  | 
| Foto hanya hiasan | 
Salah satu sifat orang Melayu yang paling saya tidak gemar ialah 
berdendam perkara yang remeh-temeh atau tidak penting dan 
berlarut-larutan. Berdendam ini termasuk sifat-sifat lain seperti iri 
hati dan cemburu.
Berbeza pendapat dalam sejarah Melayu
 adalah perkara biasa, dan sepanjang saya mendidik masyarakat kepada sejarah Melayu 
yang praktikal dan bukan tahyul, memang ada pertembungan pendapat. 
Polisi saya, saya hanya fokus kepada pendapat dan hujah, apa orang itu 
nak buat, latarbelakang dia, kaya atau miskin...itu bukan masalah saya. 
Bergantung kepada orang yang saya lawan hujah, sekiranya dia datang 
dengan hormat, maka saya layan dengan hormat. Jika dia kurang ajar, 
mendapatlah.
Sebab itu, saya tidak kisah untuk siapa sahaja membantah pendapat saya dalam sejarah. Hujah lawan hujah. 
It's simple like that.
 Ini biasa bila saya berlawan hujah dengan orang bukan Melayu. Orang 
bukan Melayu (cth: Cina/India yang datang dengan premis yang 
menyeleweng/salah tentang orang Melayu dan sejarahnya) apabila saya 
jawab hujah mereka dengan fakta, mereka akan cuba sangkal dan apabila 
gagal, mereka akan diam. Namun, kebanyakan orang Melayu (yang tiada 
pengetahuan dalam sejarah atau hanya 
poser), apabila gagal 
berhujah dengan saya, mereka akan lepaskan kemarahan dengan memakihamun,
 mengadu pada orang lain dan menghasut. Ada di antara mereka boleh setup
 satu group atau fanpage untuk melepaskan sakit hatinya kepada saya, ada 
yang melaporkan saya kepada polis (haha ini kemarahan tahap dewa) dan 
ada yang menghasut orang lain untuk menyaman saya. 
It's funny.
 
  | 
Foto hanya hiasan
  | 
Saya
 berkenalan buat pertama kalinya dengan seorang penulis dan bekas 
wartawan ini ketika acaranya yang pertama, yang dianjurkannya sendiri 
bersama sejumlah orang. Salah seorang dari mereka yang saya panggil Kak 
Anne telah mempelawa saya menyumbang satu slide di dalam acara itu. 
Setelah beberapa lama acara itu selesai, berlaku semacam konflik antara 
bekas wartawan itu dengan kawan-kawannya yang turut sama menganjurkan 
acara itu. Macam-macam saya dengar dari kawan-kawannya itu kepada saya. 
Sebab saya kurang mengenali bekas wartawan tersebut ketika itu, saya 
hanya melayan sahaja luahan mereka.
Namun hari ke hari,
 bersilihganti orang-orang yang saya tidak kenal mengadu di mesej 
fanpage saya tentang beberapa perkara tentang dirinya, yang akan saya 
diamkan sahaja sebab saya malas mahu campur hal orang. Namun salah satu 
isunya telah jadi kes semasa Pesta Buku Kuala Lumpur yang lepas. Ini 
buat saya terfikir sesuatu tetapi seperti biasa saya malas nak tambahkan
 
