Buku ini bertemakan anti penjajahan dengan tagline "Ilmu-ilmu ghaib anti penjajahan". Saya mengumpulkan 30 taktik penjajah dalam kerja-kerja penjajahannya yang saya gelarkan sebagai 'ilmu hitam'. Setiap taktik saya dedahkan modus operandi-nya dan bersekali dengan cadangan cara mengatasinya.
Saya tulis dalam bentuk point by point bagi memudahkan pembacaan, supaya cara penulisan berperenggan yang biasa tidak 'menyihir' para pembaca supaya menjadi keliru, cepat mengantuk atau tertinggal perkara-perkara penting dalam buku ini.
Saya juga memasukkan satu bab yang penting juga, "Si Kitol" dalam buku ini. Dalam pembuka bicara, saya ada menyatakan bahawa di sepanjang sejarah Melayu, jika bukan disebabkan perpecahan sesama Melayu, wajiblah Melayu musnah jahanam sebab Kitol ini.
Buku ini kira semacam 'buku teks' untuk bangsa Melayu belajar memahami selok-belok ilmu penjajahan yang berlaku di zaman imperialisme dahulu. Ia bukan sahaja merangkumi faktor-faktor jelas menyumbang kepada dijajah seperti pertahanan kerajaan atau negara yang lemah, teknologi dan sistem pentadbiran, malah ia juga meliputi topik propaganda penjajah, tipu muslihat penjajah dan dasar-dasar penjajah yang menekan orang Melayu dan pribumi lainnya untuk berada dalam zon penjajahan.
Alhamdulillah, buku ini mendapat sambutan hangat ketika dilancarkan seca kombo bersama-sama buku Dunia Tanpa Tembok III dengan mencatatkan rekod jualan tertinggi ketika itu dalam sejarah penubuhan Patriots Publishing.
Cabaran & Haters Yang Berniat Menumpahkan Darah
Sudah tentulah ada cabaran-cabarannya ketika saya menyusun manuskrip dan mengeluarkan buku ini. Ketika itu para haters saya telah menubuhkan banyak 'pertubuhan' untuk menjatuhkan saya. Federasilah, Laksamanalah, Apsaralah, Gerodalah...macam-macam dan hari ini semua pertubuhan yang saya namakan 'angkatan Ahzab' (inspirasi dari pakatan kafir ketika Perang Ahzab) sudah berantakan dan berpecah belah. Kini kepala-kepalanya sudah mufarakah antara satu sama lain, baik yang kepala libtard-nya, yang kepala scammer-nya, yang kepala Joker-nya semua buat hal masing-masing 😁
Betapa sakit hati mereka sebab saya tidak ditangkap polis kerana mengkritik pertubuhan pendidikan Cina dan DAP atas isu buku teks sejarah. Pelbagai maki hamun dan kutukan dihamburkan. Namun saya tak ambik kesah pun, yang penting saya mengumpul pahala percuma yang banyak hasil kutukan mereka itu (mereka sebaliknya dapat dosa percuma) yang tak faham bagaimana prosedur buku teks sejarah sekolah dihasilkan. Mereka naif dan seolah-olah orang Melayu yang hidup di zaman penjajahan.
Tapi apabila dah tahap nak membunuh saya, wow...saya pun kagum jugalah sebab sembahyang sujud rukuk bagai bertahun-tahun, ada yang suka ziarah kubur-kubur panglima, raja bagai tapi anehnya berniat terang-terangan nak menumpahkan darah sesama muslim. Ini menghilangkan sifat warak dan soleh dari wajah dan peribadinya. Mau berganti dengan aura orang yang fasik jika tidak bertaubat dengan terlebih dahulu meminta maaf. Rohnya menanggung dendam kesumat kepada sesama muslim yang kini satu dunia sudah tahu niatnya.
Apa yang sakit hati sangat kepada saya pun saya tak tahu. Sampai nak upah orang bunuh saya...wow. Saya tak kacau keluarga haters ni semua 😄 Jika ada tulisan saya yang tidak puas hati, kritik jer lah. Hujah lawan hujah, nothing personal.
Bawakan hujah kamu, senang saya nak menjawabnya. Niat nak membunuh tanpa diluahkan terang-terangan dan tidak dilaksanakan masih tidak dicatat dosanya, tapi jika diisytiharkan malah diabadikan dalam media sosial yang disaksikan dalam internet begini lain ceritanya pula. Maka ini sudah tahap mengisytiharkan perang kepada nyawa seorang muslim.
"Bunuh ja" katanya 😄 Para peminat sejarah Melayu menyarankan saya untuk membuat laporan polis namun ketika itu saya sibuk menyusun manuskrip saya disamping tugas mengajar yang mana saya baru dapat jawatan tetap dalam perkhidmatan kerajaan. Takde masa saya nak layan, cuma saya ada cara yang lebih syok dari sekadar laporan polis.
