bahawa nama China "Li-fo-shi" atau "Li-fu-to-Hsi" adalah transkripsi kepada SriVijaya menunjukkan bahawa Lawasangharatha (nama Pali bagi Chiang Mai) ialah 'Srivijayan King' dan sekaligus membuka rahsia bahawa Chiang-mai mempunyai hubungan rapat dengan istana Sri wijaya dari kerabat Sri Dharmaraja.Ini kerana dalam tradisi sejarah Sriwijaya di Indochina,pakar sejarah Thailand dan Kemboja mengenalnya melalui kerajaan Nagara Sri Dharmaraja,di mana ditemui banyak persamaannya budaya dan gelaran raja-raja Sri Dharmaraja sesuai dengan sejarah Sriwijaya.

Dengan kata lain,dalam tradisi kaum-kaum Indochina,Sri Dharmaraja itu adalah Sriwijaya,dan begitu juga sebaliknya.Ini terjadi kerana persamaan bahasa dan budaya mereka;budaya bangsa Melayu.

Jadi dalam rekod oleh dua pengembara China ini,kita mendapati dua perkara menarik:

1-Nama "Li-fo-shi" adalah khas kepada 'Srivijaya'.'Li-fo-shi' atau nama sebenarnya 'Shih-li-fo-shih' adalah sebutan China kepada 'Sri-wi-chay' mengikut sebutan suku-suku selatan China seperti Shan,Hmong,Lao dan Tai.Ini bermakna pengaruh raja-raja Melayu telah sampai ke selatan China.

2-Nama keluarga raja tersebut,Chudam yang menunjukkan nama keluarga berketurunan Melayu.Namanya keluarga Chudam (Chu Tam dalam teks China) adalah konsisten  dengan warisan Chudammani,yang merupakan salah satu nama keluarga Sriwijaya dalam rekod Khmer (Kemboja).

Perhatikan,dalam dua rekod di atas,kedua-duanya menyebutkan raja Chih-Tu mempunyai tiga orang isteri.

Semua ini mempunyai persamaan dalam satu lagi rekod dari China.Tong-tien,sebuah teks yang ditulis pada akhir abad ke-8,mengandungi ayat-ayat berikut,

"Ketika zaman Suei (582-618 M),sang raja (raja Funan) kononnya mempunyai nama keluarga 'Ku-Long'.Di sana ada banyak keluarga yang memiliki 'nama keluarga' yang sama.Seorang tua,ketika disoalsiat,telah mengatakan bahawa K'uen-luen (Melayu) tidak mempunyai nama keluarga.'Ku-Long' adalah kesilapan sebutan untuk K'uen-luen (sebutan China Kuno untuk orang Melayu)"

(Sir William Meyer memberikan perkataan 'Malays' untuk 'K'uen-luen' dalam teks China ini)

Pada masa silam,orang-orang China mengenal Melayu sebagai 'K'uen-luen' atau 'Kunlun'.Ini sebenarnya berasal dari nama seorang raja Funan yang bernama Ku Long.Sebutan 'Ku' dan 'Long' sememangnya pangkal nama orang Melayu yang masih diamalkan di Kelantan.

Daripada semua bukti dan rekod-rekod China ini,para sarjana Kemboja menyimpulkan bahawa asal-usul kebanyakan raja-raja awal Funan dan utara Indochina (Chiang Mai sebagai contoh) ialah dari kawasan yang kini di dalam negeri Kelantan yang menjadi sebahagian Malaysia pada hari ini.




'Mala'






Dalam Prasasti Hanchey berusia abad ke 6 Masehi di Kemboja,ada menyebutkan tentang Bhavavarman,raja Chenla yang berjaya menakluk wilayah Funan dan atas kejayaan ini beliau telah memahatkan namanya sebagai 'Raja orang-orang Malayu'.Bhavavarman dalam prasasti ini ialah Bhavavarman II,di mana sebelum itu ada seorang keturunan diraja Funan yang bernama Bhavavarman (Bhavavarman I) telah lari ke Chenla,yang merupakan negeri orang Khmer dan mengahwini Kambujatajalakshmi,seorang gadis Khmer (gadis bukit).