cili atau perisa kepada mesej orang-orang yang memberitahu itu supaya saya berhati-hati dengan bekas wartawan itu. Saya ada banyak kerja lain.
Sebenarnya,
 ramai orang bercakap tentang dirinya yang agak sombong ketika 
mengendalikan acara anjurannya itu, tetapi beliau tidak sedar. Beliau 
ada naikkan satu status mengecam orang-orang di acaranya yang kononnya 
sombong (pulak dah) dengannya dan beliau mula memutarkan kembali 
cerita-ceriti 
certificate Universiti of London-nya untuk 
menyedapkan hati bahawa dirinya bukan lekeh tetapi masih memegang ijazah
 matematik (yang tak berapa 
function dalam hidupnya). Walhal, 
dirinya sendiri ada kesilapan dan ego yang amat besar. Sekali lagi, saya
 hanya menjadi pendengar kepada orang-orang yang mengadu tentang 
sikapnya itu.
Memang buku-bukunya hanya travelog 
peribadi. Elemen-elemen sejarah di dalamnya bercampur-aduk dengan 
kenangan-kenangan masa kecil, dan lawatannya ke makam-makam dan tempat 
sejarah. Jujur kata, saya tidak mengesyorkan untuk belajar sejarah 
terutamanya sejarah Melayu dari buku-bukunya sebab bercampur-aduk dengan
 cerita-ceriti Syiah dan pendapat-pendapat kawan-kawannya yang aneh. Ya,
 Syiah...dan memang ia jadi kes yang saya kira agak memalukan.
  | 
| Foto hanya hiasan | 
Saya
 pernah berbeza pendapat dengannya, apabila beliau mengatakan 
'Raja 
Suran adalah Rajendra Chola' dan beberapa pendapat lain yang pada saya 
adalah salah dan menyeleweng. Namun saya tidak sangka beliau begitu 
terasa dengan saya yang mengkritik pendapatnya itu sehingga ke hari ini.
 Sejak itu beliau menuliskan ketidakpuashatiannya kepada saya, dalam 
komen di fanpage atau statusnya sendiri. Tidak ada satu pun melawan 
hujah saya, tetapi hanyalah bibit-bibit tidakpuashati kerana saya 
kononnya terlalu lantang, menidakkan ilmu orang-orang tua yang lebih 
makan garam atau seumpamanya. Masalahnya, kalau terlampau makan garam 
sampai darah tinggi, memanglah saya akan menghindarkan diri dari 
orang-orang seperti ini. Hujah lawan hujah, itu sahaja. Tua atau muda 
saya tak pandang. Saya akan kritik sekiranya tidak betul, tinggal lagi 
saya akan layan mengikut gaya orang yang dikritik. Kalau dasar bebal, 
mendapatlah.
Beliau juga membantah kononnya saya menulis 
seolah-olah ingin menunjukkan kecantikan saya di status saya sendiri. 
Nak buat macam mana dah memang saya begini. Itu belum lagi saya 
selfie buat 
duckface. Itu akaun saya 
so saya
 punya pasallah. Kalau sakit hati, menyingkirlah. Memang beliau patut 
marah kerana saya pernah diminta gambar (untuk tujuan dijadikan 
isterinya-ini kisah lain) tetapi saya beri gambar kabur saja. Haha 
sorila saya sebenarnya sudah berpunya. :D :D :D
Dari semasa 
ke semasa, beliau tetap menuliskan ketidakpuashatiannya kepada saya di 
dalam status media sosial atau blog, mungkin ikut mood atau mungkin 
dihasut oleh 
haters saya. Namun saya buat 
don't know sahaja. Beliau buat begitu pada masa yang sama 
tag saya
 dalam acaranya (untuk tujuan promosi) dan minta diulas bukunya! Saya 
hanya menyokong sahaja atas dasar sesama bangsa dan orang Islam tambahan
 pula saya tahu beliau memang tiada 
proper job. Malah saya pernah bantu promosi dan ulas buku (
chapter by chapter lagi) seorang penulis yang menyeru orang ramai bantu dirinya kerana nak tampung belanja dia sambung belajar, walaupun penulis itu kerap memburuk-burukkan saya di belakang! Seperti yang saya katakan tadi, saya bantu semampunya atas dasar sesama Melayu dan Islam, 
it's nothing personal.
  | 
| Foto hanya hiasan | 
Berbalik kepada kisah bekas wartawan tadi, kadang-kadang
 memang saya menasihatkan beliau supaya cari kerja tetap dan bantu 
isterinya yang merupakan staff biasa di sebuah syarikat utiliti. Namun 
beliau sering menyangkal nasihat saya dengan menunjukkan kelulusan 
Universiti of London-nya dan berkata kalau dia nak kekayaan bagai dia 
mampu sebab ada kelulusan dan berkawan dengan orang-orang besar malah 
saudara-maranya juga ada berjawatan tinggi. 
Tapi itu mereka bukan kamu, bisik hati saya setiap kali beliau memberi alasan begitu.
Jika
 ditanya kenapa tak guna sahaja semua kelebihan untuk mencari rezeki, 
beliau berdolak-dalik dengan alasan orang perjuanganlah, tak pandang 
harta, ikut gerak rasa bla..bla... yang buatkan saya sedikit menyampah. 
Rasa menyampah itu semakin kuat apabila beliau kemaruk mencari isteri 
baru beberapa bulan lepas!
Apabila akaunnya kena 
verify oleh Facebook baru-baru ini cuba teka siapa beliau tuduh dulu kononnya akaunnya kena 
hack? Haha...orang yang selama ini didendami kerana kritik pendapatnya!
Selepas saya meminta penjelasan mengapa mesti berbohong menuduh saya 
hack akaunnya,
 beliau mula gelabah, meminta maaf kepada saya dan menyalahkan orang yang memecatnya dari satu 
yayasan dan bersangkutan satu aset yang bernilai tinggi yang mana 
musuhnya tidak mahu beliau masuk campur. Ya... bekas wartawan ini banyak 
musuh malah musuhnya ditahap ahli politik dan sebagainya. Biarlah saya 
simpan rahsia ini. Kecuali jika beliau cuba mencabar saya, ye lah...orang 
minta menjual, kita pun lelonglah.
Tetapi yang 
menarik, bekas wartawan ini lebih mendendami saya melebihi
 
musuh-musuhnya yang sebenar, yang membuatkan beliau hilang mata 
pencarian serta merampas kekasihnya.
Sebab itu saya katakan, salah satu sifat orang Melayu yang paling saya tidak gemar ialah 
berdendam perkara yang remeh-temeh atau tidak penting dan 
berlarut-larutan.
~Srikandi
"Cik Puteh Inang Dua Belas"