Thursday, May 14, 2015

Petunjuk Di dalam Prasasti Minye Tujuh



Kira-kira tahun 1350,tentera Majapahit telah menghapuskan pengaruh Sukhotai di Segenting Kra,wilayah itu kemudiannya dinamakan Tiktawilwa dimana ia adalah sebenarnya bermaksud Wilwatikta iaitu nama Jawa Kuno kepada Majapahit.Wilwa=buah Maja dan Tikta=pahit.

Tiktawilwa asalnya adalah wilayah Langkasuka dan diperintah oleh raja Melayu.

Selepas Sumpah Palapa,kerajaan Majapahit bertekad untuk menyatukan Nusantara di bawah pengaruhnya.

Seorang keturunan raja-raja Langkasuka,Raja Barubhasa telah menakluk kembali wilayah Tiktawilwa dan menukar namanya kepada Singa Negara.Orang menyebutnya sebagai Singgora.Orang Thai/Siam menyebutnya sebagai Songkla.

Semua ini memang jarang kita baca dalam buku-buku sejarah negara kita.Sebab itu pengetahuan sejarah kita sesempit dari Perlis hingga ke Sabah.

Ini penting sebab keturunan raja-raja Langkasuka inilah yang menurunkan raja-raja Kelantan hari ini walaupun dari pelbagai dinasti berlainan.Hanya disebabkan sejarah Melayu terpisah oleh sempadan Thailand dan Malaysia,maka adakah kita generasi kini terus melupakan kenangan-kenangan di Segenting Kra?

Siapakah yang harus menjawab jika di Aceh ditemukan sebuah prasasti yang indah,yang merakamkan keluarga Barubhasa,raja Melayu yang memerintah Langkasuka suatu ketika dahulu.

Bahasa Melayu Klasik abad ke-12:

hijrat nabi mungstapa yang prasaddha
tujuh ratus asta puluh savarssa
hajji catur dan dasa vara sukra
raja iman varda rahmatallah
gutra barubasa mpu hak kedak pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi tuhan samuha
taruh dalam svargga tuhan tatuha

Bahasa Melayu Moden:

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat
Tujuh ratus delapan puluh satu tahun
Bulan Dzulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
Raja Iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
Dari keluarga Barubhasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai
Menaruh di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi Tuhanku semesta
Masukkanlah Baginda ke dalam syurga Tuhan

~Srikandi

Wednesday, May 13, 2015

The Ancient Rites of Black Mengkong





Dalam
dewan pertabalan tempoh hari,saya lihat ada dua tetamu 'mat saleh' memakai pakaian seperti kostum Albert Pike,tokoh Perang Saudara Amerika dari sebelah Konfederasi.

Mengapa orang-orang seperti itu menghormati 'ancient rites'?

Manly P. Hall telah menuliskan jawapannya untuk persoalan itu,mewakili pihak mereka.

Raja-raja Melayu pada masa dahulu disokong oleh puak-puak sungai,suku-suku bukit dan orang sakai.

Untuk mendapatkan pengaruh begini,seseorang itu mesti tinggal dengan puak tersebut dan mempelajari aspek ilmu kebatinan mereka.Setelah tamat segala ujian,dia akan menjadi Mengkong.

Mengkong yang menjadi perantara dengan dunia Aborigine Melayu dengan ras Melayu maritim dan pedagang.

Saya telah meneliti kajian Miklucho-Maclay pada tahun 1875 tentang Mengkong yang menjadi wakil antara Orang Asli dan raja-raja Melayu.Di sana ada beberapa nama dan salasilah.Saya meneliti beberapa foto lama;Mengkong dan para pegawai British bergambar.

Apa yang saya perasan,adalah ritual Mengkong itu,yang menarik minat golongan Wicca dan Neo-Pagan Eropah sekitar abad ke-19.Para pegawai British,selain penjawat awam,adalah obses dengan hobi-hobi mereka tersendiri,sesetengahnya begitu pelik;seperti Gerard Gardner dengan mistik kerisnya.