Beliau adalah cucu kepada Rudravarman,emperor Funan.Bhavavarman I telah bertindak lari ke Chenla kerana tidak berpuashati dengan datuknya dan mahu memberontak.Bhavavarman kemudian merampas takhta Chenla dan menyusun angkatan tentera menyerang kerajaan datuknya.Akhirnya Funan jatuh ke tangan Chenla.Di sini kita boleh lihat kedua-dua negeri ini,Chenla dan Funan dibawah kekuasaan raja-raja Melayu pada suatu ketika.Kemudian Chenla yang dahulunya negeri bawahan Funan menjadi berkuasa dan menjadikan Funan negeri pengufti kepada Chenla.Selepas kematian Bhavavarman,Chenla diperintah oleh saudara Bhavavarman yang juga mengahwini gadis Khmer.Kemudian takhta Chenla diwarisi oleh anak cucu mereka yang 'diKhmer'kan oleh ibu mereka yang berasal dari Khmer Chenla.Jadilah kerajaan Chenla kembali menjadi kerajaan orang Khmer sehinggalah berpecah kepada Chenla Laut dan Chenla Darat,kemudiannya ditakluki oleh Sriwijaya.Funan telah berpecah dan tenggelam selepas itu selepas ramai kerabat diraja mereka berpindah ke negeri-negeri Melayu di selatan yang bertaburan di bawah Persekutuan Langkasuka.Kemudian,ada di antara mereka berlayar ke Jawa dan menubuhkan dinasti Sailendra di sana,menyertai sebahagian kerabat mereka yang telah bertapak di Jawa sejak sekian lama.Raja-raja Funan adalah dari garis dinasti Sailendra.




Bhavavarman II menggelarkan dirinya 'raja orang Melayu' menerusi ayat "...mala malayu iva malayam raja" yang terpahat dalam skrip Khmer antara yang terawal pernah ditemui.Terjemahan penuh bagi ayat ini ialah 'raja Mala dari Malayu'.Apa yang ingin kita fokuskan di sini ialah perkataan 'Mala' ini.Dan mengapa perkataan ini digandingkan dengan perkataan 'Malayu' dalam ayat itu.

Cuba semak kembali catatan pengembara dalam rekod Dinasti Sui tentang kedudukan Chih-Tu.

"...Timur bersempadan Po -Lo-La, Barat bersempadan dengan Po-Lo-So,Selatan bersempadan Ho Lo Tan, ribuan kilometer persegi keluasannya..."

Katakuncinya ialah 'Ho-Lo-Tan'.Apakah Ho-Lo-tan?

Dalam abad ke 5 masihi, sejarahwan China,Shenyao (414-512) dalam Sung Shunya sudah mencatatkan nama Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan sebagai sebuah ibu kota di Semenanjung Tanah Melayu.Sesetengah sejarahwan percaya bahawa kerajaan Srivijaya Pertama (Sri Vijaya Mala) telah wujud di Kelantan dan berkembang ke Malayu, Sumatera kira-kira pada akhir abad ke tujuh.Dapunta Hiyang Jayanasa telah membangunkan sebuah ibu kota di Palembang (Sri Vijaya II).Kelantan diserahkan kepada puteranya,Dapunta Hiyang DiRaja.Kemudian kedua-dua kerajaan ini disatukan oleh Sanjaya (Jaya Shinha) cucu Jayanasa dalam satu empayar yang disebut oleh orang Cina,San-Fo-Tse (Tanah Serendah Sekebun Bunga dalam kenangan riwayat Kelantan).

