Catatan Srikandi III
Bayangan puteri misteri itu mengingatkan saya tentang lagenda raja-raja perempuan yang memerintah satu kawasan pemerintahan purba yang dipercayai bermula di Kelantan sehingga menjangkau Patani dan utara Segenting Kra.Wilayah ini memang kaya dengan legenda ratu-ratu yang memerintah,seperti Cik Siti Wan Kembang,Puteri Saadong,Ratu Hijau dan adik beradiknya dan lain-lain lagi sekadar menyebutkan beberapa contoh.Ketika ini saya teringatkan puteri jelita yang memakai 'headgear' Champa yang pernah datang dalam mimpi saya dahulu.Semuanya seakan-akan mahu memimpin saya ke arah petunjuk-petunjuk baru kepada misteri keMelayuan silam yang tidak pernah terbongkar dalam mana-mana sejarah,sama ada yang fantasi mahupun yang realiti.
Saya masih teringatkan Siri Salma (pada masa itu diterbitkan oleh FarGoes atau Hasrat Pelajar) yang amat digemari oleh saya.Biasanya ketika zaman sekolah dahulu,siri-siri penyiasatan seangkatan dengannya seperti Siri Hadi (dari siri Hardy Boys) atau Siri Tiga Penyiasat (dari siri The Three Investigators) juga garapan dari Enid Blyton menjadi kegemaran budak-budak lelaki pada zaman saya dahulu,namun saya adalah satu-satunya pelajar perempuan yang berebut-rebutkan buku-buku ini terutamanya Siri Salma (dari Nancy Drew) ketika waktu meminjam buku di perpustakaan!Saya merasa bagaikan watak utama siri itu,dikenali sebagai Salma,pergi mengembara dan merantau ke merata tempat untuk mencari petunjuk-petunjuk kepada misteri baru yang muncul.
Saya telah dirasuk oleh bayangan itu lagi.Wanita muda yang bersimpuh sambil menggaya-gayakan tangannya.Telapak tangannya dikuncup-kuncupkan bagaikan menyerupai ular tedung atau pun seolah-olah memanggil-manggil diri saya supaya rapat kepadanya.Ketika berhenti rehat di sebuah rumah seorang kru arkeologi di Kampung Sera,saya dapat merasakan sesuatu yang amat ganjil pada diri saya.Apabila menjelang malam,dah saya mula berpeluh-peluh.
Malam itu,seperti yang dijangka,saya telah bermimpi seorang puteri menari-nari dengan tangan yang melambai-lambai ke arah saya!
Namun kali ini saya tidak mengigau seperti dahulu.Bacaan doa yang diajarkan oleh ibu saya benar-benar berguna.Syukur kepada Allah s.w.t kerana melindungi saya dari sebarang kejadian yang tidak diingini.Petunjuk kali ini adalah teramat misteri.Saya seakan-akan pernah melihat puteri itu,tetapi tidak tahu di mana.Siapa pula gerangan gadis itu?
Sepanjang hari saya memikirkan tentang puteri misteri itu dan cuba mengingat-ingat kalau-kalau saya pernah melihatnya di dalam mana-mana tarian tradisional.Tiada.Saya semakin buntu.Ketika berjalan-jalan di sebuah pekan (dirahsiakan),saya telah terpandang satu restoran yang dimiliki oleh orang Thai Malaysia (orang Siam pada bahasa tempatan).Saya ternampak satu patung wanita yang diletakkan di atas bar kaunter,dengan gaya tangan yang sama seperti yang muncul dalam mimpi saya semalam!!
Semua ini tiba-tiba seperti satu 'flashback' kepada kenangan di Sungai Petani,ketika saya dan kawan-kawan saya melawat bandar itu dalam satu rombongan sekolah.Ketika itu saya telah terpisah dari kawan-kawan saya akibat terlalu asyik membelek majalah di kedai buku.Saya cuba mencari-cari kelibat kelompok kawan-kawan sekelas saya namun hampa.Saya semakin takut.Hari semakin petang.Saya tidak dapat menahan sebak.Mata saya mula berair.Saya sedar bahawa saya telah tersesat!
Saya cuba pergi ke arah sebuah pondok telefon untuk menelefon guru kelas saya,namun alangkah sedihnya saya apabila telefon awam di situ telah rosak gara-gara vandalisme.Dalam hati saya menyumpah-nyumpah budak-budak 'senget' yang pastinya adalah punca kesusahan saya petang itu.