Adakah anda fikir siapa Swettenham,Hugh Low atau Clifford?Biar saya rahsiakan dahulu siapa mereka.

Emperor-emperor Srivijaya melakukan ritual khas untuk mendapatkan pengaruh mengkongnya...yang didapati dari Orang Laut.Mereka inilah orang kepercayaan raja dan sangat setia,tidak pernah memberontak atau mengambilalih kerajaan.Tidak seperti sultan-sultan Johor sebelum era Temenggung yang dikhianati orang-orang Bugis.

Tetapi Bugis bukanlah sumber Mengkong.Bugis adalah deutro bukan proto.Mengkong hanya boleh didapati dari dunia aneh suku-suku Sakai dan Jakun.




Kononnya,siapa yang ingin menjadi raja Perak,mesti menaiki gambang Jawa ke 99 teluk atau gua di sepanjang pesisir pantai untuk 'pay homage'.

Berhenti di Beting Beras Basah dan menyeru mantera.

Ambil air dari tujuh muara.Apa yang ada di muara ke-tujuh?

Adakah anda tahu ritual penuh apa yang digelar sebagai 'Tabal Jin'?

Saya tidak melihatnya dari sudut hukum agama,lagipun ritual sekarang sudah diubahsuai supaya hanya bersifat protokol.

Setiap ritual itu ada cerita dan sejarah,dan setiap raja melaluinya setiap langkah demi langkah;seolah-olah sebagai memori,untuk menyimpan SATU RAHSIA.

Rahsia ini...yang masih dipercaya oleh Gabenor Negeri-negeri Selat sebagai clue kepada G yang pertama dalam Gold,Gospel & Glory.

Setiap ritual ada maksudnya,petunjuk dan kunci untuk menyelesaikan tempat menyimpan sesuatu.

Setiap pertabalan,pasti ada wakil mereka.Sejak lebih 200 tahun yang silam,mereka datang untuk memahami di mana 'kolam raja-raja Srivijaya'.

Memerhatikan sesuatu...dengan penuh teliti.Dan mencatatkan.

Sebab itu anda lihat ketika datin-datin,pemuka-pemuka Melayu dan juak-juak mereka kelihatan bosan dan mengantuk,'tetamu-tetamu' tadi tidak berkelip mata dan terus memerhati meskipun ketika Sultan Nazrin berucap.

Apabila Raja Abdullah digulingkan dan dibuang ke Pulau Seychelles,mereka terpaksa menyuruh bangsawan Perak melantik raja baru.Why?

Ketika British berkuasa,hal-ehwal istiadat Orang Melayu tidak diganggu.




Apabila British hendak mengambilahlih Tanah Melayu sepenuhnya mengikut term sebagaimana 'British India',mereka memaksa raja-raja Melayu menandatangani satu perjanjian;mereka inginkan sultan-sultan tetap berkuasa.Why?

TO STUDY THE RITUAL

~Srikandi
Caretaker of Srivijayamala House of Hyang Amrita

==================================================================
Dafter Ke The Historian Secret Society

Ini untuk pendaftaran para pelajar ke THSS.Setiap bulan,saya akan terbitkan minitesis atau subjurnal.Kadang-kadang video,grafik dan sebagainya.

Anda boleh kumpulkan semua koleksi ini dalam satu folder khas di komputer anda.Jika anda ingin rujuk kembali semua pelajaran,anda boleh buka kembali folder tersebut.Semua video,tesis dan booklet ada di sana.


    

                     
                   



====================================================================

Tuesday, May 12, 2015

Rahsia Seri Baniyan


kredit: dkosonglapan.blogspot



Saya telah ke Beruas,Perak Darul Ridzuan dan menyiasat beberapa petunjuk di sana.Beberapa pembaca telah menghubungi saya dan memberitahu beberapa rahsia yang mereka simpan sejak sekian lama.Anehnya,mereka mendakwa saya layak menyimpan rahsia ini.