Jadi Chih-Tu adalah negeri di utara Kelantan atau Ho-Lo-Tan.Kelantan pula dijoloki dengan nama 'Tanah Serendah Sekebun Bunga' ketika era pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang nama Sanskritnya ialah Durga Wijayamala (ingat,raja-raja Melayu punya dua nama;nama Sanskrit dan nama Melayu pada zaman silam).



Perhatikan nama 'Durga Wijayamala',yang mengandungi -suffix 'Mala'.Penggunaan -suffix 'Mala' pada hujung nama Sanskrit adalah khas kepada raja-raja Melayu pada masa silam sebagaimana -suffix 'varman' pada raja Kemboja dan Champa atau 'gupta' pada raja-raja dinasti Gupta di India.Dalam legenda Khmer ada menyebutkan nama seorang raja bernama Ketomala (Keto berasal dari 'Keta' iaitu negeri Kedah).Semua ini membawa kita menelusuri jauh ke zaman silam,ketika dua orang adik beradik dari negeri Reman datang menubuhkan kerajaan di kalangan orang Mon.



Samala dan Vimala:Rahsia Hamsavati






Penaklukan Chenla ke atas negeri-negeri sekitarnya telah membawa pengaruh Khmer ke Dvaravati dan Irravati Bassein.Ketika ini orang Dvaravati adalah dari keturunan Mon-Khmer dan bertutur menggunakan bahasa Mon,bahasa dominan bahagian barat Empayar Angkor dan mereka tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan seluruh rakyat Khmer.Selama krisis di dalam dinasti pemerintahan,para pemuka agama mengambil kesempatan mencipta peralihan politik dalam lapisan kepimpinan Empayar Angkor.Walaupun terdapat banyak gangguan,saksi menunjukkan agama Buddha selalu merupakan pilihan Khmer dan Mon dan ini selalu menjadi punca mereka diredakan dari konflik serta menjalinkan hubungan lebih rapat.Dalam pada itu,sebuah riwayat kuno telah merakamkan tentang penubuhan Hamsavati (Pegu) kira-kira 825 Masehi oleh dua adik-beradik,Samala dan Vimala.

Bandar ini bernama Hamsavati sempena seekor burung suci hamsa (angsa) secara tiba-tiba muncul ketika dua bersaudara itu mencari tempat untuk membina penempatan.Riwayat tersebut menyatakan bahawa dua bersaudara itu dari Takkaxila dan membawa diri mereka keluar ke arah barat untuk menubuhkan kerajaan mereka sendiri.

Sangat menarik untuk dicatat bahawa nama mereka berakhir dengan "Mala", merupakan petunjuk bahawa mereka berasal dari raja-raja Mala dari Malayu ("mala malayu iva malayam raja").Asal-usul orang Mon Hamsavati dari Malayu menunjukkan bahawa Sudhammavati atau Sri Dharmaraja yang menurut tradisi Mon adalah asal-usul bangsa mereka sama dengan Dvaravati dari Lembah Menam.Sementara Samala naik takhta, adiknya Vimala dihantar ke Taxila (Takkaxila) untuk menyelesaikan pembelajarannya.Ketika dia kembali ke rumah,dia mendapati bahawa ia tidak disambut semula sebagai janji oleh saudaranya.

Dalam keadaan yang marah,dia membunuh saudaranya Samala dan memerintahkan orang untuk membunuh anak saudaranya (anak Samala) juga,tapi sang ibu berjaya menyembunyikan anaknya di luar kota.Setelah waktu berlalu,orang asing beragama Hindu yang diusir dari kota datang kembali untuk menyerang Hamsavati.Anak Samala yang kini sudah dewasa kembali dari persembunyian dan menyelamatkan Hamsavadi dari orang-orang Hindu. Vimala,mengakui bahawa itu adalah anak saudaranya,mengakui dosanya dan akhirnya menyerahkan takhta kepadanya.Cerita ini juga menyebut bahawa raja muda Ata-Kumma telah membina Kyaikatha (pagoda Ata) di wilayah Tathon.Sangat menarik untuk dicatat bahawa identiti Mon muncul pertama sebagai orang-orang di Hamsavati dan kesimpulan yang dapat dibuat dari riwayat kuno ini dari asal-usul Mon di Sudhammavati harus berada di kawasan yang disebut sebagai Malaysia pada hari ini.