Ketika berjalan longlai ke arah sebuah warung,seorang pemuda berumur dalam 30-an menegur saya.Siapa tidak merasa hairan melihat seorang gadis yang bermuka sembab dengan mata berair tanpa hala tujuan dan kebingungan?Pemuda itu sedang membaiki motorsikal di sebuah bengkel motor selang dua pintu dari warung yang saya mahu tuju.Selepas memberitahu masalah saya,pemuda itu memberikan telefon bimbitnya untuk digunakan bagi menelefon guru kelas saya (saya tidak mampu untuk memiliki telefon bimbit semasa di zaman persekolahan).Ketika menunggu guru kelas mengambil saya di situ,saya duduk di bawah pokok sambil memerhatikan pemuda itu membaiki motorsikal.Pada mulanya saya menyangka dia adalah seorang pemuda Melayu,namun rupanya tidak.
Saya mula terkenangkan,ketika saya menelefon,mata saya terpandang satu kain yang dipenuhi mantera-mantera yang aneh direntang di atas altar pemujaan yang dipenuhi patung-patung Siam.Di atasnya terlihat satu lukisan seorang gadis bersimpuh dengan di sisinya terdapat sebuah dupa dan saya kira seakan-akan pinggan-pinggan yang berisi hidangan tertentu atau berisi buah-buahan.Anehnya,gadis itu tidak berpakaian dengan terlampau banyak aksesori yang punya pengaruh Siam/Thai.Dia hanya bersanggul dan memakai baju yang benar-benar mirip kebaya dan berkain batik!
Dan gaya tangannya,adalah mirip patung wanita di restoran-restoran Thai.
Setelah dapat mengingati dari mana petunjuk itu mula-mula saya pernah melihatnya,saya pun bergegas ke Sungai Petani untuk melawat bengkel motorsikal yang pernah saya singgah dahulu.Kalau boleh saya mahu bertemu dengan pemuda (mungkin umurnya sudah mencapai 40-an kini) yang pernah membantu saya dahulu.Namun ketika tiba di sana (berdekatan Taman Cinta Sayang),bengkel motorsikal itu sudah tiada.Tempatnya digantikan dengan kedai Cina menjual buah-buahan.Saya tidak berputus asa.Saya cuma mahu melihat kain mantera yang punya rajah dewi Thai itu dan bertanya asal-usulnya.
Ketika meronda-ronda di sekeliling pekan,saya ternampak satu kedai 'hardware' yang memaparkan kain bermantera seperti yang saya inginkan.Gambar gadis dengan gaya tangan melambai/terkuncup itu dilukis di bahagian bawah dengan gambar haiwan seakan-akan kura-kura dan lain-lain figura aneh.Kain berwarna kuning itu penuh dengan mantera-mantera dalam tulisan Thai.Saya pergi menemui pemilik kedai sambil berpura-pura bertanyakan barang.Sambil berbual-bual,saya mengambil kesempatan menanyakan tentang rajah dewi di dalam kain bermantera.
Kemudian barulah saya tahu nama gadis itu.
Pemilik kedai itu juga memberitahu saya bahawa mantera yang ditulis memenuhi kain kuning itu bukanlah dalam bahasa Thai atau skrip Thai.Ia adalah dalam bahasa Khmer dan dalam skrip Khmer,dengan simbol-simbol Khmer Kuno!
Selepas itu saya pun mengkaji dan mengkaji semua 'puzzle' yang muncul.Ini semua benar-benar mencabar minda saya.Saya terpaksa belajar memahami petitih-petih kuno,legenda rakyat Thai dan Khmer,belajar bahasa Sanskrit secara asas dan riwayat-riwayat purba.Saya belajar sejarah Thai dari Lanna,Lanxang (Lancang),sejarah Lao dan Sukhotai (Sukodaya).Saya belajar sejarah Kambujadesa dan dinasti Soma serta manuskrip-manuskrip Khmer Kuno.Saya terpaksa menyelak NegaraKratagama karya Prapanca bagi mengetahui wilayah-wilayah Srivijaya yang 'diambil alih' oleh Majapahit (menurut Prapanca).Saya menjumpai wilayah kuno bernama Grahi yang terahsia dan paling gelap dalam sejarah Melayu.Saya juga berjumpa dengan wilayah Srivijaya sejauh Martaban di Burma dan hakikat paling tidak diketahui oleh anak-anak Melayu dan paling mahu dipadamkan oleh nasionalis Khmer,bahawa terdapat riwayat kuno yang menyatakan rakyat Khmer adalah di bawah pemerintahan 'Ma-La-Yu' iaitu nama yang dikenali oleh orang Khmer merujuk kepada empayar maritim paling agung yang pernah ada dalam sejarah Asia Tenggara,Sriwijaya.