Siapa Seri Baniyan?Ini adalah persoalannya.

Apa yang saya kaji dan ketahui,merentasi zaman Srivijaya,Kedah Tua dan Langkasuka.Okay,jika kita hendak mengkaji apa yang hendak dinamakan 'Kerajaan Beruas' kita akan dapati terlalu sedikit mengenai kerajaan itu.

Tanyalah anak-anak Perak malah anak-anak raja sendiri pun pasti terkebil-kebil nak cerita pasal kerajaan ini.Kerajaan ini seolah-olah kerajaan bunian sahaja.

Saya bermula dengan premis:

1) Seri Banian seorang perempuan
2) Pernah memerintah wilayah sekitar Beruas dan Manjung
3) Berasal dari utara

Selepas meneliti beberapa artifak dan nisan-nisan tua di sekitar Beruas,saya telah menyimpulkan satu kronologi sejarah yang menakjubkan.Betapa mereka;raja-raja itu telah menyembunyikan sejarah dengan cara yang aneh sekali.Tapi untuk apa?

Sejarah Beruas memang gelap,tapi kita akan dapat menyuluh sejarahnya jika kita mengkaji sejarah PASAI.Ingat ini.

Ingat bahawa Pasai adalah sebuah kerajaan Melayu tulen.Saya kata tulen sebab ia bukan menggunakan bahasa Aceh,Jawa atau pakai slang Minang sekalipun.
Hikayat Raja-raja Pasai adalah menggunakan bahasa Melayu Klasik.

Sejarah Beruas berlaku beratus tahun sebelum naik Kesultanan Aceh yang dimulakan oleh sekumpulan kerabat raja dan pengikut kerajaan Champa yang disebut dalam Sulalatus Salatin sebagai Syah Pau Ling.Ingat,bahasa Aceh memiliki persamaan dengan bahasa Cham.Ayam disebut 'manuk' oleh orang Cham dan sama juga oleh orang Aceh.

Petunjuk ini membawa saya kepada kisah rakyat tentang Antah Berantah dan peperangan Raja Shamsul Baharin yang bagi saya sungguh mistikal dengan raja Champa.
Antah Berantah ini ialah sebuah padang dan ia mencapai tahap legenda dan mistik sebagaimana Tasik Pauh Janggi.

Prasasti Minye Tujuh


Dari sini saya tahu bahawa orang-orang Champa itu ada yang turun ke Segenting Kra dan merentasi semenanjung.Mereka bertemu dengan 'sebuah kerajaan' dan berperang dengannya namun dikalahkan.Kemudian,dari Perak,mereka merentasi Selat Melaka dan mendarat di utara Sumatera.
Sejarah Pasai ada kaitan dengan Beruas.Itu yang boleh saya catat di sini.Meneliti nisan-nisan besar yang dikatakan milik raja-raja purbakala di Beruas membuatkan saya merenung jauh peristiwa kejatuhan Panduranga dan Vijaya ke tangan Dai-Viet dan ini mengubah banyak lanskap sejarah dan budaya Nusantara.Kisah ini sebahagiannya tersimpan sebagai cakap-cakap mulut,legenda dan wasiat.

Kemudian,setelah meneliti kod-kod tersembunyi dalam Prasasti Minye Tujuh di Aceh,saya mendapati ada beberapa perkara lain yang tersembunyi dan mengapa kerajaan Beruas itu tiba-tiba hilang.

"gutra barubasa mpu hak kedak pasema"

Sebaris ayat di atas adalah sebenarnya satu petunjuk yang menyembunyikan banyak misteri dan tragedi,saya syak ia diarahkan diukir ketika raja terakhir dari keturunan Beruas itu menghembuskan nafas terakhir.

Ia berkaitan dengan kerabat raja Selendang Delima,dan sebahagian petunjuk ada dalam syair,saya cantumkan dan ia 'unlock' satu kronologi dan tempat menyimpan rahsia itu.