Dari riwayat Hamsavati (Hamsavadee) ini kita memahami bahawa orang Mon menganggap mereka berasal dari Sri Dharmaraja sebagaimana orang-orang Mon Dvaravati di tengah Thailand.Dan menurut legenda Mon lagi bahawa bangsa mereka berasal dari sebuah tempat yang bernama 'Ramanadesa'.Telahan sarjana Kemboja tentang asal-usul Mon dari 'satu wilayah yang kini berada di Malaysia' semacam mahu menyebutkan tentang negeri Reman yang kini menjadi sebahagian daerah Hulu Perak di negeri Perak,Malaysia.Negeri Reman pernah berada di bawah raja Ligor dan sememangnya sebelum itu negeri Reman adalah termasuk dalam wilayah 12 negeri-negeri Nagara Sri Dharmaraja yang disimbolkan dengan karakter haiwan dalam kalendar Naksat Pi.

Dapat juga disimpulkan bahawa dua adik beradik itu berasal dari kerajaan Reman yang bersusurgalur dari keturunan Sriwijayamala,merantau ke utara untuk cuba menubuhkan kerajaan sendiri.Di tengah-tengah orang Mon,mereka belajar menyesuaikan diri dan mula membina kerajaan.Kebanggaan orang Mon terhadap raja-raja Mala mereka mengakibatkan mereka mendakwa bangsa mereka berasal dari Ramanadesa (negeri Reman).Kita sudah maklum akan kepentingan nama 'Mala' kepada orang Mon dan Khmer dalam menaikkan prestij mereka.Inilah sebabnya mengapa Bhavavarman II,raja Chenla mendakwa dirinya 'Raja Mala dari Malayu'.



Setakat ini kita telah dapat mengumpulkan 4 tokoh yang berasal dari dinasti Sriwijayamala:Ketomala,Samala,Vimala dan Durga Wijayamala.Dan seorang lagi bernama Sri Mala,permaisuri raja Singgora (Songkhla) yang terkenal dalam sejarah asal-usul Menora.Menarik bukan?Semua mereka ini memakai gelaran 'Mala' dan orang-orang di Kemboja pada masa silam mengenal keturunan yang memakai gelaran Mala dihujung namanya sebagai 'Malayu'.

Dari sini kita boleh menghidu aktiviti raja-raja Melayu dari Pegu hingga ke Chiang Mai;dari Kemboja dan Champa hingga ke Ligor.Kesukaran raja-raja Melayu ini untuk bersatu menyebabkan mereka sesuka hati membuka banyak kerajaan yang dikenali sebagai negeri-negeri Melayu (Malay states).Mengesan riwayat-riwayat semua negeri-negeri ini hampir mencapai tahap mustahil kerana ada di antara mereka memerintah negeri yang majoritinya orang Mon,Khmer atau Tai.

Namun seorang keturunan mereka telah berlayar ke Sumatera dan menubuhkan kerajaan di sana.Kemudian bermulalah zaman keemasan dinasti ini.Nama lelaki yang gagah berani itu ialah Jayanasa.




'Srivijaya Empire'






    Sukacita.
    Pada lima hari Bulan
    Belayar mudik datang membuat benua
    Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur.


(Kedukan Bukit Inscription,Sumatera,Indonesia)


Dahulu orang-orang di Indochina hanya mengenal satu bangsa sahaja apabila berurusan dengan suku-suku Austronesia;mereka memanggilnya Chawa.Nama 'Chawa' ini mewakili keturunan Melayu-Indonesia pada hari ini.Nama Chawa ini sebenarnya berasal dari tanah besar Asia,bukan dari Pulau Jawa.