Dari sini saya menjumpai hakikat paling menggemparkan bahawa nama 'Melayu' itu bukan sahaja muncul sebagai satu kerajaan di Sumatera,bahkan terdapat satu kerajaan kuno di Segenting Kra (setepatnya di sekitar Chaiya kini) yang digelar,kerajaan Melayur.Ini menghapuskan sama sekali pendapat yang mengatakan bahawa nama 'Melayu' itu berasal dari nama sebuah kerajaan di Sumatera.Saya cuba mencari jawapan kepada misteri paling gelap dalam kerajaan Grahi ini namun bukti kewujudan kerajaan ini hampir mencapai tahap mustahil dalam dokumen bertulis berbahasa Melayu,tidak kira di zaman Pallawa,Kawi atau Jawi.Apatah lagi dalam kajian moden bertulisan Rumi.Ya,Grahi adalah kunci kepada misteri Kemelayuan di Indochina.Siapa dapat rahsia dari Grahi,dia akan membuka rahsia Funan dan Kambojaraja.
Bagaimana dalam timbunan manuskrip Thai dan Khmer,dapat menemui sisa-sisa warisan Kemelayuan dan bayang-bayang nusa pertiwi?Bagaimana dalam riwayat-riwayat Thai dan Khmer yang bercampur-maur itu dapat terhidu harum seroja Kemelayuan dan santun susila Sang Melati?
Tetapi saya dapat melihatnya.Malah semakin jelas.Saya tahu di mana mahu menjejak sejarah Melayu yang bersembunyi di dalam pekat mantera Khmer Kuno dan tarian suci diraja Angkor.Saya masih dapat menghidu warna darah Kemelayuan dan tinta emas Sriwijaya di dalam mitos dan petitih Thai Kuno,tidak kira ia bersembunyi di era Lanna,Sukhothai atau Ayutthaya.Saya tahu di mana mereka bersembunyi!
Bagaimana seorang dewi Thai yang dipuja-puja,mantera pujanya ditulis menggunakan simbol suci Khmer?
Ingat,budaya Thai dicedok dari Khmer dan Melayu Segenting Kra.Budaya Khmer pula dibayangi oleh budaya Sriwijaya.Jika anda mahu LIHAT BUDAYA MELAYU KUNO YANG MASIH TERTINGGAL,perhatikan kostum Thai dan Khmer;BUKAN yang jadi komersil atau pop,ia sudah bayak diubahsuai,lihat yang lebih asli di pedalaman.Tetapi orang Melayu moden sudah tidak mengenalnya,dan semuanya yang berasal dari Indochina semuanya dikatakan 'SIAM'.BUDAYA MELAYU PURBA TERMUZIUM DENGAN BAIK DITANGAN THAI DAN KHMER.Bagus juga mereka ada.Sekurang-kurangnya jika saya mahu tahu bagaimana senibina dan pakaian Melayu Purba di Indochina,saya terus melihat Thailand dan Kemboja!
Kemudian pencarian saya terhenti kepada satu watak paling penting dalam sejarah Kelantan.Siapa?
Siapa orang Thai yang tidak kenal RamaKhamhaeng?Beliau adalah seorang raja dari kerajaan Sukhothai yang paling menyerlah dan kononnya beliaulah yang bertanggungjawab mengubahsuai skrip Khmer menjadi skrip Thai seperti yang digunakan pada hari ini.Tetapi bagaimana beliau mati?Ini adalah misteri yang menghantui semua hikayat tentang raja ini.Pernah dengar legenda Suriyothai?Seorang permaisuri duduk di atas gajah pergi berperang.Seorang wanita berperang di atas gajah!
Saya belajar memahami siapa di sebalik nama Urduja atau Durga Wijayamala,serang puteri raja dalam riwayat Kelantan yang pergi berperang di atas gajah dan berhasil memenggal kepala seorang raja yang ganas!
Cuba kaji mengapa kerajaan Sukhotai terus hancur selepas era Ramakhamhaeng,padahal pada era beliaulah,Sukhothai mencapai tahap kemuncaknya.Siapa pengganti Ramakhamhaeng?