Cerita tentang makam raja-raja Beruas ini akan saya cantumkan dalam siri "The Possessor of Black Mengkong" sebagai pembuka tirai ATBM v5 saya nanti iaitu "The Secret Key to Mount Ophir".


Yang belum menjadi pembaca MistisFiles sila KLIK>> Application




Boleh daftar sebagai pelajar THSS di bahagian atas sebelah kanan.Key-in nama dan emel.
Harap membantu.








~Srikandi
Cindai Merah of Muara Beranang

Monday, May 11, 2015

Rahsia Tok Temong







Sejarah Tok Temong mesti difahami dengan mengetahui kedudukan negeri Perak sebelum kedatangan Sultan Muzaffar Syah I yang mengasaskan Kesultanan Perak kini.

Pada asasnya,geografi dan identiti negeri Perak ditentukan oleh suku-suku Melayu Proto yang mendiami di sana,terutama di bahagian tengah,sepanjang sungai Perak.Geografi negeri Perak dibentuk oleh 3 kerajaan yang diketahui sejarah moden setakat ini iaitu:

1) Gangga Negara
2) Beruas
3) Manjung

Kerajaan-kerajaan ini lebih bersifat city-states (negarakota) dan dipercayai kerajaan Manjung pernah berdiri seiring dengan kerajaan Beruas.

Selepas tamat era 'Three Kingdoms' ini,politik negeri Perak dikuasai oleh para pembesar,penghulu dan para panglima.Asasnya terdapat 3 wilayah dalam negeri Perak selepas era 'Three Kingdoms':

1) Hulu Perak
2) Perak Tengah
3) Hilir Perak

Setiap wilayah terdapat seorang yang amat berpengaruh dari semua penghulu dan mengkong.Perak Tengah misalnya diperintah oleh seorang bergelar Maharaja Lambor.Hilir Perak pula diperintah oleh Panglima Sakai dan kemudian bergelar Raja Di-Hilir dan ini diiktiraf dalam sistem penggiliran.

Bagaimana dengan Hulu Perak?

Hulu Perak inilah yang dikuasai oleh Tok Temong,yang memiliki hubungan dengan Tun Saban yang juga menguasai wilayah Hulu Perak.

Mengikut kajian saya,Tok Temong bukan dari Aceh mahupun Bugis atau mana-mana tempat.Tok Temong adalah anak jati negeri Perak dan ia keturunan suku asli Melayu Perak.

Apabila membaca salah satu sumber popular tentang Tok Temong di internet,saya mengesan kecelaruan dan kekeliruan penulisnya.Sekejap dikatakan Tok Temong adalah adik perempuan Tun Saban.Kemudian muncul pula Tun Perabu kononnya nama asal Tok Temong.Kemudian muncul watak Tok Masuka.

Ini menunjukkan si penulis juga tidak faham dan celaru dengan pelbagai sumber yang diterima sehingga memasukkan semua sekali dalam teksnya.

Belum lagi tiba-tiba dikatakan Tok Temong adalah puteri dari Aceh atau datang bersama Daeng Sedili.

Sultan Nazrin Syah di makam Tok Temong yang baru direnovasi






Sumber tempatan (lisan penduduk kampung) juga bercelaru.Terdapat dua sumber lisan yang mengatakan:

1) Bayi yang dijumpai Sultan Muzaffar Syah I di dalam hutan dan dipelihara sebagai anak baginda.
2) Perempuan tempatan yang diperisterika baginda.

Jadi yang mana satu?Saya mengesyaki no.2 ada kaitan dengan Tun Merah,iaitu kononnya anak Tun Saban yang cuba dijadikan gundik Sultan dan menjadi sebab peperangan antara Sultan dan Tun Saban.

Selepas terbunuhnya Tun Saban ditangan Megat Terawis,kemungkinan Tun Merah dijadikan isteri sultan dan diberikan wilayah Hulu Perak sebagai mewarisi kawasan ayahnya dahulu.