“Bila dua orang Muslim bertemu dengan pedang mereka, maka yang membunuh dan yang dibunuh berada di dalam neraka. Aku (Abu Bakrah) pun bertanya, “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh (memang patut dimasukkan ke dalam neraka), bagaimana pula dengan orang yang dibunuh? Nabi s.a.w. menjawab: ‘Sesungguhnya dia mahu membunuh temannya”.
(Riwayat al-Bukhari, no. 14)
Di sini dapat difahami bahawa niat seseorang untuk melakukan kejahatan juga dikira mendatangkan dosa sekiranya niat itu disertai dengan keazaman, kesungguhan dan kemahuan yang tinggi, tinggal sahaja terhalang untuk melakukannya.
Jika haters ini berniat nak bunuh saya diam-diam dalam hatinya, orang tak tau pun dan tidak dilaksanakannya, maka tidaklah berdosa apa-apa atas sifat kasih sayang Tuhan. Tapi bila dah dikomennya dalam media sosial, ramai yang tahu sehingga ada mengadukan ugutan bunuh ini kepada saya maka ini sudah satu bentuk keazaman dan kesungguhan yang ketara.
Niat mereka nak membunuh saya terabadi buat selama-lamanya di internet kecuali mereka meminta ampun maaf kepada saya. Amalan seribu tahun, sembahyang seribu tahun, ziarah seribu makam sekalipun apalah gunanya jika amalan tergantung terawang-awang tak tercapai ke langit dek kerana bersungguh-sungguh mahu membunuh saudara seIslam. Saya akan ingat kemahuan membunuh yang meluap-luap ini kecuali mereka merendahkan diri meminta ampun maaf. Jika tak sanggup, maka hiduplah dengan niat menjadi pembunuh saya sampai di Alam Barzakh. Yang menyokong pun tak terkecuali, yang mendiamkan diri bersetuju, taknak nasihatkan dia pun dapat saham sekali sebab membantu membiarkan kawan mereka meluap-luapkan kemarahan sampai isytihar nak bunuh saya.
Melawan penjajah itu mudah berbanding melawan bangsa sendiri yang menjadi Kitol, tapi melawan saya yang menewaskan pakatan Dong Jiao Zong-DAP dalam rancangan nak merombak panel pakar rujuk buku teks dan silibus buku teks sejarah adalah sesuatu yang bebal dan tidak akan berjaya.
Sebabnya saya bertanggungjawab ke atas kelangsungan bangsa Melayu ketika ini di tanahair ini ketika nyawa dan kudrat saya masih ada. Namun kelak siapa tahu? Saya juga manusia biasa yang memiliki sifat lemah, akan tua dan mati. Namun saya mewariskan buku-buku saya bagi bangsa saya berpeluang menyerap kekuatan daripada sejarah dan bangkit tidak terkalahkan; bagaikan patah sayap bertongkatkan paruh.
Insya Allah akan ada anak-anak bangsa yang menjadi pemangkin kepada kelangsungan bangsa ini, mempertahankan agama, bangsa dan tanahair.
*Sebahagian foto-foto pembaca Kitab Raksa
*Kitab Raksa boleh beli di sini: https://bit.ly/2Aqv5bU atau di sini: https://bit.ly/2OmsJyR
Terima Kasih Tuhan & Kehidupan Ini
Setakat catatan ini ditulis, Malaysia dan seluruh dunia dilanda wabak Covid-19. Ini juga memberi kesan kepada saya sedikit sebanyak. Saya sebenarnya sudah bertunang hujung 2018 yang lalu dengan jejaka pilihan hati.
Ikatan pertunangan setahun dan sepatutnya pernikahan diadakan pada satu tarikh tahun 2020 ini (saya tulis ni masih 31 Disember 2020) namun apakan daya Covid-19 melanda.
Tapi alhamdulillah, sekitar bulan Jun sampai awal September, wabak ini di Malaysia sudah berkurangan. Maka syukurlah kami akhirnya disatukan. Majlis agak meriah juga walaupun SOP ketika pandemik masih dijaga dengan teliti. Alhamdulillah tiada apa-apa kluster muncul dari majlis kami.
Saya memang merancang nak jemput sebahagian kawan-kawan di media sosial yang benar-benar saya percayai namun kekangan zaman wabak ini membuatkan saya berfikir 2-3 kali, ditambah keadaan diri saya yang agak 'most wanted' dan kontroversi. Saya tidak mahu menjejaskan kehidupan buah hati saya semata-mata disebabkan saya.
Apa pun, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan amat menghargai para pembaca blog ini yang mungkin 'membesar' bersama-sama tulisan saya lebih 10 tahun ini. Mungkin ramai dah berkahwin dan beranak-pinak (saya baru aje nak mengharunginya, doakan saya). Saya menulis sejak di bangku sekolah tau :)
Dalam majlis tu saya hadiahkan koleksi sebahagian buku-buku saya kepada yang tersayang sebagai hadiah perkahwinan, tanpa dia tahu sayalah penulisnya. Kadang-kadang mahu berbisik ke telinganya. Mungkin suatu hari nanti.
..atau mungkin lebih baik, biarkan ia rahsia. Tersembunyi, penuh misteri. Selama-lamanya.
~Srikandi