Pada Abad 14 pula Ibnu Battuta (pengembara Arab yang terkenal)telah singgah di satu tempat yang bernama "Kilu Krai" (Kuala Kerai di Ulu Kelantan sekarang) dan bertemu dengan seorang raja perempuan yang bernama Urduja.Raja perempuan ini digambarkan oleh Ibnu Battuta sebagai seorang yang gagah perkasa di sebalik wajahnya yang cantik jelita.
Siapa Urduja?Sebab itu amat penting untuk saya sebagai penyelidik mempelajari sistem nama-nama monarki Melayu purbakala.Raja-raja Melayu pada era pra-Islam dahulu memakai gelaran Sanskrit untuk urusan rasmi atau dokumentasi dan gelaran tempatan di kalangan rakyat.INILAH RAHSIA YANG AMAT MENGELIRUKAN RAMAI PENGKAJI SEJARAH.
Siapa SuryaVarman I atau Jayaviravarman?Mereka secara umum adalah tokoh dalam monarki Kemboja.Adakah mereka Khmer?SALAH.Mereka adalah Melayu.Seperti saya dan anda.
SuryaVarman I adalah raja agung yang banyak membina candi dan binaan.Pernah dengar Preah Vihear?Ada pengkaji mengatakan beliaulah yang membina ibukota Angkor berpandukan rujukan bintang-bintang sebagaimana Piramid Agung dibina berpandukan buruj Orion.Raja-raja Kemboja menyambung usahanya selepas itu sehingga terbinalah Angkor Wat dan sejarah Angkor Wat inilah yang saya katakan ada kaitan dengan Grahi.Saya boleh katakan...bahawa...blueprint Angkor Wat dikeluarkan dari dalam istana Grahi.
Jadi seperti biasa,sudah tentu nama Suryavarman I ini amat direbut oleh nasionalis Khmer tanpa mempedulikan kejujuran ahli sejarah mereka.Suryavarman I dikatakan dari Khmer asli.Sama juga seperti nama empayar agung Sriwijaya,yang direbut oleh Thailand dan Indonesia,juga India!
Perlu diingat bahawa rekod-rekod kuno dari China tidak mengenal apa itu Chaiya atau Nakhon Si Tammarat.Nakhon Si Tammarat berasal dari kata 'Sri Dharmaraja'.Ramai menganggap ia adalah nama kerajaan.Sebenarnya 'Sri Dharmaraja' menjadi popular kerana seorang raja Melayu yang pernah menyerang Sri Lanka iaitu Chandrabanu meletakkan kata 'Sri Dharmaraja' sebagai gelaran menjadi Chandrabanu Sri Dharmaraja.Kedua-dua nama ini (Chaiya dan Nakhon Si Tammarat) telah diberikan oleh Thailand.Tetapi terdapat nama 'Kio-lo-hi' dalam rekod kuno China.
IA ADALAH 'GRAHI' DALAM LENGGOK SEBUTAN ORANG CHINA PURBA.
Biar saya beritahu rahsia ini.
Durga Wijayamala telah membunuh RamaKhamhaeng di atas gajah dalam pertempuran paling legenda seluruh Indochina.Wanita besi itu telah memenggal kepala raja Sukhothai itu dan mencampakkan tubuhnya ke sungai,lalu menyembunyikan kepalanya sebelum dituntut oleh sami-sami Sukhothai.Inilah legenda yang membayangi sejarah Sri Suriyothai.
Ingat lagi gadis misteri yang melambaikan tangannya kepada saya dalam mimpi?Dan lukisannya yang dipuja oleh pemuda Siam,mekanik dari Sungai Petani?Patungnya telah dijadikan pelaris oleh masyarakat Thai.Kini patung dewi ini telah dipakaikan kostum Thai moden.Dan lukisan gadis ini dalam kostum kebaya atau kostum Sriwijaya (berkemban dan memakai selempang) adalah satu budaya tertua sekali berkaitan dewi ini.Asal-usul pemujaan Nang Gwak (nama dewi pelaris ini) dikatakan berasal dari mitos yang berasal dari India namun pengkaji budaya Thailand bersetuju mengatakan budaya dan kostum dewi ini berasal dari kebudayaan kuno yang telah bertapak lama di Thailand.Apakah kebudayaan kuno ini?Ia adalah Sriwichay.Mahu saya terjemahkan apa dia Sriwichay itu?