Jadi,di sini terdapat beberapa 'puzzle' atau petunjuk:

1) Hulu Perak,Temong
2) Tun Saban
3) Isteri Sultan,Tun Merah,dijadikan gundik/isteri
4) Pay homage kepada makam



Almarhum Sultan Idris Shah II, Raja Perempuan Muzwin dan kerabat diraja yang lain ketika 'pay homage' ke makam Tok Temong di Kati.Ihsan sembangkuala.


Okay,saya syak ada 'something' tentang protokol 'pay homage' itu,sebab semasa sultan memerintah ada pemerintah tempatan macam Maharaja Lambor yang tidak diusik baginda dan raja di kawasan Hilir Perak.

Ada pendapat kononnya terdapat perjanjian penyerahan kuasa Hulu Perak kepada sultan jadi Tok Temong ini dihormati sebagai pemilik asal Hulu Perak.Saya rasa sebab ini tidak kuat.

Kenapa tidak 'pay homage' makam Tun Saban padahal beliau inilah yang membawa sultan dari Kampar untuk dirajakan di Perak dan Tun Saban memang diiktiraf sebagai pembesar di Hulu Perak sebelum Kesultanan Perak tertegak.

Kenapa tidak 'pay homage' ke makam Maharaja Lambor atau raja-raja Beruas yang batu nisan mereka begitu megah dengan berukiran Aceh menunjukkan mereka berasal dari kerajaan Kedah Tua-Langkasuka yang penuh legenda?

Atau pemerintah di Hilir Perak di mana jawatan Raja Di-Hilir amat penting sehingga dijadikan gelaran khas dalam sistem penggiliran?Adakah di sana gelaran Raja Di-Hulu?Memang tiada.

Ada sebab lain yang membuatkan sultan merasa amat bersalah dan sedih sepanjang hayatnya dan 'pay homage' ke makam Tok Temong selepas kematian pemilik Hulu Perak itu.Amalan ini diteruskan oleh generasi pemerintah sultan Perak selepas itu.

Kisah yang persis Taj Mahal dan Coral Castle.

Rahsia mengapa setiap sultan kena 'pay homage' ke makam Tok Temong akan saya ceritakan dalam siri 'The Possessor of Black Mengkong' di MistisFiles sebagai artikel pembukaan siri kelima Alter Terahsia Bangsa Melayu "The Secret Key to Mount Ophir" yang akan terbit tahun ini.

~Srikandi

"The Possessor of Black Mengkong"


================
Mohon ke MistisFiles

KLIK>> Application





================





Mengkong

Sultan Abdullah bersama para pengikut Mengkong beliau.Sultan Abdullah dikatakan bukan keturunan raja tetapi mengahwini puteri raja Perak.Baginda naik kerana memiliki pengaruh di kalangan mengkong baginda.





Di kalangan Orang Asli,terdapat pangkat-pangkat tertentu yang diketahui umum dalam masyarakat Melayu dan Orang Asli.

Di antaranya Raja Sakai,Panglima Sakai,Pangku dan Mengkong.
Saya rasa saya pernah mendengar tentang 'Mengkong'.

Saya meneliti kajian dari Annandale,Robinson,Waterstradt dan lain-lain tentang kewujudan 'Mengkong' ini.

Juga kajian Miklucho-Maclay pada tahun 1875 tentang satu jawatan istimewa yang dipegang oleh seorang dari kalangan Orang Asli sebagai perantara dengan dunia luar atau sebagai penghubung antara raja-raja Melayu dan pengikutnya dengan masyarakat Orang Asli.

Noone,seorang pengkaji melaporkan pada tahun 1936,masih ada dua orang Mengkong di Kampung Temenggor di Perak dan Kuala Betis di Kelantan.

Mengkong adalah jawatan istimewa,dan gelaran ini diketahui datang dari negeri-negeri sebelah utara.Dipercayai berasal dari 'cognate' bahasa Siam kepada perkataan Melayu 'Mangku' (pangku,memangku) atau 'Mengku' yang bermaksud sebagai 'pelindung' (protector) atau 'pemilik' (possessor).