Dari Kelantan kebudayaan 'Chawa' ini merebak ke seluruh kepulauan.Pada mulanya,dinasti Sailendra lah yang bertanggungjawab membawa kebudayaan Chawa ke Pulau Jawa.Sebab itu terdapat tempat bernama 'Titik Jawa' di Kelantan.Chawa sebenarnya bukan nama khas untuk satu-satu kaum,ia lebih kepada satu ciri kebudayaan.

Seorang raja dari dinasti Sriwijayamala menjejak langkah Sailendra.Beliau dengan kekuatan dua puluh ribu bala tentera berserta dua ratus pawang dan tentera berjalan kaki sebanyak seribu tiga ratus dua belas,raja Sriwijaya ini mula menyerang Sumatera.Kita tahu namanya kerana tercatat di dalam Prasasti Talang Tua:


 Svasti
 cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra
 sana tatkalana parlak Criksetra ini
 niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini...



Maksudnya dalam Bahasa Melayu Moden:

Selamat dan bahagia!
Pada tanggal 23 Mac 684 Masehi, pada saat itulah taman ini yang dinamakan Śrīksetra dibuat di bawah pimpinan Sri Baginda Śrī Jayanāśa.
Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini...


(Talang Tua Inscription,Indonesia)




Prasasti ini jelas memberikan nama raja itu selepas gelaran 'Dapunta Hiyang'.Prasasti Kedukan Bukit hanya menyebutkan 'Dapunta Hiyang' tanpa menyebutkan siapakah nama raja tersebut.Namun para sarjana bersepakat bahawa Dapunta Hiyang Jayanasa jugalah yang disebut dalam Prasasti Kedukan Bukit.

Dalam satu versi dari Pantai Timur ada menceritakan tentang Jayanasa ini.Dapunta Hyang Sri Jayanasa dikatakan telah menubuhkan kerajaan di Kelantan yang sebelumnya dikenali dengan Medang Ghana.Pusat pemerintahan kepada kuasa besar Yawadwipa ini terletak kira-kira 4.8 kilometer ke barat Bukit Panau, di Jajahan Tanah Merah,Kelantan sekarang.

Menariknya Dapunta Hyang Sri Jayanasa juga dikenali dengan Prabhasadharma,Raja Merong Mahawangsa,Maharaja Gegar Alam dan Maharaja Segenta Alam dalam hikayat-hikayat Melayu.

Setelah Yawadwipa (ini nama kuno yang digunakan juga oleh dinasti Sailendra) diperluaskan,nama kerajaannya juga ditukar kepada Sriwijaya Mala.

Raja besar ini kononnya gugur di Teluk Madura dalam misi penaklukannya ke atas Kalinga atau Jawa Tengah selepas berjaya menawan Palembang (Prasasti Kedukan Bukit).Pusat pemerintahannya juga dipindahkan dari Sri Wijaya Mala ke Palembang manakala nama Sri Wijaya Mala pula diubah kepada Medang Bhumi.

Semasa hayatnya,pemerintahan Medang Bhumi diserahkan kepada cucunya bernama Sanjaya setelah dia sendiri memindahkan pusat pemerintahannya ke Palembang. Sanjaya mewarisi kegemaran datuknya,suka meluaskan tanah jajahan dan hasilnya Terengganu,Pahang,Kedah,Segenting Kra,Kemboja,Burma dan Vietnam berada di bawah taklukannya.Dari nama Sanjaya inilah munculnya nama 'San-fo-tse' oleh para pengembara China pada masa silam.