Anda akan faham misteri ini jika anda tahu tentang sejarah pemujaan TOK PEKONG DALAM MASYARAKAT CINA MALAYSIA.Dewa Tok Pekong HANYA EKSLUSIF DALAM KEPERCAYAAN CINA TEMPATAN.Anda tidak akan jumpa patung dewa yang berketayap dan bersampin di dalam altar pemujaan di Hong Kong atau di Beijing.
Seorang sami Thai dari Baling telah mengajarkan saya mantera pelaris untuk Nang Gwak ini.Saya bukan mahu amalkan benda-benda syirik ini,tetapi saya mendapat satu kenyataan yang menarik dan begitu menakjubkan dari mantera Nang Gwak,gadis misteri dari tamadun purba Thailand!
Setelah meneliti mantera ini:
โอมศรีวิชัยกังเวียน ปู่เจ้าเขาเขียวมีลูกคนเดี่ยว ชื่อนางกวัก ชายเห็นชายรัก หญิงเห็นหญิงทักทุกถ้วนหน้า พวกพาณิชชาพากูไปค้าถึงเมืองแมน กูจะไปค้าหัวแหวน ก็ได้วันละแสนทะนาน กูจะค้าสารพัดการก็ได้โดยคล่อง กูจะค้าทองๆก็ได้มเต็มหาบเพียงวันนี้เป็นร้อย สามหาบมาเรือน สามเดือนเป็นเศรษฐี สามปีเป็นพ่อค้าสำเภา พระฤาษีผู้เป็นเจ้า ประสิทธิ์ให้แก่ลูกคนเดี่ยว สวาหะ
:ohm sĕe-wí-chai gang wian · bpòo jâo kăo kĭeow mee lôok kon dìeow · chêu naang-gwàk · chaai hĕn chaai rák · yĭng hĕn yĭng ták túk tûan nâa · pûak paa-nít chaa paa goo bpai káa tĕung meuang maen · goo jà bpai káa hŭa wăen · gôr dâi wan lá săen tá-naan · goo jà káa săa-rá-pát gaan gôr dâi doi klông · goo jà káa tong gôr dâi-má-dtem hàap piang wan née bpen rói · săam hàap maa reuan · săam deuan bpen sàyt-tĕe · săam bpee bpen pôr káa săm-pao · prá reu-sĕe pôo bpen jâo · bprà-sìt hâi gàe lôok kon dìeow · sà-wăa hà
...saya mendapati kata 'see-wi-chai' tidak punya maksud dalam bahasa Thai dan ditafsirkan terus kepada 'Sriwijaya' padahal kata 'Sriwijaya' ada maksud dalam bahasa Sanskrit.Kata-kata permulaan 'Ohm' adalah kata-kata sanjungan atau pujaan dari agama Hindu.Biasanya nama-nama dewa akan diletakkan di belakang kata puja 'Ohm'.Menariknya di sini,nama 'Sriwijaya' diletakkan di belakang 'Ohm'.Tiada dewa Thai yang bernama Sriwijaya.Juga tiada nama dewa Hindu yang bernama Sriwijaya.Dalam riwayat kuno Thai,ambillah petitih mana pun,dari era Lannathai atau Sukhothai sekalipun,'SEE-WI-CHAI' hanya merujuk satu nama...
SRIWIJAYA.
Kandungan mantera ini menggambarkan maksud pelaris itu sendiri,membawa banyak harta benda,emas atau kekayaan dan menjadikan perniagaan semakin baik.Ada juga perkataan 'Khao Khieow' yang membawa erti yang mendalam.
Saya ingin beritahu anda satu perkara.Puji-pujian kepada raja-raja Melayu Sriwijaya adalah satu budaya biasa ketika Sriwijaya berkuasa di IndoChina.Raja-raja ini dipuji dan dipuja bagaikan Dewa Visnu dan Siva dalam prasasti dan riwayat-riwayat Thai Kuno.Dan jangan terkejut jika sebahagian mantera sami Thai masih terlekat pujaan terhadap 'Sriwichai' ini,
NAMA EMPAYAR INI DIPUJA BAGAIKAN MASIH PUNYA BISA DAN KESAKTIAN.
Mungkin mereka dengan kepercayaan mereka,tetapi bagi saya kesaktian SEE-WI-CHAI terletak kepada HEGEMONI PERDAGANGAN MARITIMNYA.Bukan jelmaan Visnu atau Siva.
Apakah kaitan Sriwichai,Durga Wijayamala dan Ramakhamhaeng?
Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Serendah Sekebun Bunga!!