Namun di negeri Reman,Mengkong ini juga digelar sebagai 'Panglima'.
Legenda mengatakan bahawa Mengkong sebenarnya adalah dari kalangan orang Melayu yang mengahwini perempuan Orang Asli dan mempelajari segala ilmu kebatinan Orang Asli dan diangkat menjadi raja.


Mengkong Kings and Emperors


Hulubalang Melayu era Jayavarman II dengan identiti senjata keris mereka.Keturunan hulubalang ini mewujudkan jawatan 'bodyguard' kepada Empayar Angkor sehingga ke jawatan Obraja (jeneral tentera).



Dalam sejarah,sememangnya banyak raja-raja Melayu yang pada masa yang sama adalah bergelar 'Mengkong'.

Contohnya,Raja Sujita dari Ligor adalah Mengkong kerana mengahwini gadis dari suku bukit Nyah Kur dan Kensiu dan baginda diangkat sebagai raja mereka.

Anaknya,Suryavarman I yang menjadi emperor Angkor juga Mengkong kerana mengahwini gadis dari suku Chenla Darat.

Raja Reman yang mengahwini suku Semang dan menjadi Mengkong atau 'Panglima' dan menjadi raja kepada 'tribe hills' di Segenting Kra.

Raja-raja Melayu di Perak dan Pahang juga ada mengambil anak dara suku-suku Jakun dan Temiar sebagai gundik dan mereka juga menjadi Mengkong sebagai tanda persahabatan antara Tok Batin dan raja tersebut.

Raja-raja Kedah yang mengahwini gadis-gadis Urak Lawoi (Orang Laut) juga adalah Mengkong dan begitu juga dengan emperor-emperor Srivijaya dan ini menjadikan The Orang Lauts sebagai 'Varangian Guard' bagi Kedatuan Srivijaya.

Namun bukan semua mereka yang mengambil gadis-gadis Orang Asli sebagai Mengkong.Ada ciri-cirinya dan ritualnya.

Biarlah rahsia itu saya simpan sebagai perjanjian.Cukup setakat ini saya beritahu sejarah Mengkong.



~Srikandi

The Caretaker of Mengkong Chronicles
The Possessor of Black Mengkong

p/s: kepada yang belum mendaftar ke The Historian Secret Society,boleh daftar di sebelah atas kanan laman blog ini.Terima Kasih.

Sunday, May 10, 2015

Bagaimana Pedang Cura Si Manjakini Jatuh ke Tangan Raja-raja Melayu?



Saya ingin bawa para pembaca bagaimana nak analisis satu benda sejarah dari segi akademik.Kita boleh kaji secara linguistik dan geografi.

Sejarah ada beberapa disiplin teknikal dia macam rujuk-silang (cross-reference),deduksi dari manuskrip sastera atau READ BETWEEN THE LINES dan analisis konsep.

Sekarang saya bawakan satu kes; kes Pedang Cura Si Manjakini iaitu salah satu alatan kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan.Pedang ini ada disebut dalam Sulalatus Salatin adalah warisan Kesultanan Melaka kepada Kesultanan Perak dan berasal dari Kerajaan Temasek yang diwariskan pula dari dinasti terakhir Srivijaya,Dinasti Mauli.

Pedang Cura Si Manjakini ni ada teori klasik pasal nama dia berasal dari frasa Sanskrit 'churiga si mandakini' yang kononnya bermaksud 'pedang/pisau dari Mandakini'.

Saya trace sword/blade dalam Sanskrit.Saya pilih perkataan yang boleh dirujuk kepada 'Cura' tu.

blade: kshurapatram
sword: churikaabandha

Perkataan 'Si' itu takde maksud dalam Sanskrit.Perkataan 'dari' atau 'from' yg kononnya membentuk 'dari Mandakini' itu jika dalam Sanskrit,bukan 'Si'.Ia jadi suffix dalam grammar Sanskrit macam 'dari Amerika'=Amerikadezat atau 'dari India'=Bharatadezat (Bharata adalah istilah dari Purana).
Jadi 'Si' adalah asli perkataan Melayu.