Kaitan antara orang Kelantan dan Jawa masih dapat dilihat dari budaya mereka seperti:

1-Kain batik
2-Wayang Kulit


Jika kita melihat senibina awal Asia Tenggara,mereka membina candi menggunakan batu gunung yang dipotong (batu hitam).Candi-candi di Jawa dan Kemboja menggunakan batu-batu gunung ini.Teknologi bata (brick) pula dipelopori oleh Kedah Tua (penemuan dandang membakar batu-bata di Lembah Bujang) dan juga digunakan oleh Kerajaan Pagan di Burma dan Ayutthia.Hanya candi-candi Khmer dan di Pulau Jawa sahaja ketara menggunakan batu-batu gunung yang dipotong.Dari sini kita dapat melihat persamaan antara senibina di Jawa dan Kemboja.

Kita maklum bahawa Chenla pernah ditakluk oleh Sailendra yang ketika itu rajanya memegang gelaran 'Maharaja Zabag' oleh pedagang Arab.Kemudian ramai kerabat dirajanya dibawa ke Jawa.Salah satunya ialah Jayavarman II yang masih kecil,yang kemudiannya menubuhkan empayar Angkor.

Kini terdapat dua dinasti Melayu yang amat berkuasa di Asia Tenggara;Sriwijayamala dan Sailendra.Sailendra menguasai Jawa sementara Sriwijaya menguasai semenanjung dan Sumatera.Sriwijaya juga menguasai istana Angkor melalui Sri Dharmaraja.Semua ini berlaku sebelum kuasa Thai dan Annam (Dai-Viet) menjadi dominan di Indochina.Riwayat-riwayat Kemboja ada menyentuh tentang pergeseran antara dua dinasti terulung ini.Beberapa serangan dari Jawa ada dilaporkan dalam riwayat Champa dan Kemboja untuk mengurangkan hegemoni Sriwijaya yang semakin mendominasi perdagangan laut.

Namun pada suatu hari yang bertuah itu,dua dinasti teragung ini menjalinkan tali persaudaraan.Kenangan silam suka-duka di Segenting Kra mengimbau kembali.Melalui perkahwinan diraja,dua dinasti pemerintah Asia Tenggara ini bergabung untuk menguasai khazanah perdagangan maritim antara India dan China;antara Timur dan Barat.

    
"lamun batinah Putari Kambang Murna namanya,
lamun lanangn Matari Singa Jaya Himat namanya.Lama
     lama baranak lanang; Matari Singa Jaya
      Mat, dari ratu, lami lami bangsa Malayu..."


(Matari Singa Jaya Himat Copperplate,Palembang,Indonesia)


.














                    ************        XXX        *************




Deru angin dari pantai menghilangkan debar di dada.Nun jauh di lautan sana,terdapat rahsia yang diidam-idamkan kawan dan lawan.

Tabut rahsia telah ghaib dari pandangan.Kisah seorang tua dengan cucunya,gadis aneh yang menjaga peti-peti misteri di dalam gua lenyap dalam kabus pagi.

Semua ini ibarat 'puzzles' yang bila anda mampu mencantumkannya dengan sempurna,anda akan melihat 'sesuatu' di sana.

Semua rahsia jika anda sanggup menjejaknya lebih jauh ke masa silam,anda akan bertemu dengan mitos puak-puak Lemuria.Beribu-ribu tahun dahulu,sebelum pembinaan piramid di Mesir Purba,suku-suku Lemur mula bertebaran ke timur dan barat dari Lautan Pasifik selepas kenaikan aras laut menenggelamkan peradaban mereka.Di antara suku Lemur tersebut,terdapat satu puak yang menduduki kelas pemerintahan Lemuria.Puak-puak ini menghasilkan garis keturunan aristokrat yang memerintah Lemuria berabad lamanya.

Di dalam plat emas yang bertulisan Ibrani Kuno yang kemudiannya dijadikan objek ritual oleh kelompok Church of Mormon,tertulis nama puak pemerintah itu...














"Ma-la"






















Alter Terahsia Bangsa Melayu Version 3.5 "The House of Bani Jawi" COMPLETED.



















                ***********************************









Next...




Temubual Bersama Srikandi