Tetapi saya mahu tahu dahulu siapakah Nang Gwak sebenarnya :D
...atau saya boleh bertanya lagi,biar minda anda lebih sakit lagi...apa kaitan Nang Che Yam dengan Nang Gwak???
Prasasti Grahi yang telah dijumpai di Kemboja adalah dalam bahasa Khmer.Namun ia menceritakan tentang keagungan raja-raja Melayu Sriwijaya.Pelik?Anda kena belajar memahami kenyataan ini!
Anda kena memahami bahawa Melayu itu tidak SESEMPIT PERLIS SEHINGGA KE SABAH.Belajar nama empayar ini,SRIWIJAYA dan anda akan dapat tahu rahsia kerajaan Grahi yang hilang.Sekali anda tahu rahsia Grahi,anda akan tahu apa yang berlaku 500 tahun sebelum Masehi.Sekali anda tahu riwayat 500 tahun sebelum Masehi...sebelum Dapunta Hyang Jayanasa mendarat di Muara Tamwan dengan balatentaranya sebagaimana yang tercatat di prasasti Kedukan Bukit,anda akan dapat memahami mengapa Valmiki menuliskan nama 'Malayadvipa' (Kepulauan Melayu) dalam Ramayana juga Vyasa dalam kompilasi Purana,beratus tahun sebelum kemunculan Gautama Buddha.Sekali anda tahu mengapa para rishi menuliskan nama Kepulauan Melayu di dalam kitab-kitab suci mereka...anda akan tahu siapakah dia watak misteri 'Maat Heru' (Mata Hari) seperti yang tercantum di dalam The Egyptian Book of The Dead.
The history of thy beloved,
~Srikandi
salam,
ReplyDeletesaya terbayangkan .. the picture of the ruins 'atapnya' seperti apa yang dipanggil 'tiara' di kepala yang saya selalu terlihat dipakai di kepala penari-penari makyong (jenis yang tidak menyerupai bumbung' candi .. :P
salam srikandi,
ReplyDeletesudilah kiranya srikandi mengkhabarkan kepada saya, jika ada menulis buku2 seperti ini. Sukalah saya teramat jika dapat memilikinya.
Terima Kasih.
gulp... tabik!
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUMM...
ReplyDeleteAWAK DAH KAWIN BELUM WAHAI SRIKANDI?
NAK TEKEL AWAK..NIHH...HIKHIKK...
SAYE NIH DAH TUE BANGKE SUDI TAK KENAL NGAN SAYE?
=)
huh tengah sedap baca, tetiba "abis". nang gwak siapa ye? tak cerita pon. hebat sungguh cerita ni, artikel yang bagus. nak kopy simpan dalam blog abatasa2.. sayang cerita best camni jarang jumpa. ada pula cerita baling... hihi... nostalgia. Durga Wijayamala = Cik Siti Wan Kembang? teruskanlah cik srikandi, saya menanti dengan tak sabar akan sambungannya. terima kasih.
ReplyDeleteBrilliant piece. Now I am officially your biggest fan. You are there among my greatest heroes(?). Keep on doing what you do, I will make your blog a must-read for my children and people I lead.
ReplyDeleteSemoga kekal dalam mawaddah, sakinah dan barokah Allah. Semoga Allah permudahkan pencarian anda.
Barokallahulakum.
~AMIN YA RABBAL ALAMIN~
ReplyDeleteAssalammualaikum..ketika sedang asyik membaca, saya ada perasan gambar Dewi thai itu..saya mcm pnh tgk...gmbr itu merupkan gambar yg disembah oleh taukea cina tmpt prktikal saya...saya baru perasan yang ketika saya dalam praktikalcji..ade tauke empunya kedai ni letak gmbr 2 kt belakng...gmbr itu lbh krng serupa dengan gambarn yg Cik serikandi sampaikan...tp cuma kualiti & lukisannya berbeza...Thanks for ur info cik serikandi..
ReplyDeleteSriwijaya adalah kerajaan ke-2, yg pertama lenyap semasa banjir besar.
ReplyDeleteAMIIIN atas doa2 skalian utk cik srikandi.Moga sihat selalu, diperrmudah semua urusan dan dpanjangkan umur.
ReplyDeleteanda minat siri salma/nancy drew,3 penyiasat,5 sekawan,7 penyiasat,hadi,5 penyiasat?sertai kami sekarang juga disini https://www.facebook.com/SiriSalmaMalaysia
ReplyDelete