Jadi,ia akan jadi maksud macam ni=Pedang Si Mandakini.

Macam nak bagitau contohnya pedang dari negeri Kelantan maka "Pedang Si Kelantan" sebagai contoh.

Peta Uttarakhand


Okay,jadi kalau begitu katakan istilah penuh dia ialah 'Kshurapatram Si Mandakini'.Pedang ada banyak jenis jadi pedang India tu diberitahu sebagai 'Kshurapatram'.Macam biasa,perkataan kompleks selalu dipendekkan macam perkataan 'podcast' (dari 'ipod broadcast') atau blog (dari 'Web Log')

Jadi Kshurapatram berubah menjadi kepada 'Shura' atau 'Cura'.

Ok,Mandakini itu apa pula?

Mandakini tu adalah sungai yang hulunya di Uttarakhand,sebuah negeri di India berdekatan Uttar Pradesh dan hilirnya bergabung dengan Sungai Bhagirathi yang akhirnya masuk ke Sungai Ganges.
Ok,sekarang kita tahu lokasi pedang tu berasal.Tapi macam mana pedang ni jatuh ke tangan raja-raja Melayu?

 
Sungai Mandakini



Ada 3 faktor kemungkinan:

1) Peperangan: pedang jadi rampasan perang.

2) Hadiah diplomatik: Persembahan dari raja kepada raja sebagai pertalian hubungan diplomatik atau
saudagar pedagang kepada raja Melayu untuk mengambil hati.

3) Perkahwinan: Hadiah hantaran atau bila raja luarnegara kahwin dengan puteri tempatan,maka si raja akan bawa semua gajet-gajet dia dan diwariskan kepada keturunannya.

Faktor pertama,agak mustahil,sebab pedang ini deal dengan kawasan Uttarakhand jadi kat sana adalah kerajaan-kerajaan klasik India yang berdiri sezaman dengan wilayah-wilayah straps Alexander The Great dan kerajaan-kerajaan macam Maurya dan Gupta.




Adalah membuang masa dan tenaga jika raja-raja Pra-Srivijaya atau Srivijaya sendiri nak berperang kat utara India atau kerajaan Maurya atau Kushan contohnya hantar tentera ke Asia Tenggara berperang dan kalah pastu pedang ni dirampas.Ini tak pernah dengar atau dicatatkan.

Faktor kedua mungkin,sebab perdagangan dengan Kerajaan Gupta dan Pala itu memang ada malah hubungan dengan Nalanda (yang dinaungi seawal kerajaan Gupta) juga tercatat dalam Prasasti Nalanda.Jadi katakan pedang ini adalah hadiah diplomasi dari pemerintah kerajaan dari timur laut India kepada raja-raja Melayu atau hadiah/barang dagangan yang dipersembahkan atau didapati oleh raja-raja Melayu dari para pedagang.

Prasasti Nalanda



Kita tahu Emperor Srivijaya seperti Balaputradewa mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Pala dengan geran tembaga dipahat oleh kerajaan Pala bagi pihak Srivijaya.Semasa hubungan baik ini berlangsung,hadiah-hadiah pertukaran sebagai tanda hubungan diplomatik adalah logik.

Faktor ketiga juga kemungkinan,sebab raja-raja zaman dahulu dan sekarang memang mengamalkan kahwin campur untuk menghasilkan baka yang baik-baik dan unik.Macam permaisuri Perak yang baru tu bapa beliau adalah 'mat saleh' bernama William Stanley Walker Davidson.Jadi segala barang pusaka mereka tentunya diwariskan turun-temurun.


 




Katakan raja Srivijaya mengahwinkan anak perempuannya dengan seorang putera raja/kerabat bangsawan dari kerajaan Pala.Ini tidak mustahil.Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) dah terang-terang bagitau salasilah raja-raja Melayu yang berkahwin campur.Tengok dengan siapa Wan Empuk dan Wan Malini berkahwin sehingga menurunkan salasilah emperor-emperor Srivijaya.

Jadi,apa yang saya ingin nyatakan bahawa analisis ini lebih logik dan berpelajaran dari sebab satu pedang yang maka tetibe asal-usul satu bangsa adalah dari bangsa lain.Ini tidak akademik atau kurang berpelajaran.

I rest my case.

~Srikandi

P/S: Sila daftar anda untuk kemasukan baru ke The Historian Secret Society dengan memasukkan nama dan emel ke kotak daftar atas sebelah kanan laman ini.Terima kasih.

Wednesday, May 6, 2015

Pertabalan Sultan Perak XXXV




Saya masih berada di Kuala Kangsar untuk menyaksikan pertabalan Sultan Perak XXXV,Sultan Nazrin Shah berlangsung di Istana Iskandariah,Bukit Chandan.

Mungkin ini sekali seumur hidup saya menyaksikan sendiri majlis pertabalan ini.Semasa pertabalan yang lepas,saya masih di alam roh.

Jadi,di hadapan mata saya,saya menyaksikan bagaimana raja-raja Perak ditabalkan,umumnya adat dan protokol raja-raja Melayu ditabalkan.Meskipun zaman berganti zaman,namun institusi beraja Melayu masih bertahan,bukan sekadar simbol atau pelestarian budaya tetapi terpateri dalam perlembagaan dan undang-undang.

Dalam sejarah Asia Tenggara,institusi raja-raja Melayu adalah paling tertua,dengan diikuti institusi beraja Kemboja dan akhirnya Thailand.

Kesultanan Kedah misalnya memiliki riwayat bersambung-sambung sejak abad ke-12 sehingga ke hari ini dan antara kesultanan tertua di dunia.

Kesultanan Perak jika diperhalusi memiliki riwayat lebih lama,mewarisi institusi beraja dari Kesultanan Melaka yang juga mewarisi kuasa dan motivasi politik dari empayar Melayu Srivijaya sejak Sang Nila Utama,kerabat diraja Srivijaya dari dinasti Mauli menubuhkan kerajaan Temasek sehingga pewaris terakhirnya,Permaisura menubuhkan Kesultanan Melaka yang pengaruhnya menjangkau sebahagian Sumatera dan semenanjung Tanah Melayu.



Pewaris terakhir Kesultanan Melaka,Sultan Muzaffar Shah I pula mengasaskan Kesultanan Perak selepas dijemput oleh beberapa pembesar Perak yang juga mewarisi sistem beraja tersendiri sejak era 'Three Kingdoms' antara kerajaan Gangga Negara,Beruas dan Manjung berakhir pada abad ke-16.
Menurut sejarah,ketika Sultan Muzaffar Shah I menyelusuri Sungai Perak untuk mencari tapak yang sesuai bagi menubuhkan 'city-states' negeri Perak yang baru,alangkah terkejutnya beliau apabila di sana terdapat sistem pembesar dan bangsawan sudah sedia ada termasuk seorang yang digelar 'maharaja' iaitu Maharaja Lambor.

Walaupun di sana terdapat garis salasilah yang berbeza dan ada raja yang naik melalui persetujuan atau perjanjian tertentu,namun yang penting ialah institusi beraja Perak bersambung dari waris diraja dari satu generasi ke satu generasi.

Setiap negeri ada keunikan adatnya tersendiri,bagi saya,negeri Perak adalah negeri yang misteri dan penuh sensasi.Anda boleh menyelami sejarah dan kehidupan orang-orang di negeri Perak khasnya ketika tahun-tahun 60-an ke 80-an apabila membaca novel-novel thriller SBDJ karangan Tamar Jalis.

~Srikandi
'untuk kome-kome jee'